KelabMama

Jom Semak Kadar Mas Kahwin Terkini Untuk Setiap Negeri

mas kahwin

Sumber: istockphoto

Mas kahwin adalah salah satu nilai yang mesti ditimbang kira untuk sebuah pernikahan. Pemberian mas kahwin dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan merupakan tanda keinginannya yang ingin membina rumah tangga bersama. Ia untuk menzahirkan penghargaan kepada kaum wanita dan kemuliaan serta kepentingan sebuah perkahwinan itu.

Pemberian mas kahwin juga dinilai sebagai bukti cinta dan kesungguhan seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia juga menunjukkan sifat tanggungjawab seorang lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga terhadap pasangannya.

Apa Itu Mas Kahwin?

Sumber: istockphoto

Menurut Sernadz, mas kahwin atau juga disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib dari suami kepada isteri semasa pernikahannya.

Pemberian ini adalah diwajibkan ke atas lelaki, seperti hadith Rasulullah S.A.W. ini:

Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina.

Riwayat at-Tabrani dan al-Hakim

Mas kahwin adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh dituntut oleh sesiapa walaupun ibu bapa dan suaminya. Tetapi jika dengan kerelaan dan keizinan isteri, itu tidak mengapa.

Mas Kahwin Ikut Negeri Terkini

Pemberian mahar ini adalah berbeza-beza mengikut negeri dan ia ditetapkan oleh negeri tempat tinggal pengantin perempuan ya. Kadarnya mungkin berubah-ubah jadi anda mesti semak ketetapan kadar mahar yang terkini.

Ia juga berbeza untuk gadis dara dan janda. Bergantung kepada kemampuan dan keikhlasan bakal suami, kadar ini adalah jumlah minimum yang diwajibkan tetapi jika anda mampu, tidaklah salah untuk tambah jumlah pemberian buat bakal isteri ini.

Berikut merupakan kadar ketetapan mas kahwin ikut negeri yang terkini:

NegeriNilai Bujang (RM)Nilai Janda (RM)
Johor22.5022.50
Melaka100.00100.00
Negeri Sembilan200.00100.00
Selangor300.00300.00
Kuala Lumpur80.0040.00
Perak101.00101.00
Pulau Pinang24.0024.00
KedahTiada KetetapanTiada Ketetapan
PerlisTiada KetetapanTiada Ketetapan
Pahang22.5022.50
TerengganuTiada KetetapanTiada Ketetapan
KelantanTiada KetetapanTiada Ketetapan
Sabah100.0080.00
Sarawak120.00120.00
Labuan80.0080.00
Sumber: kahwinmall.com

Kos Lain Selain Daripada Mas Kahwin

Sumber: istockphoto

Selain mas kahwin, ada juga pemberian wang hantaran buat bakal isteri dari pihak lelaki. Wang hantaran inilah yang sering dikelirukan dengan mas kahwin.

Yang sebenarnya, duit hantaran hanyalah merupakan sebuah adat Melayu yang diamalkan dari dulu lagi. Ia bukanlah tuntutan agama seperti mas kahwin yang diwajibkan.

Kebiasaannya, jumlahnya agak banyak. Ada yang menggunakan wang hantaran ini untuk perbelanjaan kenduri kahwin dan sebagainya.

Selain daripada wang tunai, mas kahwin juga boleh diberikan dalam bentuk yang lain seperti Al-Quran dan emas. Bergantung kepada perbincangan kedua belah keluarga, capailah persetujuan untuk kesepakatan mas kahwin ini ya.

Mas Kahwin, Tuntutan Syarak Yang Wajib Ke Atas Bakal Suami

Sumber: istockphoto

Berdasarkan kemampuan anda, pihak lelaki wajib untuk memberikan mas kahwin kepada bakal-bakal isteri apabila dinikahi.

Jumlah yang minimum untuk setiap negeri adalah berbeza. Jangan lupa untuk semak kadar yang terkini dan berbincanglah bersama-sama antara kedua-dua keluarga.