KelabMama

India Bakal Keluarkan Alat Kontraseptif Pertama Buat Kaum Adam?

India Bakal Keluarkan Alat Kontraseptif Pertama Buat Kaum Adam?

Kalau kita cakap tentang alat kontraseptif untuk merancang kehamilan saja, terus mata kita melihat ke arah waita. Yalah, yang merancang kehamilan ni biasanya wanita. Dengan pil perancangnya, oemasangan implan, suntikan dan juga IUD.

Kalau lelaki pula, kondom lah jawabnya atau yang lebih canggih sedikit, jalani pembedahan vasektomi untuk astikan tak terjadinya kehamilan yang tak dirancang. Selain daripada dua kaedah ni, masih belum ada lagi produk atau kaedah perancang yang dibuat untuk kaum lelaki dalam usaha menjarakkan kehamilan isteri.

Bagi kaum lelaki, hanya ada beberapa kaedah yang digunakan bagi merancang keluarga, antaranya menggunakan kaedah ‘semula jadi’ ataupun vasektomi.

Namun, dalam sebuah laporan terkini menerusi The Hindustan Times, The Indian Council for Medical Research telah berjaya menghasilkan sebuah alat kontraseptif khas buat kaum lelaki dengan kadar keberkesanan sebanyak 97.3% tanpa sebarang kesan sampingan.

Difahamkan, selepas suntikan diambil, takkan ada risiko pada kesihatan dilaporkan sehingga lebih enam bulan, jika ada pun ianya cumalah sementara dan akan berakhir dalam tempoh masa lebih kurang sebulan.

Alat Kontraseptif Lelaki Yang Pertama Di Dunia

Dihasilkan oleh seorang jurutera bio-perubatan, Dr Sujoy Guha dari IIT Kharagpur, ubat suntikan yang digelar sebagai RISUG (Reversible Inhibition of Sperm Under Guidance) ni telah menjalani ujian klinikal sejak 1980-an lagi dan ia akhirnya dibenarkan memasuki pasaran.

RISUG memerlukan seseorang lelaki disuntik dengan sejenis polimer masuk ke dalam vas deferens, iaitu satu tiub yang membawa sperma dari testikel.

Alat kontraseptif ini berfungsi melalui suntikan pada bahagian vas deferens, iaitu tiub mengandungi sperma berdekatan dengan organ testikel.

Suntikan sejenis polimer itu akan menyekat sperma dari meninggalkan testis, dengan satu suntikan lagi boleh dilakukan untuk menterbalikkan proses tersebut.

Berkesan Mencegah Kehamilan Sehingga 13 Tahun

Menurut pengkaji, suntikan ini berkesan selama 13 tahun. Hmm… tak lama sangat ke? Apa jadi lepas 13 tahun? Selepas tempoh yang ini berakhir, individu tersebut akan mendapatkan semula ‘kesuburannya’.

Tapi kalau difikirkan semula, kira sesuaila suntikan ini dengan fungsinya kerana ia direka khas sebagai alternatif bagi pembedahan vasektomi.

Prosedur vasektomi merupakan kaedah kontrasepsi kekal yang boleh dilakukan oleh para suami.

Suntikan perancang pertama di dunia untuk lelaki ini dianggarkan akan mendapat kelulusan dalam tempoh 6 bulan sebelum dikilangkan, kata VG Somani, Drug Controller General of India.

Kaedah Kontraseptif Semakin Popular Di Kalangan Lelaki

Mesti ramai yang merasakan prosedur ini ‘mengarut’ dan ‘mustahil’. Yalah, suntikan pada alat sulit kan siapa saja yang tak musykil? Tapi jangan terkejut, sebab dah ramai sangat yang menunjukkan minat untuk mendapatkannya atas pelbagai faktor, seperti yang pernah dilaporkan dalam sebuah kajian menerusi The Independent.

Menurut IFLScience, 1/3 warga Britain sanggup menggunakan kaedah kontraseptif, di mana kadar ini meningkat hingga 40% di kalangan lelaki yang berusia 25 hingga 49 tahun.

Menurut laporan The Hindustan Times lagi, kaedah ini dijangka bakal mendapat perhatian seluruh dunia kerana prosedur ianya dikatakan ‘less invasive‘ berbanding vasektomi.

Suntikan perancang yang biasa hanya untuk wanita, sekarang sudah dikeluarkan untuk kaum lelaki pula.

Apa Kata Anda?

Hmmm… macam menarik kan? Selalunya perempuan saja yang merisik suntikan perancang ni. Sekarang lelaki pun boleh. Lama pula tu tempoh masanya.

Apa pendapat papa pula? Nak beli ke?

Sumber: SirapLimau

BACA JUGA NAK PLAN FAMILY MESTI KENA TAHU TENTANG SUNTIKAN PERANCANG DULU!

Pesan Mama Siti:

Mama Siti nak tahu juga apa pendapat papa dan mama tentang hal ni. Produk baru ni, papa ada ura-ura nak mencuba ke? Atau masih lagi mahu menimang anak yang seterusnya? Kalau yang merancang, boleh cuba. Tapi, kalau papa dan mama masih lagi mahukan anak, apa salahnya kan? Anak kan pengikat kasih dan pemberi rezeki.