KelabMama

Ingat Gigitan Serangga, Rupanya Kulit Alah Klorin

Disangka Gigitan Serangga, Rupanya Kulit Sensitif Terhadap Klorin

Hujung minggu ni, best juga kalau bawa anak-anak main kolam renang kan? Tapi Mama Siti nak pesan ni, tak payah lah terjun dalam air klorin tu kalau anak mama ada masalah kulit sensitif, kulit kering atau ekzema.

“Eh.. Apa pula air klorin Mama Siti ni?? Biarlah dia main. Kan seronok tu…”

Kalau dah nama pun kanak-kanak memang semua jadi seronok. Mereka pula pantang betul nampak air betul tak? Apatah lagi kalau bawa dia pergi main dekat kolam renang. Tapi masalahnya kalau anak mama ada masalah kulit seperti yang Mama Siti listkan kat atas tu, mama kena berjaga-jaga juga.

Anak Puan Desiree Oh ni gatal seluruh badan lepas mandi dalam kolam renang awam yang baru dibersihkan. Mama pun mesti tak nak perkara yang sama jadi kat anak mama kan?

Niat Ingin Belajar Berenang

Hasrat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun untuk belajar berenang di kolam renang awam terbantut apabila kulitnya mengalami kemerahan.

Kejadian itu berlaku di Singapura, di mana ibu kanak-kanak itu membawa anaknya ke kolam renang itu untuk menggalakkan anaknya menyertai aktiviti sukan air.

Kulit Gatal Seluruh Badan

Namun, sebaik saja mereka pulang ke rumah, anaknya mula mengadu kulitnya gatal dan kemerahan. Sakit gatal tersebut mula merebak di seluruh badan.

Air klorin dalam kolam membuatkan kulit yang sensitif menjadi kering dan merekah.

Pada awalnya, dia menyangka kulit anaknya mungkin terlalu sensitif terhadap kotoran air di kolam tersebut atau digigit serangga.

Namun, keadaan kanak-kanak itu semakin teruk menjelang waktu malam di mana timbul kesan bengkak yang terasa sakit apabila disentuh. Anaknya mula menangis kerana sakit dan terasa seperti terbakar, lalu segera dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Tapi keadaannya tak menunjukkan sebarang perubahan positif. 

Air klorin yang diserap ke dalam kulit akan membuatkan kulit jadi kering, merekah dan akhirnya pecah.

Keadaan wajah anaknya yang bengkak menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk makan dan bercakap. Menurutnya, anaknya langsung tak dapat buka mata. 

Keadaan wajah anak Puan Desiree Oh yang bengkak setelah berenang di dalam kolam berklorin.

Rupanya Kulit Sensitif Terhadap Klorin

Setelah diperiksa, rupa-rupanya kulit kanak-kanak itu menjadi kemerahan akibat sensitif terhadap klorin.

Bagi mereka yang mempunyai kulit normal, tak ada masalah kalau terkena klorin. Tapi tak bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif atau kulit kering, sebab mereka akan mengalami simptom yang sama apabila terkena klorin di kolam renang. Terutamanya apabila kolam tersebut baru saja dibersihkan di mana tahap klorinnya adalah lebih tinggi dari kebiasaan. 

Sebab tu lah, orang ramai dinasihatkan untuk mandi di air pancuran yang disediakan sebaik saja keluar dari kolam renang untuk menyah klorin dan mengelakkan kulit rasa terbakar. 

Sebab Kenapa Kita Kena Mandi Air Pancuran Selepas Mandi Kolam

1. Klorin tak mampu bunuh kuman sepenuhnya

Klorin memang digunakan di dalam semua kolam mandi untuk membunuh kuman, bakteria dan virus di dalamnya. Tapi tak semua mikroorganisma ini akan terjejas ekoran kekuatannya untuk bertahan lebih lama.

Menurut kajian, parasit Cryptosporidium boleh hidup dalam kolam mandi dengan klorin selama lebih 10 hari. Jadi ia bukan satu jaminan yang kuat untuk kita semua kan?

2. Klorin itu sendiri adalah bahan toksik

Ketahuilah bahawa klorin itu sendiri adalah toksik. Apabila klorin bercampur dengan bakteria semula jadi tubuh badan kita, ia akan menghasilkan halogenated by-products (HBPs). Disebabkan itu, kita disarankan untuk mandi selepas bahkan sebelum memasuki kolam air!

3. Membunuh kesemua mikroorganisma

Seperti mana yang kita semua tahu, klorin memang membantu tetapi hanya sikit je dan bukan secara total. Bagi menyempurnakan tahap kebersihan dan kesihatan anda selepas berekreasi di kolam air, caranya adalah dengan mandi semula. Mandi semula dengan air dan sabun dapat membunuh semua mikroorganisma yang telah melekat pada kulit atau rambut kita.

Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati. Semoga bermanfaat!

Pesan Mama Siti:

Kalau anak degil juga nak mandi kolam renang, ini petuanya:

Sebaik saja anak habis mandi kolam, JANGAN BIARKAN AIR KOLAM TU KERING DI BADAN ANAK MAMA. Terus mandikan dengan air bersih dan mama WAJIB STANDBY PELEMBAP yang sesuai dengan kulit dia. Ingat, jangan terlalu kerap bawa anak mandi di kolam renang okay?