KelabMama

Jom Cuba 15 Tips ‘Win’ Didik Anak Dari Kecil Cara Dr Sheikh Muszaphar

Memang dah menjadi tugas serta tanggungjawab sebagai mama papa untuk mendidik anak. Nak mendidik anak bukanlah mudah. Ia memerlukan cara dan pendekatan yang betul untuk membentuk keperibadian mereka sejak dari kecil.

Anak-anak ni ibarat kain putih. Mama papa lah yang mampu mencorakkan kehidupan mereka. Bagi mama papa yang baru melangkah ke alam keibubapaan ni, ada beberapa perkara asas yang mama papa kena tahu sebelum membentuk anak menjadi orang yang berjaya. Apakah perkara asas itu?

Jom kita baca perkongsian dari angkasawan pertama Malaysia iaitu Dr Sheikh Muszaphar di instagram beliau sendiri mengenai 15 tips untuk didik anak-anak di peringkat awal. Semoga bermanfaat!

Ikuti 15 tips daripada Dr Sheikh Muszaphar ini:

1. Say ‘I love you’ pada setiap anak at least 10 times a day.

2. Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti educational.

3. Gunakan sebaiknya Golden Age anak-anak, iaitu usia 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method) memandangkan fasa ini otak anak-anak sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.

4. Inspire & encourage your kids to push their limit so that they will be tough, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

5. Strict with your rules at the same time full of love.

6. Expose anak dengan macam2 aktiviti; Math, Flashcard, horse riding, aktiviti kebajikan dll. Anak akan cepat matang.

7. Kanak2 sukakan rutin. Stick with routine.

8. Children never get tired. So gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.

9. Communicate communicate communicate! Knee down & bend down bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting.

10. Never say ‘no’ (its a one way communication). Use a lot of ‘WHY’.

11. Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat.

12. Home environment. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.

13. Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.

14. Identify signs of stress & reschedule.

15. EDUCATION STARTS AT THE AGE OF 6, BUT LEARNING BEGINS AT BIRTH.

Didik anak dengan pelbagai aktiviti menarik pun seronok tau!


Sumber : Dr Sheikh Muszaphar

BACA JUGA NADA SUARA LEMBUT TAPI TEGAS CARA HANIS ZALIKHA DIDIK YUSUF.TERBAIKLAH!

Pesan Mama Siti

Nak didik anak memang bukan satu perkara yang mudah tapi bukan juga membebankan. Anak adalah amanah dari Allah dan sebagai mama papa jagalah anak bagai menatang minyak yang penuh. InsyaAllah dengan berkat kesabaran dan tunjuk ajar yang betul pasti anak-anak menjadi insan yang berguna. Amin