Ada sesetengah mama bila bayi demam tak nak bawa jumpa doktor kerana masih kecil dan bayi tak perlukan ubat. Tapi sebenarnya ia salah. Biarpun bayi mama masih kecil tapi jika bayi mama mengalami demam tidak kiralah demam biasa atau panas ia perlu dibawa berjumpa dengan doktor supaya kita boleh tahu keadaan bayi.
Baru-baru ini seorang wanita telah berkongsi di laman sosial mengenai kisahnya yang telah kehilangan putera kecilnya. Tak siapa menyangka bermula dari demam sehingga mengakibatkan putera kecilnya pergi buat selama-lamanya.
Sedikit coretan tentang anak syurga kami
Pada 16/2/2019 jam 11.45 pg,lahirlah seorg putera yg diberi nama Muhammad Raid Huzair..selama tempoh mengandung mama lgsg xde sebarang mslh dan alahan.sehinggalah melahirkan..mama cuma sakit sekejap je..Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mama tuk lahirkan Raid.Raid sgt sng dijaga selama tempoh berpntang,Raid lgsg xsusahkan mama sbb Raid tahu mama berpantang sendiri..terima kasih syg
Raid murah dgn senyuman,wlupon baru sebulan Raid dah pndai senyum2 bila di agah..masuk bulan ke2 Raid dah pndai nk berborak..rajin borak2 dgn mama baba abglong dan kakngah.rindunya mama pd awak syg
Mama xcited nak sambut raya dgn Raid ,mama cari baju melayu Raid sampai jumpa.comel Raid bila pakai baju melayu
Raya tahun ni mama baba xberjalan sgt sbb mama baba xdpt cuti lama..tp byk kenangan bersama Raid sehinggalah Raid demam..semua nya berlaku dgn begitu cepat..
20/6/2019
Mama dah start cuti sbb kononnya nak kemas2 rumah untuk kenduri aqiqah Raid pd 22/6..tp Raid tetiba demam..so pg khamis tu mama bawa Raid pergi klinik utk ambil ubat..Alhamdulillah suhu badan Raid xdela tggi sgt,cuma 36-37 je..wlupon demam Raid still boleh senyum dan nyusu mcm biasa.tp mama sntiasa monitor suhu bdn Raid..
21/6/2019
Pagi jumaat tu Raid dah start xnk menyusu.mama ingat Raid xnk nyusu sbb tekak sakit..tp mama paksa juga Raid minum susu sbb makin lama Raid makin lemah sbb lgsg xmenyusu..mama baba risau tgok keadaan Raid dan terus bawa Raid ke hospital Salam..masa dekat Salam tu ambil masa lama juga utk jumpa doktor sbb ramai.Raid makin lemah dan sentiasa merengek.sampai lah doktor pggil n check Raid..tp doktor ckp Raid xde ape2..mama ckp dgn baba,keadaan Raid yg lemah cmni doktor still kata Raid ok???at least masuk la air ke tuk bg tenaga pd Raid..tp x
Saat sampai di emergency..Raid terus dibawa ke zon merah
22/6/2019
Pada tarikh ni sbenarnya mama baba nak buat kenduri aqiqah Raid..disbbkan semuanya dah siap di tempah,jemputan pon dah dijemput..kami teruskan juga kenduri tu tanpa Raid di rumah.mama baba buat kenduri tuk raikan awak Raid
slps selesai saje knduri mama baba terus ke hspital jenguk Raid dgn harapan Raid dah sedar..luluh hati mama bila tgok Raid masih belum sedar..mama baba terus berdoa agar Allah angkat segala kesakitan yg ditggung Raid dan diberi kesembuhan.
23/6/2019
Pagi2 lg mama baba dah ke hspital tuk lawat Raid.doktor bgtau hasil dr ct scan xde menunjukkan sbrg ptunjuk tuk doktor diagnost ape punca Raid jd mcm tu..tp doktor ada ambil darah dan hasil dr keputusan ada kuman dlm darah.
24/6/2019
Doktor ambil keputusan tuk buat sekali lg ct scan..tp kali ni ct brains tuk tgok keadaan otak Raid.hasil dr ct brains mmg tunjukkan otak Raid dah mbgkak.tp doktor still nk teruskan MRI tuk dptkan keputusan yg lg tepat..hari ke-5 awak xsedarkan diri,tp mama tgok muka awak tenang je,mcm org tidur..bukan mcm org sakit..hari2 mama berdoa agar ade keajaiban tuk Raid.mama rindu nk tgok Raid senyum
25/6/2019
Ujian MRI dijalankan..tp utk buat MRI risikonya tggi sbb Raid bergntung penuh dgn mesin.doktor bgtau risiko utk proses transportation sbb bilik MRI jauh dr PICU..kemungkinan utk wayar2 tercabut boleh berlaku dan akan menyebabkan Raid collapses..tp demi utk kebaikan dan kesembuhan Raid mama baba terpaksa akur dan benarkan awak buat ujian MRI.Alhamdulillah,proses MRI dipermudahkan..tp result nya xboleh dpt pd hari yg sama.mama berharap xde ape yg serius..setiap kali waktu melawat mama sentiasa disisi Raid..borak2 dgn Raid,sbb mama tahu Raid dgr ape yg mama ckp kn
26/6/2019
Pagi2 doktor call suruh mama baba dtg hospital sbb doktor nk terang kan pasal result MRI.berdebar2 mama baba nk dgr penerangan doktor..doktor bgtau result MRI tunjukkan yg kuman mmg dah smpai ke otak dan otak Raid dah membgkak..doktor bgtau,Raid dah xmampu tuk lawan sakit..tuan puan kena redha yg Raid boleh pergi bila2 masa sahaja
27/6/2019
Pagi ni bila mama baba lawat Raid ,mama sedih lihat Raid sbb sblm ni Raid mcm org yg tengah tidur..xnmpk muka sakit..tp harini mama tgok muka dan badan Raid dah mula membgkak sbb badan Raid dah xmmpu nak hadam segala ubat yg diberi..Allahuakbar,kesiannya awak syg.mama tahu awak kuat tuk lawan sakit tp awak xmampu..pd harini mama di beri peluang utk bg susu pd Raid gunakan tiub,mama bersihkan bila Raid popo..dan mama dpt mandikan Raid..hilang rindu nk mandikan Raid..terima kasih pd nurse yg baik hati bg peluang pd mama tuk buat semua tu..hari2 mama bacakan yasin disisi Raid dan berdoa Raid diberi kesembuhan..mama borak2 dgn Raid..tak sggup mama tengok Raid mcm tu..mungkin ini ujian dr Allah utk mama baba di atas segala dosa2 kami..kami redha ya Allah..
mama bisik pada Raid..Raid syg,klu Raid xmampu nk lawan sakit xpela,mama redha.mama halalkan semua susu mama pada Raid
28/6/2019
Pada pukul 5.30 pg hospital call suruh mama baba dtg hspital sbb keadaan Raid dah kritikal dan makin lemah..menggigil badan bila dpt pggilan dr hspital
Mama baba mmg sengaja xnk bw Raid ke kampung utk dikebumikan..mama baba nk Raid dekat dgn kami,oleh sbb tu kami kebumikan Raid dekat tnah perkuburan bersebelahan dgn taman rumah kami.supaya sng kami nk ziarah Raid..Alhamdulillah semua urusan utk Raid amat2 dipermudahkan..
Mama baba redha atas pemergian awak Raid.mama yakin awak bahagia disana.bermainlah kamu di Syurga sana wahai anakku
Terima kasih Allah kerana bg kami peluang utk mengukir kenangan2 indah bersama anak syurgaku selama 4 bulan 12 hari..
#genapsebulanRaidpergi
Sumber : Norfazilah ManapÂ
BACA JUGA ANEMIA KETIKA HAMIL CETUS RISIKO KEGUGURAN
Pesan Mama Siti
Berat dugaan yang perlu ditanggung oleh mama Norfazilah Manap. Belum puas peluk cium si anak kini dia kehilangan pula permata hatinya itu. Allahu. Mama Siti harap kisah ini menjadi peringatan kepada mama semua. Kalau bayi mama demam teruslah rujuk dengan doktor. Sekiranya doktor kata anak tak ada apa tapi anak nampak seperti tak okay teruslah ke hospital.