KelabMama

Jenis-jenis Tepung Gandum Tanpa Bleaching

Sepanjang kita semua dikuarantin di dalam rumah ni, ramai rakyat Malaysia yang tunjukkan bakat terpendam dengan jadi chef. Banyak yang resepi yang telah dicuba untuk hilangkan rasa bosan ketika berada di rumah. Maka, ramailah yang membuat kek atau kuih. Oleh itu, pastilah tepung menjadi senarai pembelian utama yang dikirim pada encik husben bila keluar beli barang. Mama-mama tahu tak jenis tepung gandum yang ada di pasaran dan membezakan mereka ialah ada bahan pemutih ataupun tak. Bahan pemutih ini dikenali sebagai benzoyl peroksida.

Jadi, bila ada bahan pemutih ni akan jadikan ia kurang khasiat. So, mari kita kenali 7 pilihan tepung berjenama tanpa bahan pemutih yang kita boleh dapatkan di pasaraya yang berdekatan dengan rumah. Jadi, barulah selamat nak buat kek atau masakan lain!

7 PILIHAN TEPUNG GANDUM UNBLEACHED

Masa musim PKP nilah, orang kita banyak buat donut, kek, kuih dan macam-macamlah. So, hari ni mama nak share jenama tepung gandum UNBLEACHED/TANPA BENZOL PEROKSIDA/ TANPA BAHAN PEMUTIH yang ada di pasaran dan apa yang mama biasa pakai.

1) Tepung Gandum Jenama FIKRI

2) Tepung Jenama FAIZA

3) Tepung Gandum CAP ROS

4) Tepung Jenama BAKERS’ CHOICE

5) SFM Tepung Gandum

6) Tepung BUNGA CEMPAKA

7) Tepung Jenama LILI

In sha Allah, semua ni ada dijual di pasaraya berdekatan dan yang beza cuma harga. Nak pakai tepung gandum yang selalu guna pun boleh je cuma kan lebih elok kalau kita guna yang tanpa bleaching ni. Apa-apa pun terpulang kepada pilihan masing-masing. Semoga, posting ini berguna buat mama-mama masa nak beli tepung ya.

Sumber: Yasmin Abdul Halim

BACA JUGA “JOM BAKING!” AKTIVITI HARI MINGGU BERSAMA ANAK

Pesan Mama Siti

Bila dah kenal jenis tepung ni, ingat beli berpada-pada ye. Jangan borong semua. Fikirkan orang lain juga ye. Selain buat kuih, kita boleh gunakan ia ni nak basuh ayam sebab ia boleh hilangkan lemak ayam dan buang bau hanyir ayam. So, lepas ni boleh gunakan alternatif baru selain guna air asam jawa atau limau bila nak basuh ayam.