KelabMama

Jangan Main-main Lafaz Apa Sahaja Jenis Talak! Takut Menyesal, Terpaksa Cari Cina Buta

“Dan jika kalian bertekad kuat untuk talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

(Al -Baqarah: 227)

Salah satu perkara yang dibenarkan agama tetapi tidak digalakkan ialah bercerai. Tentunya Allah memiliki ilmu pengetahuan kenapa perceraian dibenarkan dalam agama Islam walaupun tidak disarankan.

Apabila menyentuh perihal talak, kita perlu tumpukan perhatian dan memahami hal-hal yang ada di dalamnya. Talak tidak terhenti sekadar lafaz cerai. 

Terdapat beberapa jenis lafaz talak, lima perbezaan cerai serta hukum yang perlu diperhatikan. 

Apa Itu Talak? 

Melalui laman Portal Rasmi E-Syariah, talak ialah cerai atau pembubaran ikatan pernikahan dengan lafaz talak. Urusan perceraian hendaklah berdasarkan  Al-Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama’. 

Perbezaan Hukum Cerai Mengikut Keadaan

Kredit gambar: Freepik

Rupa-rupanya hukum talak berbeza mengikut keadaan suami dan isteri. Islam mengambil kira kebajikan dan keperluan kedua-dua belah pihak. 

Oleh itu, hukum talak membantu kita menguruskan perihal penceraian agar manusia tidak keliru membuat keputusan.

  1. Wajib
  1. Sunat
  1. Makruh
Kredit gambar: Depositphotos
  1. Harus
  1. Haram

Dua Jenis Lafaz Talak Beserta Contohnya

Kredit gambar: Freepik

Sarih (Jelas)

Ucapan cerai yang dilafazkan secara sengaja dan nyata menggunakan perkataan yang jelas  menunjukkan niat suami menceraikan isterinya.

Contoh lafaz sarih:

Kinayah (Kiasan)

Lafaz yang tidak menunjukkan perpisahan secara langsung kepada isteri oleh suami.

Contoh Lafaz kinayah:

Kuasa Isteri Mohon Cerai (Fasakh & Khulu`)

#1 Cerai Talak

Penceraian yang dilakukan secara baik oleh suami dan isteri. Selain itu ialah apabila suami membuat keputusan menceraikan isterinya dengan lafaz.

Manakala talak terbahagi kepada dua iaitu talak sarih dan talak kinayah.

#2 Cerai Ta’liq

Perceraian secara ta’liq berlaku apabila suami melanggar ta’liq yang dibuat olehnya semasa upacara akad nikah.

#3 Cerai Khulu`

Kredit gambar: DIva.my

Perceraian atas permintaan isteri dengan memberikan sejumlah pampasan kepada suami. Seterusnya, suami akan melafazkan talak jika dia bersetuju dengan nilai pampasan yang diterima.

PERHATIAN: Cerai Khulu` tidak dibenarkan rujuk.

#4 Cerai Fasakh

Kredit gabar: Freepik

Pembubaran perkahwinan berdasarkan bidang kuasa mahkamah iaitu hakim. Penceraian jenis fasakh akan diputuskan oleh hakim setelah mengambil kira keadaan kedua-dua belah pihak.

Contohnya: 

#5 Cerai Li`an

Ada keadaan dimana suami meragui status anak dari hasil perkahwinan mereka. Dia menuduh isteri berzina tetapi gagal membuktikannya dengan empat orang saksi.

Talak 1, Talak 2 & Talak 3 ?

Kredit gambar: Islampos

Talak 1 dan Talak 2

Kedua-dua talak ini dibenarkan rujuk kembali dengan isterinya. Tentang iddahnya pula berbeza-beza mengikut keadaan si isteri. 

Di waktu iddah, isteri tidak boleh bernikah dengan mana-mana lelaki. Di samping itu, ianya merupakan waktu bagi si suami kembali semula kepada isterinya

الطَّلٰقُ مَرَّتَانِ  ۖ فَإِمْسَاكٌۢ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌۢ بِإِحْسٰنٍ  ۗ وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّآ أَنْ يَخَافَآ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ  ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِۦ  ۗ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا  ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

(A-Baqarah: 229)

Maksudnya: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Talak 3

Kredit gambar: mstar.com

Pasangan suami isteri yang berpisah dengan talak tiga tidak dibenarkan rujuk melainkan isteri telah berkahwin dengan lelaki lain. 

Dan selepas berpisah dengan suami kedua, barulah suami pertama dibenarkan untuk rujuk kembali. Inilah yang dikatakan seperti ‘mencari Cina buta’.

Namun begitu, kita tidak boleh mempermainkan hukum rujuk talak tiga. 

Contohnya mengupah seseorang untuk berkahwin dengan si isteri hingga waktu tertentu perlu menceraikannya.

فَإِنْ طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُۥ مِنۢ بَعْدُ حَتّٰى تَنْكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُۥ  ۗ فَإِنْ طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَآ أَنْ يَتَرَاجَعَآ إِنْ ظَنَّآ أَنْ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ  ۗ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 

(A-Baqarah: 230)

Maksudnya: Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

Kesimpulannya,

Sebab itu sebelum berkahwin, penting untuk bakal pengantin memahami lafaz dan jenis talak serta perceraian dengan betul. Lima hukum talak dalam Islam hendaklah dijadikan panduan dalam urusan rumah tangga supaya tidak mudah untuk digunakan dan kemudian menyesal.

Walaupun suami mempunyai ‘kuasa veto’ keatas penceraian, namun pihak isteri juga mempunyai hak untuk melepaskan diri mereka dari pernikahan tersebut.

Isteri boleh menfailkan penceraian melalui cerai khulu` dan cerai fasakh. Sesungguhnya Islam bersikap adil kepada umatnya. 

Semoga dengan perkongsian pengetahuan kali ini, membantu Mama mendalami lebih lagi tentang jenis talak dan perkara-perkara nikah kahwin. Oh ya, jangan lupa belajar dengan guru bertauliah ya. Bukan apa, risau kalau pemahaman kita salah nanti.