KelabMama

Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan Untuk Si Manja

Setiap Mama Papa mesti seronok bila anak dah berusia 6 bulan. Ia merupakan satu perubahan yang besar. Si manja dah boleh mula makan dan semestinya Mama lah orang yang paling ‘busy’ untuk sediakan jadual pemakanan bayi 6 bulan ni.

Mesti Mama dan Papa sibuk mencari maklumat tentang pemakanan bayi kan? Selalunya info ini semua boleh dicari dalam Google, ‘social media’ ataupun buku-buku. 

Selalunya, makanan bayi 6 bulan yang dicadangkan adalah puri buah atau sayur-sayuran. Tetapi sebenarnya, dua makanan ini je tak mampu untuk memenuhi keperluan nutrisi dan pembesaran si manja tau. 

Untuk entri hari ini, Mama Siti akan kongsikan tips dan nasihat daripada pakar dietitian yang mengajar 4 cara sebenar makanan bayi berusia 6 bulan. 

4 Bahan Utama Dalam Resepi & Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan 

Kredit Foto: Adobe Stock

Mengikut World Health Organization (WHO) dan KKM, bayi 6 bulan harus mulakan pemakanan yang spesifik bagi memastikan keadaan usus dan sistem pencernaan bayi berada dalam keadaan normal.

Bila Mama nak beri si manja makan, hidangan makanan utama wajib ada bubur nasi, sayur, buah, minyak, ikan dan daging. Ini akan memastikan si manja dapat nutrisi yang lengkap!

‘Four Days Wait Rule’ Yang Harus Diikuti Oleh Mama Papa Untuk Si Manja

Kredit Foto: Google Image

Pakar pemakanan mencadangkan ‘4 Days Wait Rule’ ini ketika bayi berusia 6 bulan. Apa itu ‘4 Days Wait Rule’ ni?

Cara ini, Mama boleh kenalkan satu jenis makanan pada si manja dan tunggu selama 4 hari. Kenapa 4 hari? Ini untuk memastikan bayi Mama ada alergi apa-apa atau ada masalah dengan pencernaan makanan seperti sembelit atau cirit-birit.

Selepas 4 hari, baru boleh Mama kenalkan makanan baru, jika tiada reaksi yang tak normal seperti cirit birit, sembelit atau alergi

Jadi kalau awal-awal, Mama hanya perlu buat bubur kosong dengan minyak je. Selepas 4 hari, Mama boleh tambahkan protein seperti ayam, ikan ataupun sayur-sayuran seperti carrot.

Kredit Foto: Google Image

Jangan Tambah Garam Atau Serbuk Perasa

Ini wajib untuk diketahui oleh Mama dan Papa. Jangan letak serbuk perasa atau garam langsung dalam makanan bayi 6 bulan.

Ini akan membahayakan buah pinggang bayi yang masih belum membesar dengan matang!

‘Portion’ Atau Jumlah Pemakanan Bayi Berusia 6 Bulan

Kredit Foto: Google Image

Kebanyakan bayi 6 bulan tak makan banyak pada awalnya kerana mereka dapat nutrisi yang cukup daripada susu formula atau susu badan yang membuatkan mereka kenyang. 

Ingat, perut bayi tu kecil je dan mereka hanya mampu menampung sedikit makanan. Makan yang berlebihan juga boleh membuatkan makanan tak diproses dengan baik tau.

Mama hanya perlukan sediakan makanan dalam portion kecil atau menggunakan mangkuk yang kecil sebagai panduan.

Makanan Yang Harus Dijauhi Oleh Si Manja Ketika 6 Bulan

Kredit Foto: Google Image

Bila kita mulakan setiap makanan untuk si manja, Mama harus tahu makanan bayi mana yang harus dihindari semasa tahun pertama bayi, termasuk:

Kekerapan Memberi Makanan Kepada Bayi

Mama dan Papa boleh mula dengan 1 jenis sajian sehari sebagai permulaan. Selalunya, waktu yang sering diberi makan untuk pertama kali ialah waktu tengah hari.

Selepas itu, Mama dan Papa boleh naikkan kekerapan ini kepada 2 hari sekali kemudian 3 hari sekali. Tapi ingat, jangan lupa susu bayi!

Mereka perlukannya untuk setiap 2-3 jam sehari atau ikut permintaan mereka. Kekerapan ini boleh ditambah dengan perlahan-lahan sehingga si manja makan sebanyak 3 kali sehari.

Jadi bila dah tahu beberapa kerap si manja perlu makan, barulah kita dapat merancang jadual makanan bayi 6 bulan. Jangan lupa, tips paling penting yang Mama Siti kongsikan.

Wajib perlu ada 4 bahan yang seperti di atas itu perlu ada dalam hidangan si manja.

Bahkan resepi makanan bayi 6 bulan pun ada sukatannya. Contoh sukatan makanan bayi 6 bulan seperti dibawah.

Menu Makanan Solid Bagi Bayi 6 Bulan, Selain Bubur:

Tekstur makanan: Cair, puri, kisar atau lenyek

Utamakan Kebersihan Dan Tekstur Makanan Yang Halus

Kredit Foto: Google Image

Apabila Mama masak ikan, masak bubur dan puri sebaiknya guna peralatan khas yang tak bercampur dengan masakan harian keluarga.

Ini perlu untuk memastikan makanan yang dimasak tu tak dijangkiti kuman dan menyebabkan keracunan makanan pada bayi.

Kalau Mama pindahkan makanan menggunakan pelbagai peralatan, ini boleh membawa kepada risiko dijangkiti pathogen tu lebih tinggi!

Jadi, sebaiknya guna satu atau dua peralatan khas untuk makanan bayi. Jangan campur tau! 

Tekstur yang halus pula dapat memberi kelebihan kepada bayi yang berusia 6 bulan seperti merangsang perkembangan neuromuskular si manja dengan lebih baik.

Makanan Bayi Membentuk Tumbesaran Dengan Lebih Sihat

Kredit Foto: Google Image

Apa yang si manja makan, itulah yang akan membentuk tumbesarannya. Ketika umur 6 bulan ini, bayi sangat ‘fragile’ tau. Jadi apa yang diberi makan oleh Mama akan memberi kesan terhadap sistem badannya.

Semoga nasihat ini bermanfaat dan akan membantu Mama dengan lebih baik dalam menyediakan jadual pemakanan bayi 6 bulan ni.

BACA JUGA MAKANAN BAYI 8 BULAN – 15 RESEPI UNTUK SI MANJA

Pesan Mama Siti

Seronok sebenarnya bila si manja dah boleh mula makan ni. Tapi dalam keterujaan tu jangan pula abaikan khasiat serta nutrien yang diperlukan si manja dalam setiap hidangan. Selamat mencuba Mama!