KelabMama

Jom Dalami Dan Fahami Anak Autisme!

Anak kecil menyendiri

Image from Adobe Stock

Anak autisme atau gejala autistik dalam kalangan anak kecil bukanlah sesuatu yang asing. Statistik menunjukkan lebih daripada 47,000 kanak-kanak di Malaysia menghidap autisme di negara kita. Sebenarnya masalah ini dapat dielak sekiranya mama papa mengenalpasti simptom dan merawat mereka dengan lebih awal. Namun disebabkan kita tak tahu dengan mendalam tentang austime, sebab itulah hal ini berlaku. Mari Mama Siti terangkan serba sedikit tentang autisme supaya kita semua celik soal ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan austisme?

Autisme adalah sejenis masalah perkembangan tumbesaran yang berlaku kepada kanak-kanak. Masalah ini berkait rapat dengan interaksi sosial mereka dengan orang sekeliling dimana mereka susah nak berkomunikasi dan suka menyendiri. Anak autistik juga mempunyai keinginan yang terhad terhadap sesuatu perkara dan juga sering mengulangi tingkah laku yang tak wajar.

Penyakit ini melibatkan perkembangan saraf yang mana ia boleh mempengaruhi sesiapa je. Punca sebenar terjadinya gejala ini belum lagi dikenalpasti namun para pengkaji telah menganalisis faktor risiko autisme yang mungkin berlaku kepada seseorang.

Kecacatan kepada sistem nuerologi ini bukan je mengehadkan perkembangan bahasa serta pertuturan seseorang malah juga tingkah laku anak-anak yang terlibat. Hal ini selalu lambat dikenalpasti oleh sesetengah ibu bapa kerana tak sedar bahawa kegagalan untuk berinteraksi dengan baik adalah ciri-ciri anak autistik. Apabila anak menginjak masuk umur 2 atau tiga tahun, barulah mama papa sedar bahawa anak mereka adalah anak autistik.

Ciri-Ciri Anak Yang Mengalami Autisme

Bagi mengetahui jika anak mama mengalami autisme atau tak, cuba try check beberapa tanda ini. Yang pertama adalah perkembangan motor yang perlahan. Ini dapat dilihat sekiranya anak mama yang sudah berusia 6 bulan namun masih belum pandai senyum dan menunjukkan reaksi gembira. Kemudian pada umur 9 bulan, si comel tak mempamerkan riak dan ekspresi muka serta mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dimaksudkan bukanlah bunyi tangisan ye. Pada umur 12 bulan pula, dia kelihatan lambat bercakap dan tiada pergerakan seperti melambai tangan.

Ciri yang kedua adalah mereka memerlukan perhatian yang berlebihan. Kita tahu bahawa bayi memang bersifat clingy dan manja dengan mama papanya. Namun anak autistik menunjukkan sifat manja yang berlebihan. Mereka tak berminat dengan keadaan dan orang sekeliling dan hanya mahu berada di pangkuan mama je.

Tiada eye contact dan baby talk adalah ciri yang seterusnya yang boleh dilihat pada anak mama. Sewaktu berinteraksi dengan mereka, mama dapati mereka tak menunjukkan minat dan mata mereka meliar ke tempat lain. Si comel juga tak mengeluarkan bunyi yang berunsurkan baby talk yang biasa kita dengar jika berbual dengan mereka. Apabila dipanggil, mereka juga tak memberikan respon.

Punca-Punca Autisme

Biarpun punca sebenar masih belum dapat dibuktikan oleh pakar pengamal perubatan, namun punca kepada risiko terjadinya autisme ini telah dikaji. Antara punca risiko autisme adalah disebabkan oleh masalah genetik. Kemungkinan besar diwarisi dari ahli keluarga yang lain, masalah genetik masih lagi samar-samar dan belum dapat dirawati hingga kini.

Faktor lain yang menyumbang kepada masalah autisme ialah keadaan persekitaran. Contohnya masa mama tengah mengandung, mama terdedah kepada pencemaran udara serta bahan metal yang mana memberi kesan kepada tumbesaran janin. Selain itu amalan ibu ketika hamil yang tak wajar seperti merokok dan minum arak juga antara punca terjadinya anak autistik.

Autisme juga berpunca daripada masalah biologi lain seperti Syndrome Down, Cerebral Palsy dan masalah imunisasi. Bentuk fizikal yang tak sempurna seperti hidung penyet, tangan pendek serta kesukaran untuk bergerak akibat kekurangan koordinasi tubuh badan dan tiada ketahanan diri adalah antara ciri kepada masalah biologi diatas.

Kegagalan untuk membesar dan berkeupayaan seperti anak lain memang selalu dikaitkan dengan punca berlakunya masalah autisme ini.

Rawatan Autisme

Sehingga ke hari ini, autisme masih belum dapat diubati secara keseluruhannya. Hanya rawatan untuk mengawal tindak balas mereka dan kaedah meningkatkan kebolehan mereka je yang selalu diberikan.

Langkah yang paling utama adalah dari aspek pendidikan. Bagi anak autistik mereka akan mengalami masalah pembelajaran kerana autisme berkait rapat dengan sistem saraf dan neurologi. Mereka akan dihantar ke sekolah atau kelas khas bagi menerima pembelajaran yang khusus. Semasa dalam tempoh ini, skop pembelajaran mereka tak hanya fokus kepada akademik je tetapi juga kemahiran sosial dan komunikasi yang baik.

Ubat-ubatan juga digunakan dalam merawat anak yang menghidapi autisme. Disebabkan penyakit mereka ini berkait dengan neurologi maka emosi mereka mudah terusik. Dalam keadaan yang fragile, emosi anak istimewa ini tak menentu, jadi dengan memberi ubat maka sifat agresif mereka akan menurun. Hal ini kerana, jika tingkah laku agresif mereka berlarutan, ia bukan je membahayakan kesihatan mereka malah juga orang di sekeliling.

Nasihat Untuk Mama Papa Yang Mempunyai Anak Autisme

Mempunyai anak autisme bukanlah suatu perkara yang patut dimalukan. Mama papa harus berbangga kerana menjadi ibu bapa terpilih untuk membesarkan anak istimewa ini.

Mama papa harus menanam sifat sabar yang tinggi dalam diri masing-masing kerana proses membesarkan anak autistik ini bukanlah mudah. Hanya mereka yang kuat dan mampu je yang dipilih oleh-Nya untuk memiliki anak seperti ini. Kedua-dua mama papa perlu bersatu tenaga dan sentiasa menyokong satu sama lain dalam membesarkan anak-anak. Bukan je menyokong dari aspek kewangan malah juga moral pasangan. Dan yang paling penting moral anak yang mengalami autisme ini.

Kuat semangat dan keazaman yang tinggi dalam diri mama papa amat diperlukan dalam menepis stigma masyarakat yang memandang serong terhadap anak autistik ini. Usah kecewa dan mengambil hati dengan tanggapan negatif komuniti sekeliling.

Mama papa juga dinasihatkan untuk menyertai kelab atau persatuan anak autisme. Persatuan ini bukan je memberi peluang kepada mama papa mengongsikan cerita dan pengalaman malah juga secara tak langsung mendapat dorongan moral daripada ibu bapa anak autistik yang lain.

Sebagai mama papa, kita hendaklah bersyukur kerana dikurniakan zuriat walaupun zuriat kita istimewa dan tak sempurna seperti zuriat orang lain. Usah cepat melatah kerana ada sesetengah daripada kita langsung tak diberikan rezeki anak. Syukur, redha dan sabar adalah kunci menjadi mama papa yang baik.

Semoga bermanfaat!

BACA LAGI 3 AKTIVITI MUDAH UNTUK MENINGKATKAN PERKEMBANGAN KOGNITIF ANAK-ANAK

Pesan Mama Siti

Dalam membesarkan anak, pelbagai ujian dan dugaan yang bakal kita hadapi. Namun sifat sabar yang utuh dan jitu menjadi elemen yang paling penting. Kepada mama papa yang mempunyai anak autistik, Mama Siti salut anda semua! Anda ibu bapa yang hebat dan terpilih. Semoga anda diberikan rahmat dan dimudahkan segala urusan dalam membesarkan dan menjaga insan istimewa ini. Jangan patah semangat kerana tiada ujian yang mampu dihadapi oleh hamba-hamba Nya.

  1. Apakah yang menyebabkan autisme?

    Autisme tiada punca yang sebenar namun selalunya disebabkan masalah genetik dan persekitaran yang didiami oleh ibu hamil. Terdedah kepada pencemaran udara serta aktiviti tidak bermoral seperti merokok, minum arak dan penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan bayi dalam kandungan membesar menjadi anak autistik.

  2. Pada usia berapakah autisme dapat dikenal pasti?

    Selalunya pada usia dua tahun ke atas, anak akan menunjukkan simtom yang jelas bahawa mereka mengalami autisme.

  3. Apakah ciri-ciri autisme?

    Perkembangan motor yang perlahan seperti lambat bercakap, tiada baby talk dan reaksi senyuman . Selain itu, anak autisme juga seorang yang sangat 'clingy' di mana mereka memerlukan perhatian anda yang berlebihan. Mereka juga tidak memberi respon apabila dipanggil dan tiada unsur eye contact.

  4. Apakah autisme dapat diubati?

    Secara amnya, autisme tiada rawatan khusus untuk mengubatinya. Hanya ubat bagi menenangkan keagresifan mereka dan teknik pembelajaran oleh guru khas sahaja yang menjadi rawatan kepada anak autistik ini.

  5. Adakah autisme sejenis penyakit?

    Tidak, autisme adalah kecacatan atau kekurangan yang berkaitan sistem saraf dan neurologi seseorang. Ianya bukan kecacatan mental atau psikiatris namun autisme adalah kegagalan seseorang untuk berhubung secara sosial dan berkomunikasi dengan baik.

  6. Bagaimanakan untuk menghadapi anak yang menghidapi autisme?

    Kesabaran yang tinggi adalah kunci utama dalam menghadapi anak autistik. Ibu bapa juga boleh mendapatkan nasihat doktor secara berkala dengan tumbesaran anak serta menyertai persatuan anak autistik bagi mengongsikan pengalaman dan cerita serta saling menyokong antara satu sama lain.