KelabMama

INI PENYAKIT KEBIASAAN MENYERANG SI KECIL YANG MERISAUKAN IBU BAPA

Cabaran getir menjaga anak kecil ialah apabila mereka jatuh sakit, memandangkan pada tahap usia baru lahir hingga kanak-kanak, sistem ketahanan badan masih belum berkembang sepenuhnya. Antara penyakit yang lazim dihidapi oleh setiap anak kecil ialah demam panas, batuk, selesema, asma dan cirit-birit. Berada dalam situasi tersebut pasti akan merisaukan apatah lagi apabila anak tidak berhenti merengek dan menangis disebabkan suhu badan meningkat. Begitu juga dengan sumber kewangan dan masa. Duit akan banyak habis dek kerana kos ubat dan pekerjaan lain juga akan banyak tertangguh. Sebagai ibu bapa, anda harus mengetahui sekurang-kurangnya fakta asas tentang penyakit yang lazim dihidapi kanak-kanak sebagai persedian agar dapat menghadapi dengan tenang.

 

DEMAM

Sebagai contoh katanya, suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah daripada 36.5 darjah celcius sehingga 37.8 darjah celcius. Suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara umumnya bayi tidak dianggap demam kecuali apabila suhu badannya melebihi 37.7 darjah celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah celcius pada waktu petang. Jika suhu badan anak meningkat ibu bapa juga perlu tahu langkah-langkah awal yang boleh diambil di rumah sebelum membawanya berjumpa doktor. Antaranya:

 

BATUK & SELESEMA

Sementara itu demam kadang kala akan disertai dengan batuk dan juga selesema dengan simptom-simptom seperti bersin, mata berair, sakit tekak dan keletihan. Legakan batuk dan selsema si manja dengan mengurut lembut belakang badan agar memberi keselesaan kepada mereka.

 

ASMA

Asma pula sering dijangkiti oleh kanak-kanak yang mengalami batuk dan sesak nafas pada waktu malam. Jika keadaan ini berlaku disaran segera berjumpa doktor dan mendapat inhalers yang bersesuaian. Rumah yang ada anak mengalami asma tidak sesuai membela binatang peliharaan dan elak daripada menggunakan permaidani kerana ia mengumpul habuk .Diingatkan juga untuk menjemur tilam dan bantal di bawah matahari sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menghindari habuk, serta cadar ditukar setiap minggu.

 

CIRIT-BIRIT BERSERTA MUNTAH

Kanak-kanak juga sering mengalami masalah cirit-birit yang mana mereka akan kerap membuang air besar dan muntah. Bagi rawatan awal, ibu bapa boleh memberikan air yang mengandungi garam untuk penghidratan. Jika cirit birit berterusan disebabkan pemberian susu formula yang tidak sesuai, tukar kepada susu ibu atau susu tanpa laktosa. Kebersihan menjadi perkara penting dalam kes ini. Bersihkan tangan, jangan biarkan susu terlalu lama di dalam botol dan rebus air untuk menghapuskan bakteria, minum dari sumber air dirawat serta hidang makanan dengan cara bersih.

 

 

 

 

Sumber: Internet