KelabMama

KAEDAH MENCEPATKAN KELAHIRAN YANG IBU HAMIL PERLU TAHU

Sebagai seorang bakal ibu, perkataan induksi (induce) ataupun memulakan proses kelahiran lebih awal lazim kedengaran terutamanya jika anda menghadapi masalah perubatan semasa mengandung. Banyak sebab-sebab mengapa proses kelahiran dimulakan walaupun anda belum lagi mengalami kontraksi atau secara amnya sakit untuk bersalin. Kaedah-kaedah yang digunakan untuk induksi kelahiran juga dapat mencepatkan proses masa untuk bersalin. Ini penting difahami sekiranya anda telah dikenalpasti oleh doktor untuk melahirkan anak sebelum kontraksi serta kesakitan bersalin spontan.

 

PERINGKAT PROSES KELAHIRAN

Proses Pertama: Proses kelahiran adalah yang terpanjang, bermula dengan kontraksi rahim dan diikuti dengan kesakitan meneran secara berkala. ini menyebabkan pintu pangkal rahim puan terbuka dari beberapa milimeter hinggalah ke maksimum 10 sentimeter.

Proses Kedua: Peringkat meneran di mana pintu pangkal rahim puan sekarang paling maksimum pada 10 sentimeter sehinggalah berlakunya kelahiran bayi.

Proses Ketiga: Merupakan peringkat di mana uri (plasenta) dikeluarkan.

 

 

PUNCA KELAHIRAN DIPERCEPATKAN

Doktor tidak akan mencadangkan induksi ataupun mencepatkan kelahiran sekiranya anda tidak mempunyai risiko-risiko tertentu. Tempoh kelahiran serta kemudahan unit rawatan rapi neonatal juga diambil kira. Tujuan induksi ataupun mempercepatkan kelahiran dipilih sekiranya terdapat risiko kepada kesihatan ibu hamil jika masih lagi mengandung, ataupun mungkin untuk melindungi kesihatan bayi dalam kandungan. Sekiranya ibu dan kandungan tidak bermasalah, jarang sekali induksi ataupun mempercepatkan kelahiran dilakukan sebelum minggu ke-39.

Di antara sebab-sebab mengapa kelahiran dipercepatkan adalah:

 

PROSES INDUKSI KELAHIRAN

 

INDUKSI ATAU PROSES MENCEPATKAN KELAHIRAN TIDAK BOLEH DIJALANKAN SEKIRANYA:

 

RISIKO

Perlu ditegaskan sekiranya anda perlu melalui induksi atau kelahiran yang perlu dipercepatkan, pilihlah hospital atau pusat bersalin yang mempunyai kemudahan asas perbidanan yang boleh mengenal pasti akan masalah yang mungkin akan terjadi lantas merujuk ke hospital yang lebih berkelengkapan untuk memastikan kesihatan ibu serta bayi terjaga dan terurus.

 

 

 Sumber: Utusan