KelabMama

JAHITAN BERSALIN PASTI CEPAT SEMBUH DENGAN 7 ASAS PENJAGAAN INI

Selain berpantang, jahitan akibat guntingan ketika bersalin juga harus dijaga dengan baik. Ibu-ibu yang bersalin normal kebiasaannya akan melalui proses episiotomi, iaitu guntingan yang dibuat pada bahagian perineum. Kemudian bahagian itu akan dijahit bergantung kepada berapa besar guntingan yang dibuat.Kadang-kadang baru je berapa hari bersalin, dah mula rasa sakit, berdenyut-denyut.

Aduh, macam mana ni? Sakit… 🙁

Doktor yang merawat anda pasti dah beri tips-tips penjagaan tempat jahitan tu kan. Selain daripada tips yang diberikan doktor, anda juga boleh cuba tips yang dikongsikan jururawat terlatih, Noor Shafinah ini.

7 Tips Asas Penjagaan Jahitan Bersalin

1.  Baring ketika hendak cuci luka.

Jururawat ini sarankan untuk ibu-ibu lap dengan kering tempat jahitan menggunakan tisu ataupun tuala lembut. Kemudian, baring dan anginkan luka selama lebih kurang 5 minit sebelum anda sapu ubat kuning.

Bila dah sapu ubat kuning, anginkan lagi kawasan itu selama 5 minit untuk pastikan ubat itu meresap ke tempat jahitan. Anda juga boleh gunakan kipas kecik atau pengering rambut untuk keringkan tempat jahitan. Cuma agak bising la kalau anda gunakan pengering rambut.

2. Sediakan ‘spray bottle’ untuk ubat kuning.

Lagi mudah dan senang untuk digunakan. Tak payah susah susah nak sapu kalau anda menggunakan spray bottle. Isi ubat kuning dalam botol tersebut, dan kemudian semburkan je dekat tempat jahitan. Sembur banyak kali supaya bahagian lipatan jahitan pun kena.

Jika anda guna kapas, tekapkan perlahan-lahan dan pastikan ubat itu kena dekat kawasan yang jahitan.

Untuk pengetahuan anda, ubat kuning kalau habis boleh dapatkan di Klinik Kesihatan tau.

3. Boleh bersenam, tapi kurangkan berjalan.

Untuk mengelakkan jahitan terbuka dan luka, anda boleh kurangkan berjalan. Kalau berjalan pun, anda disarankan untuk kepit betul-betul agar daging bercantum elok.

Anda juga boleh cuba senaman untuk ibu lepas bersalin, iaitu senaman kegel. Ianya baik untuk peredaran darah ke tempat luka. Jadi, luka bersalin akan cepat sembuh. Tambahan pula, senaman kegel ni dapat mengembalikan keadaan vagina kita dalam keadaan asal.

 

4. Tukar tuala wanita dengan kerap.

Tuala wanita yang anda gunakan tu pun harus ditukar setiap 2-4 jam. Elakkan tunggu sehingga 5-6 jam sekali baru tukar . Takut nanti cepat melecet dan kuman cepat merebak.

5. Tingkatkan pengambilan Vitamin C dan Zinc.

Lebih banyak Vitamin C, lebih cepat  sembuh luka jahitan tersebut. Anda boleh dapatkan di farmasi atau banyakkan pengambilan buah oren yang asli. Luka pasti akan cepat kering dan sembuh.

6. Penggunaan air garam atau Sitz Bath.

Masukkan air garam dalam botol penyembur dan sembur dekat kawasan jahitan selepas buang air. Buat sekurang-kurangnya sekali sehari.

Sitz Bath juga sangat baik untuk anda. Berendam dalam air garam yang suam, dapat membantu memberi kelegaan dan keselesaan pada tubuh serta bekas jahitan.

7. Minum air banyak untuk mengelakkan sembelit.

Jaga pemakanan dan minuman anda. Minum air yang cukup, makan buah dan sayuran hijau untuk mengelakkan sembelit. Kalsium juga boleh mengelakkann sembeli. Minum susu atau Osteomatrix kalsium. Jangan terlalu teran ye masa tengah membuang. Takut terbuka jahitan nanti.

Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami simptom di bawah ini!

 

Jadi ibu-ibu yang baru bersalin, sila jaga kesihatan anda sebaik mungkin untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lain.