KelabMama

Comelnya! Ini 5 Kafe Kucing Bagi Penggemar ‘Oyen’ di Lembah Klang

Kafe dan kucing! gabungan dua perkataan yang mesti Mama dengan anak-anak suka! Bermain dengan kucing yang comel, sambil menikmati hidangan yang lazat bersama keluarga kesayangan! Sememangnya idea yang sangat menyeronokkan, terutama sekali bagi pencinta kucing!

“Bersih ke makan kat tempat ada kucing?” Mama Papa jangan risau! kucing-kucing yang ada dalam kafe kucing yang Mama Siti nak kongsi hari ini semestinya diberi jagaan rapi, terutama sekali dari jangkitan seperti kutu, dan dibersihkan dengan kerap.

Kafe dan tempat bermain pun diberi jagaan rapi dan dibersihkan dengan kerap, jadi tidak akan timbul masalah kebersihan sekiranya anak-anak bermain dengan kucing-kucing di kafe.

Di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, sudah banyak kaffe kucing di pelbagai kawasan. Hari ini Mama Siti nak kongsikan 5 kafe kucing terbaik Mama Siti pernah kunjungi!

5 Kafe Kucing Viral Sekitar Kuala Lumpur

Poppy Kat

Kredit gambar: Free Malaysia Today

Alamat: 34A, Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11 am-10 pm (Isnin-Khamis) / 11 am-12 am (Jumaat-Ahad)
Rating Google:
4.4/5 (304 Reviews)

Dalam deretan lot kedai di sepanjang Jalan Nadchatiram di Taynton View, Cheras, perhatikan anak tangga yang menuju ke pintu berwarna oren dicat terang.

Walaupun ia tidak akan membawa anda ke Narnia atau Diagon Alley dalam cerita Harry Potter! Ia akan membawa anda ke kafe yang menjadi rumah kepada sekumpulan kucing yang sangat comel!

Kebanyakan tarikan utama bagi kafe kucing adalah? ya betul, kucing yang comel! Tapi! antara kelebihan kafe ini adalah makanan yang sedap!

Nota: Menu kegemaran pengunjung di sini adalah Croffle yang sangat enak!

Mao Catfe

Kredit gambar: Facebook @Mao Catfe

Alamat: 6-1 Kompleks Komersil Akasa Jalan Akasa,Akasa Cheras Selatan, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi: 12 pm-9pm (Setiap hari), Tutup (Isnin)
Rating Google: 4.7/5 (100 Review)

Yang ini Mama Siti akui agak pricey tapi sebenarnya berbaloi! Sebab harganya yang agak tinggi, encik dan puan bulus di sini pun tak terganggu, tidak stress, lebih sihat dan ramah. Kebanyakan kafe kucing yang viral sebab murah atau masuk percuma, kucing di tempat mereka agak moody dan mudah sakit.

Bukan itu sahaja, baka kucing-kucing di sini pun lebih “mahal” dan jarang terdapat dalam kafe kucing biasa seperti Ragdoll yang sangat terkenal dengan warna putih, bulu lembut, dan sifat yang sangat manja dan peramah.

Nota: Seekor Ragdoll boleh mencecah sehingga RM20,000!

Seri Talam Cat Cafe

Kredit gambar: Seri Talam Cat Cafe

Alamat: No. 13, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8 am-5 pm (Setiap Hari)
Review Google: 4.2/5 (437 Review)

Dari Premium ke Tradisional, dari Croffle ke Kuih Talam! Seri Talam Cat Cafe menggunakan konsep yang lebih berbeza dari kafe kucing yang lain, dan menjadikan Kuih Talam sebagai menu utama mereka!

Kebanyakan kafe kucing menghidangkan makanan barat tetapi istimewa hanya di Seri Talam Cafe, menghidangkan menu masakan Melayu!

Kafe ini merupakan antara kafe kucing dengan bilangan kucing terbanyak. Ianya merupakan rumah bagi lebih 50 ekor kucing! apa yang lebih menarik lagi, kesemuanya adalah kucing jalanan yang diselamatkan!

Nota: Sekiranya anda melihat kucing-kucing di sana sakit dan dalam kondisi yang tidak baik, bukan kerana kecuaian, tetapi bersebab. Kesemua kucing yang berada di sana adalah kucing yang di buang kerana sakit dan kucing gelandangan.

Bantu encik dan puan bulus dengan menyokong kafe ini!

Cuffy meow

Kredit gambar: cuffymeow.com

Alamat: 37A, JALAN 16/155C Bandar Bukit Jalil, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 1-8pm (Isnin-Jumaat) / 12-8:30 pm (Sabtu & Ahad)
Review Google: 4.6/5 (51 Review)

Antara kafe kucing baru dan mendapat rekomendasi paling baik dari pengunjung! Nikmati hidangan yang enak dengan encik dan puan bulus yang pelbagai.

Harga yang dikenakan tidak terlampau tinggi dan makanan yang disajikan akan memuaskan selera anda. Terdapat beberapa review yang kurang enak tentang makanan di sini tetapi Mama Siti berpuas hati dengan kucing-kucing di sini yang pelbagai.

Coo & Riku Puchi Marry Cat Cafe

Alamat: Lot L4-05 & 06, Level 4, Mitsui Shopping Park Lalaport, BBCC, 2, Jln Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 am-10 pm (Setiap hari)
Review Google: 4.6/5 (685 Review)

Antara kafe kucing yang paling popular di Kuala Lumpur. Terletak di LalaPort, akses parking dan mencari lokasi bukan satu perkara yang sukar di sini!

Kalau anda datang ke sini, bukan hanya anda dapat bermain dengan encik dan puan bulus yang sangat comel! Buat peminat komik juga, anda boleh membaca komik yang pelbagai, sambil menikmati secawan kopi ditemani kucing-kucing yang sangat comel!

Ya betul! Kafe ini menyediakan pilihan komik yang pelbagai bagi pengunjung. Tambahan pula, kafe ini juga menyediakan makanan dan mainan untuk menarik perhatian kucing yang pelbagai di sini.

Nota: Elak waktu-waktu ramai pengunjung seperti hujung minggu kerana kucing-kucing di sini mudah stress dengan pengunjung yang ramai.


Untuk lebih banyak tempat-tempat menarik klik SINI.