KelabMama

INI PERKARA BIASA YANG PERLU MAMA LAKUKAN JIKA ANAK DEMAM, BATUK & SELSEMA!

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi, jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi. Doktor turut pesan, jika anak demam, pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru, jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Jika anak demam pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

 

 

 

 

 

 

 

Kredit:  FB Tip Wanita & Info Keluarga