KelabMama

PUAN IRYA, BUKTI KETABAHAN & KECEKALAN HATI SEORANG WANITA YANG BERGELAR ISTERI & MAMA

Interview ini eksklusif dijalankan oleh pihak KelabMama, dengan kerjasama dan kebenaran Puan Irya dan suami, Encik Khairudin.

Suami telefon bagi tahu accident, berdarah sikit je. Tapi saya ni rasa tak sedap hati. Sejam kemudian saya telefon lagi, suami cakap tengah tunggu ambulans. Takkan tak serius kalau sampai tengah tunggu ambulans?!

Cerita Puan Irya mengenai saat-saat pertama beliau menerima berita kemalangan suaminya.

Baru masuk tahun ke-5 berumah tangga

Puan Irya atau nama sebenar beliau, Iryaniza Suwarno sudah hampir 5 tahun menjalani bahtera rumah tangga bersama suami, Encik Mohamad Khairuddin. Bulan Januari ni cukup 5 tahun mereka bersama. Pasangan bahagia ini dikurniakan seorang anak lelaki yang berumur 3 tahun dan kembar lelaki comel yang kini baru berusia 2 bulan setengah.

Namun, malang tidak diduga. Baru tiga minggu bersama dengan kembar yang baru lahir, keluarga Puan Irya menerima berita yang memberi impak besar kepada keluarganya.

Bukan berdarah sikit, tapi tulang kaki kanan suami hancur!

Allah. Saya yang dengar pun luluh rasa hati, inikan Puan Irya sebagai isterinya sendiri. Sejurus menerima panggilan tersebut, Puan Irya terus minta tolong ayahnya yang tinggal berdekatan hospital suaminya dihantar untuk melawat beliau. Namun, berita yang disampaikan oleh ayahnya lebih menyayat hati. Ayah Puan Irya memberitahu yang keadaan Encik Khairuddin lebih parah daripada apa yang dia gambarkan.

Tulang betis dan tulang pergelangan kaki kanan suaminya hancur dan ada open wound kerana digilis lori tanah. Keadaan jalan masa tu lembab kerana hujan renyai.

Suami cuba untuk mengelak kereta depan yang berhenti mengejut secara tiba-tiba. Dia terjatuh dan dilanggar oleh sebuah lori tanah yang berada di lorong sebelah.

Dalam keadaan yang masih berpantang, Puan Irya bergegas ke hospital yang dimaksudkan, bersama-sama dengan anak lelaki yang masih kecil dan dua orang kembar.

Itu kali pertama saya kembali drive selepas bersalin.

Cuba bayangkan apa perasan Puan Irya masa tu – masih berpantang, dan bersama tiga anak kecil. Mama yang pernah melalui proses berpantang mesti faham kan macam mana keadaan fizikal dan emosi kita ketika itu.

Tak terjawab bila anak sulung tanya “Mana Ayah…?”

Sebak Puan Irya menceritakan bagaimana anak sulungnya sering bertanya tentang ayah. Anak sulung Puan Irya, Muhammad Khalish Iman amat rapat dengan ayahnya. Encik Khairuddin yang juga merupakan seorang ‘family-guy’ sering membawa anaknya keluarga berjalan-jalan di taman permainan. Tapi, keadaan dah berbeza. Sudah hampir 2 bulan Encik Khairuddin terlantar di atas katil dan hanya boleh bergerak dengan bantuan orang.

Kalau anak sulung tanya perihal ayahnya, tipulah kalau saya tak sebak. Sebagai ibu, saya cuba untuk kekal kuat demi anak-anak. Apa yang saya boleh jawab kalau Iman tanya, saya cuba beri jawapan yang positif. Saya beritahu dia untuk doakan ayah supaya cepat balik, cepat sihat. Alhamdulillah, walaupun baru berumur 3 tahun, Iman seperti memahami keadaan yang berlaku dekat ayah dia.

Kesan terbesar kepada keluarga

Walaupun sudah beberapa kali menjalani rawatan dan pembedahan susulan, kejadian yang berlaku menyebabkan suami Puan Irya tidak boleh berjalan untuk beberapa bulan. Puan Irya yang baru mula kembali bekerja pada 15 Oktober 2018 yang lalu selepas cuti berpantang, terpaksa membahagikan masa untuk berulang alik ke tempat kerja, anak-anak dan suami.

Impak terbesar pada diri saya dan keluarga adalah, saya perlu arrange masa yang sesuai untuk uruskan suami, menjaga anak-anak dan kerja. Suami yang juga rabun, kehilangan cermin mata semasa kejadian. Setiap pagi suami perlu dimandikan dengan cucian antiseptik sebelum air biasa untuk mengelakkan jangkitan. Saya perlu curi masa untuk uruskan suami. Dengan kembar yang masih breastfeed dan perlu ditinggalkan atas urusan kerja, saya kena ada masa untuk pam susu anak. Keadaan agak kucar-kacir hingga anak sulung terpaksa dijaga oleh kakak saya buat sementara waktu.

Walaupun gaji saya dan suami masih berjalan seperti biasa, tapi kejadian yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan kepada keadaan kewangan kami. Kalau sebelum ni, cukup untuk tampung keadaan kami sekeluarga, tapi kini agak berubah. Wang simpanan dan gaji kini lebih diutamakan untuk kos perubatan dan rawatan suami. Kemudian baru dibahagi untuk keperluan anak sulung, kembar dan saya sendiri.

Alhamdulillah, suami Puan Irya kini berada dalam keadaan stabil. Namun, akibat daripada kemalangan itu, suami Puan Irya mungkin bakal menghadapi kesukaran untuk berjalan semula seperti sedia kala.

Ambil masa yang agak lama,

ujar Puan Irya.

Keadaan suami Puan Irya yang parah menyebabkan Puan Irya terus cekal meneruskan kehidupan dan mengambil alih usaha mencari rezeki bagi menampung keperluan suami, dan anak-anak mereka.

Kelab Mama turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa Puan Irya sekeluarga. Jika anda berhasrat untuk memberi sumbangan kepada Puan Irya dan keluarga, anda boleh salurkan sumbangan anda ke maklumat berikut: