KelabMama

4 Interaksi Penting Dengan Baby 9 Bulan: Papa Mama WAJIB Take Note

Perhubungan yang baik dimulakan dengan interaksi yang baik. Begitu juga interaksi kita dengan baby 9 bulan.

Pada awal usia, Papa Mama tidak faham kehendak anak. Malah ada pula menganggap anak tidak tahu berinteraksi dengan mereka. Walaupun kelihatan remeh, perkara ini memberi kesan kepada pembesaran tindak balas kognitif dan penilaian anak pada awal usia.

Sekiranya tidak diambil berat tentang perkara ini, Anak Mama Papa berisiko untuk mengalami masalah percakapan di awal usia.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, seorang pengguna twitter Syahrul Anuar telah berkongsi 4 tips berinteraksi dengan bayi 9 bulan kebawah.

Tips Interaksi Penting Dengan Baby 9 Bulan

#1 Bercakap Sambil Tersenyum & Bertentang Mata

Rutinkan bercakap dengan anak perkara pertama yang ingin di ajar sepert:

Ataupun perkara asas dan yang menggembirakan seperti:

Walaupun pada tahap ini anak-anak tidak memahami perkataan yang disebut, namun mereka memahami riak wajah dan intonasi suara kita. Bercakap dengan nada lembut dan gembira akan membuat anak rasa selesa.

#2 Tunjuk & Namakan Objek

Tunjukkan dan sebut nama-nama objek. Perkara ini amat biasa dilakukan oleh ibu dan ayah kita dari dulu seperti:

Dengan cara ini anak akan dapat mempelajari perkataan baru. Pada awalnya baby anda takkan memahami perkataan tersebut tapi bila diulang, anak-anak akan mula mengaitkan objek tersebut dengan tindakan mereka.

#3 Terangkan Tindakan & Bunyi

Mama Papa perlu membeli mainan interaktif untuk dimainkan oleh anak. Atau boleh juga gunakan apa-apa untuk terangkan bunyi dan perbuatan sesuatu. Sebagai contoh:

Sekiranya Mama Papa mampu membeli mainan interakti untuk bayi, lebih mudah namun harus dipilih mengikut kesesuaian umur baby.

#4 Balas “Babbles” Mereka

Kredit gambar: The Asian Parents Philippines

“Babbles” atau celoteh merupakan salah satu cara baby anda cuba berinteraksi. Bukan sahaja sangat comel, celoteh menunjukkan baby anda sihat, happy, dan tidak mengalami masalah pembesaran.

Cuba berinteraksi dan fahami babbles baby anda sebagai contoh:

Atau apa-apa respon yang bersesuaian dengan situasi.

Interaksi Berkesan

1. Guna bahasa seringkas mungkin. Sepatah demi sepatah, dengan jelas dan perlahan.

2. Sentias membuat eye contact agar lebih mengeratkan hubungan dengan anak.

3. Pengulangan, repitisi, dan jadikan rutin untuk beinteraksi dengan bayi anda.

Memang tak faham apa yang kita cakap. TAPI baby akan belajar dari, ekspresi, dan isyarat. Anda boleh bercakap tentang apa sahaja asalkan berkomunikasi dengan baby.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Perkembangan Bayi klik SINI