KelabMama

JANGAN AMBIL MUDAH TENTANG EKZEMA

Ekzema adalah merupakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan alahan kulit atau radang kulit (dermatitis). Ekzema biasanya akan menyebabkan masalah kegatalan kulit yang agak kronik yang mengakibatkan ketidakselesaan dan kerengsaan. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur, baik bayi, kanak-kanak mahupun dewasa.

Namun begitu, 85% penghidap ekzema dikenalpasti terdiri daripada mereka yang berumur 5 tahun ke bawah. Antara punca ekzema ialah berkaitan dengan pembawaan genetik daripada salah silah ahli keluarga yang juga penghidap ekzema, asma atau demam alergi.

Jenis-jenis Ekzema

Ekzema terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya:

  1. Atopik Dermatitis (AD)
  2. Dermatitis Sentuhan
  3. Neurodermatitis
  4. Ekzema pada Tangan
  5. Nummular Dermatitis
  6. Statis Dermatitis

Atopik dermatitis merupakan sejenis ekzema yang paling biasa terjadi. Pesakit akan mengalami kulit kering, gatal, merah dan merekah. kadangkala akan berlaku lelehan cecair dan berdarah pada kulit. Kebiasaanya bahagian yang akan terjadinya ekzema adalah pada tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Penyebab Ekzema

Penyebab sebenar ekzema terjadi masih tidak dapat dikenalpasti. Namun, antara faktor-faktor yang mungkin menjadi penyebab utamanya ialah:

Penjagaan diri bayi

Ekzema tidak boleh dirawat. Namun, ia boleh di kawal agar simptom ekzema tidak menjadi bertambah teruk. Apa yang ibu boleh lakukan untuk memastikan ekzema bayi terkawal adalah :

Apabila bayi berasa gatal, mereka tidak akan dapat menahan diri daripada menggaru di bahagian yang gatal. Perkara ini akan mencederakan kulit mereka seterusnya menyebabkan kulit mereka lebih mudah diserang bakteria dan kuman, seterusnya akan mencetuskan infeksi dan alergi yang boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Tidur mereka akan terganggu, keyakinan mereka akan menurun seterusnya memberi kesan kepada kualiti hidup mereka.

Rawatan Untuk Ekzema

 

 

Sumber: yourfabulousmama