KelabMama

ISTERI LETIH KETIKA HAMIL

Apa yang boleh Suami Bantu?

Anda sedang hamil, dan sering berasa sangat letih. Jangan risau anda tidak keseorangan! Kehamilan meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan anda, dan ini boleh membuatkan anda sangat letih. Apa yang kebanyakan wanita paling ingat ketika fasa awal kehamilan ialah rasa letih berterusan. Si suami perlu memainkan peranan yang penting ketika ini. Walaupun anda tidak dapat merasa segala perubahan dan keletihan yang isteri anda hadapi, sekurang-kurangnya anda dapat meringankan beban yang ditanggung isteri.

 

Apa yang anda berdua perlu tahu, sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan si isteri akan bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan ibu hamil sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme ibu hamil juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan si isteri menjadi terlalu letih.

 

Ia berbeza bagi setiap orang, tetapi wanita hamil biasanya mengalami keletihan dalam trimester pertama dan ketiga. Bagi kebanyakan wanita dalam trimester pertama, keletihan merupakan salah satu simptom mabuk hamil pagi yang hadir bersama loya, muntah dan hilang selera makan. Jika simptom ini mengganggu tidur, tidak hairanlah ibu hamil akan berasa bertambah letih dan tidak selesa.  Mereka mungkin rasa sedikit tertekan berada dalam keadaan ini. Bagi kebanyakan wanita simptom-simptom mabuk hamil ketika pagi akan hilang menjelang 12 minggu kehamilan.  Tetapi anda berdua perlu tahu menjelang trimester ketiga, tubuh ibu hamil akan mula rasa letih semula dalam bulan ketujuh.

 

Rehatlah!

Cuba tidur sebentar pada waktu siang atau tidur malam lebih awal. Di tempat kerja, 15 minit tidur sebentar pun boleh membuat perbezaan, jadi jika anda bernasib baik mempunyai pejabat yang bertutup, tutuplah pintu, letakkan kepala anda di atas meja dan berehat. Atau cuba tidur semasa waktu rehat tengahari – anda boleh tidur dalam kereta jika tiada tempat lain untuk tidur. Apabila berada di rumah, suami cuba ambk alih kerja harian isteri seperti mengemas rumah, membasuh baju dan lain-lain lagi. Tunjukan penghargaan anda dan manjakan isteri anda untuk 9 bulan ini dengan memberi rehat yang secukupnya sebelum kelahiran cahaya mata anda berdua.

 

Ubah  Jadual

Rancang kerja harian anda agar lebihkan waktu rehat dari kebiasaannya. Hadkan kerja lebih masa di pejabat seminoma yang mungkin untuk ketika ini sahaja. Jika anda sudah pun menjadi ibu, berehatlah sekali-sekala dan tinggalkan anak-anak anda dengan orang lain supaya anda boleh tidur.

 

Jaga Makan

Ibu hamil perlu menjaga pemakanan. Jangan guna alasan ‘makan untuk dua orang’ sebagai penyebab anda makan dengan rakusnya. Pemakanan yang sihat yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, susu rendah lemak dan daging tanpa lemak boleh memberi tenaga.  Sebaliknya, makanan ringan hanya menjejaskan tahap tenaga anda. Makan dan minum yang sedikit tetapi kerap dapat membantu menangani loya dan muntah. Suami-suami sekalian, sila pantau jadual pemakanan harian si ibu hamil agar mereka sentiasa segar bertenaga dan kurang letih.

 

Sabar

mso-fareast-font-family:PMingLiU;mso-bidi-font-family:”Times New Roman”;
mso-ansi-language:EN-US;mso-fareast-language:ZH-TW;mso-bidi-language:AR-SA’>Apabila berada dalam trimester kedua, kebanyakkan wanita hamil akan kembali bertenaga. Anda mungkin cukup bertenaga untuk pergi menonton wayang atau membeli-belah barangan kelengkapan bayi anda. Tidak lama lagi anda akan merenung kembali waktu ini di mana tidur anda tidak terganggu sebagai satu nostalgia. Jadi tidurlah sebanyak mungkin selagi anda boleh.