KelabMama

Insentif MYCRS 2023, Subsidi Pembelian Car Seat Masih Dibuka!

car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak

Dalam usaha untuk memastikan keselamatan anak-anak kecil ketika berada dalam kereta, kerajaan telah meneruskan pemberian subsidi car seat di bawah program insentif MyCRS 2023.

Car seat ini salah satu alat yang penting untuk pastikan keselamatan anak-anak terjamin ketika berada dalam kenderaan.

Ia juga dapat membantu melindungi mereka sekiranya berlaku kemalangan dengan cara dapat mengurangkan risiko kecederaan yang akan dialami oleh anak-anak.

Sebab itu, dengan menggunakan car seat atau Child Restraint Systems (CRS) sangat bagus untuk menjamin keselamatan anak-anak ketika dalam kereta.

Insentif MyCRS 2023 Itu Apa?

Program insentif car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak ialah program insentif pembelian car seat kanak-kanak kepada Mama Papa yang golongan B40 dan M40.

Program insentif ini dilakukan kepada kita untuk tingkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kereta dengan menggunakan car seat ini.

Tempoh Sah Insentif MyCRS 2023

Tempoh untuk penebusan insentif MyCRS 2023 ini sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan untuk program ini sebanyak RM12 juta habis ditebus.

Apakah Syarat dan Kelayakan Untuk Memohon?

  1. Penerima insentif mestilah dalam kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40.
  2. Mempunyai anak yang berusia kurang dari 12 tahun termasuk juga Mama yang sedang mengandung.
  3. Warganegara yang menetap di Malaysia.

Semakan Kelayakan

Bagi Mama dan Papa yang ingin menyemak kelayakan sama ada

Untuk lakukan semakan kelayakan, Mama Papa boleh buat melalui laman sesawang MyCRS MIROS www.mycrs.gov.my bermula dari 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023.

Oh ye, permohonan car seat ini akan dibuka mulai 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023 secara online je tau.

Mama Papa yang tergolong dalam kategori B40 dan M40 boleh lah cuba dapatkan insentif car seat ini untuk keselamatan anak-anak. Jadi, Mama Papa jangan lepaskan peluang untuk membuat permohonan insentif MyCRS ini tau.


Macam mana Mama Papa nak beli car seat yang sesuai untuk si manja anda? Jangan risau, Mama Papa boleh baca artikel INI.