KelabMama

INOVASI DRYPERS BAHARU KUALITI YANG ANDA BOLEH PERCAYAI

 

Drypers adalah jenama lampin bayi yang terkemuka lebih daripada 16 tahun di Malaysia (Sumber: Panel Pengguna TNS). Lampin Drypers merupakan lampin pakai buang yang diperbuat di Malaysia oleh SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd untuk warga Malaysia. Selama ini, Drypers masih bertetapan dengan komitmen mereka dalam membekalkan lampin berkualiti yang mempunyai penyerapan baik agar si manja anda sentiasa kering dan selesa. Semua inovasi produk Drypers adalah dicipta secara tempatan oleh makmal penyelidikan dan pembangunan kami.

            Drypers mempunyai pelbagai jenis lampin bayi untuk memenuhi keperluan si manja anda; termasuk lampin jenis pita pelekat dan seluar yang terdapat dalam pelbagai saiz yang berbeza. Jenama-jenama Drypers terdiri daripada Drypers Touch, Drypers Wee Wee Dry, Drypers Drynights, Drypers Classic, Drypers Drypantz dan Drypers ClassicPantz.

            Drypers juga menawarkan rangkaian produk penjagaan bayi yang dirumuskan dengan bahan-bahan semulajadi yang memberi manfaat seperti pelembap dan menenangkan pada kulit bayi yang lembut. Produk penjagaan bayi Drypers termasuklah Drypers Baby Head to Toe, Syampu Bayi Drypers, Mandian Bayi Drypers, Losyen Bayi Drypers, Minyak Bayi Drypers, Bedak Bayi Drypers dan Tisu Lembab Bayi Drypers.

           

 

Drypers Wee Wee Dry Dengan Teras Thindry Direka Agar Pergerakan Si Manja Mudah & Selesa.

 

                Teras thindry lampin ini bukan sahaja kurang tebal, tetapi teras nipisnya menyerap dan membendung air kencing dengan berkesan. Dan anda tahu ianya akan memberi lebih keselesaan untuk si manja anda bergerak. Menyimpannya juga adalah mudah kerana ia mengambil ruang yang lebih kecil.

 

                Pelapik pinggang berelastik ini membolehkan lampin mendakap pinggang si manja dengan selesa untuk mengelakkannya daripada terlondeh. Ia juga mempunyai 5 pelapik berelastik (satu di pinggang dan dua di setiap bahagian peha) untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada si manja anda bergerak, merangkak, berjalan, memanjat atau menari.

 

                Flexi-Tape ini memudahkan anda untuk membuka dan mengetatkan lampin berulang kali tanpa lampin kehilangan bentuknya. Tak kiralah samada si manja anda sedang berdiri atau berbaring, anda boleh melaraskan lampin dengan mudah agar ianya muat elok.

 

                Lapisan Berliang Udara 100% selembut kain. Drypers memilih bahan lampin dengan berhati-hati supaya sesuai dengan cuaca panas lembap kita. Bahan ini memberikan pengalihudaraan yang baik untuk kulit si manja agar si manja anda nyaman dan segar sentiasa.

 

                Pelindung Tahan Bocor Kebocoran boleh menjadi sangat tidak menyelesakan kerana ianya boleh merengsa kulit si manja anda. Drypers mengambil langkah ekstra dengan mereka pelindung tahan bocor di dalam lampin agar ianya mendakap peha si manja anda dengan lembut untuk mencegah kebocoran.

Kesemua lampin dan produk penjagaan bayi Drypers menjalani kawalan kualiti dan proses ujian yang ketat sebelum ianya dijual di pasaran. Semua bahan yang digunakan dalam lampin dan produk penjagaan bayi kami wajib lulus dalam ujian Penerimaan Keselamatan Produk yang ketat oleh SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd.