KelabMama

MAMA KONGSI PENGALAMAN JARI ANAK TERKULAI, HAMPIR PUTUS AKIBAT DIHEMPAP KERUSI

Saya pasti Mama semua mesti sentiasa risaukan keadaan anak-anak kita kan? Kena gigit nyamuk sikit, tercalar sedikit di badan atau tangan, Mama lah yang paling risau sekali. Namun, kadang-kadang malang tidak berbau. Dalam Mama sibuk urus dan memantau anak-anak, kita juga sibuk mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Ada masa terlepas pandang apa yang dilakukan anak-anak. BUKAN sengaja tau! Terlepas pandang dan kadang-kadang di luar kawalan kita.

Contohnya cerita yang menimpa anak Puan Hani ini. Cerita ini dikongsikan oleh puan Hani Syahirah mengenai kejadian yang berlaku ke atas anaknya, Irsa pada Julai tahun lepas. Moga menjadi pengajaran buat Mama semua.

Masih ingat lagi masa tu tengah masak kurma. Lepas letak santan kita fokus sbb tak nak pecah minyak. Masa tu dengar dah kerusi bunyi-bunyi ..mmg Irsa our 3rd baby suka main kerusi. Ok..dlm hati,ok je tu..jap2..sambil kacau kuah kurma…

Jom JOIN PERADUAN BAYI COMEL 3 bersama Kelab Mama!

Ingatkan bibir atau gigi yang berdarah

Dan dgr bunyi kerusi jatuh..kuat..sambil irsa menangis.. terus pergi tgk. Ya Allah..ya Allah…ya Allah..darah..ingat gigi or bibir berdarah..tgk jari dia terkulai..ya Allah tercabut dah jari anak aku ya Allah. Pegang dia..sambil pegang pergelangan tgn die kuat2, cari kain, balut..sambil mulut menjerit bagi arahan kat Haqq, anak sulung. Suruh ambil beg letak brg kat dalam, dia ikut semua. Time tu rasa syukur sgt boleh harap dah anak aku.

Jiran yang baik

Cari kunci kereta, tak jumpa, call husband tak dapat-dapat. Hati naik geram dah ni, rupanya husband ada operasi. Sarung jubah, pakai tudung terus kunci pintu. Turun pergi kat jiran, minta tolong dia hantar ke hospital. Chinese..baik ya Allah. Dia hantar kami dan siap jaga anak2 saya sementara saya register anak. Lama jugak tu.

Jari anak seperti buah anggur yang dipicit

Doktor tengok dan cakap, memang kena lakukan pembedahan. Sebab jari hampir putus, seperti buah anggur yang dipicit. Nasib baik tulang tak ada apa-apa masalah. Esoknya, jari Irsa dibedah. Irsa kena bius penuh. Sedih rasa hati tengok keadaan anak masa tu. Sedih tengok dia sejuk, menangis dan tidur. Paling sedih apabila doktor suruh cium anak dulu sebelum dibawa ke bilik bedah. Doktor bagi kata dua – samada jari Irsa akan bersambung baik agtau hitam, mati lalu terputus sendiri. Allah, memang doa tak berhenti lepas tu. Ya Allah. Dan yang paling menguji bila kena buat ‘dressing’ sendiri dekat rumah.

Puan Hani turut menceritakan rasa bersalah dan sedih beliau. Puan Hani hanya mampu berdoa dan menangis apabila melihat anaknya. Sebelum pembedahan dilakukan, Puan Hani terpaksa puasakan anaknya yang masih minum susu. Pelbagai cara terpaksa digunakan untuk memujuk anaknya tidak minum susu pada malam itu. Mak mana yang tak sedih… 🙁

Sekeluarga makan di atas lantai

Alhamdulillah, kini jari Irsa semakin pulih. Kejadian yang berlaku ke atas anak Puan Hani telah menyebabkan mereka sekeluarga memilih untuk makan di atas lantai. Kerusi meja makan semua disimpan di dalam bilik.

Puan Hani tidak menyangka kejadian itu memberi kesan yang begitu teruk. Beliau turut menasihati Mama yang lain supaya jangan biarkan anak-anak main kerusi bersendirian. Jangan ambil mudah dengan apa yang mereka lakukan. Moga Mama diluar sana lebih berhati-hati ya lepas ni!

Jom JOIN PERADUAN BAYI COMEL 3 bersama Kelab Mama!