KelabMama

Jangka Hayat Botol Susu Yang Mama Harus Ambil Tahu

Pernah tak terfikir botol susu yang kita pakai untuk anak-anak kita berapa lama jangka hayat dia? Sedar tak sebenarnya sangat bahaya botol susu yang dipakai lebih 3 bulan jika bukan dikategorikan sebagai BPA Free. Bagi botol susu yang BPA Free pula jangka hayatnya hanya untuk 6 bulan sahaja. Tambahan lagi jika terdapat kesan calar dibahagian dalam botol. Kesan calar ini akan mengeluarkan bahan kimia dan membahayakan anak kita.

 

Apa itu BPA (Bisfenol A)?

BPA adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk penggunaan antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makan dan juga teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hamper semua makanan dan minuman dalam tin.

Bayi adalah golongan paling berisiko jika terdedah dengan BPA kerana ia dapat mempengaruhi pembetukan otak dan tingkah laku bayi. Banyak kajian mengaitkan BPA dengan masalah lain seperti Baligh Awal, Kanser Payudara, Kanser Prostat, Penyakit Jantung, Obesiti dan Kencing Manis. Malah boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap BPA ini berlaku ke dalam makanan dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan dari api atau matahari, calar dan pendedahan terhadap bahan kimia. Pengkaji dari Universiti of Cincinnati melaporkan pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan BPA sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam.

 

 Elak BPA Pada Botol Susu Anak

 

Elak BPA Dalam Kehidupan Seharian Anak