KelabMama

Jaga-Jaga! Jangan Terbeli Telur Rosak

Ketika membeli telur ayam di pasar, supermarket, hypermarket sekalipun, buat pilihan yang betul agar tak terbeli telur yang rosak. Tapi macam mana nak tahu telur tu elok atau pun rosak? Jom, Mama Siti tunjuk caranya.

1. Periksa Kulit Telur

Perhatikan sekeliling kulit telur dan lihat jika ada sebarang keretakan padanya. Kalau masih elok, bermakna bahagian dalam telur masih terlindung. Untuk mengetahui sama ada telur itu bagus ataupun tidak, lihat permukaan telur tu. Diatas permukaan telur tu akan ada sejumlah butiran kecil yang membuatkan permukaan telur sedikit kasar jika dipegang.

Kulit telur yang masih dalam keadaan sempurna mempunyai telur yang segar untuk dimakan.

2. Goncang Telur

Untuk mengetahui keadaan dalam telur, goncangkan ia. Telur yang berkualiti takkan hasilkan sebarang bunyi kerana ia padat di dalamnya. Putih telur yang bagus pula kelihatan sedikit kental jika dibandingkan dengan yang sudah lama ataupun rosak.

Semakin lama telur, semakin banyak kelembapan dan karbon dioksida yang masuk melalui kulit telur menyebabkan ia berbunyi ketika digoncang.

Kalau telur tak berbunyi bermakna telur putih tu dalam keadaan yang baik. Telur putih yang dah rosak tak dapat ‘mengikat’ kuning telur dan mempunyai rongga udara yang banyak di dalamnya. Sebab itu lah, bila mama goncangkan telur tu, ia akan berbunyi.

3. Rendamkan Dalam Air

Bila menjelang petang saja, hujan turun. Kita pun tiba-tiba teringin nak makan telur dengan maggi. Tapi macam mana nak tahu telur dalam peti sejuk tu masih boleh digunakan atau tak?

Jika telur rendam sepenuhnya sampai dasar gelas bermakna telur sangat segar.

Caranya mudah saja. Mama rendamkan saja telur dalam mangkuk atau cawan berisi air. Telur yang masih baik akan terendam ke dasar mangkuk. Tapi kalau ianya sudah seminggu disimpan, ia akan tenggelam dengan posisi yang sedikit senget. Telur yang tersimpan lebih kurang 2-3 minggu pula akan lebih tegak kerana rongga udara di dalam telur semakin banyak. Tapi kalau telur tersebut timbul sepenuhnya, bermakna ia sudah rosak.

4. Perhatikan Kuning Telur

Bentuk telur kuning yang lama tak akan sepadat telur yang masih segar.

Kuning telur yang masih elok biasanya berwarna kuning terang dan apabila dipecahkan, ia akan terbentuk cantik. Jika dah tak berapa elok atau dengan kata lainnya, telur lama, kuning telur akan berwarna sedikit pucat dan cenderung untuk ‘terlerai’ bila mama pecahkan telur. Selain itu, putih telur telur yang lama juga tak selikat yang biasa.

Sumber: makanlena

BACA JUGA KETAHUI KHASIAT BUAH-BUAHAN & SAYURAN MENGIKUT WARNA

Pesan Mama Siti:

Frust kan bila beli telur tapi time nak masak, rupanya yang dibeli itu telur rosak. Lagi frust bila bau busuk telur tembelang melekat pada tangan, cuci pakai Dettol pun bau tetap tak hilang. Jadi, mama boleh praktikkan kaedah yang Mama Siti kongsikan ni. InshaAllah, terhindar daripada terbeli telur yang rosak.