KelabMama

Idea Percutian Unik Bersama Keluarga Semperna Musim Cuti Sekolah!

idea percutian yang unik bersama anak-anak sempena cuti sekolah

Mama Papa dah idea untuk percutian dengan anak-anak sempena musim cuti sekolah ni? Kalau Mama Papa belum ada idea nak pergi mana sempena cuti ni, mungkin ini boleh bantu Mama Papa.

Kali ni Mama Siti nak bagi idea yang unik tapi menyeronokkan. Bukan setakat anak-anak je enjoy, Mama Papa pun enjoy sama.

Percutian Unik Bersama Keluarga Sempena Musim Cuti Sekolah

#1 Campervan/Motor Home

Selalu tengok orang dekat luar negara je bercuti macam ni, apa kata kali ni Mama Papa rancang percutian macam ni jugak.

Mesti anak-anak lebih excited dan tak sabar nak naik campervan. Ini akan jadi first experience bagi anak-anak dan juga Mama Papa merasai pengalaman bercuti dengan menaiki campervan.

Dalam campervan ni dah ada cukup lengkap dengan barang-barang dalam campervan ni. Jadi, Mama tak perlu risau nak bawak barang banyak-banyak.

Papa boleh la bawak anak-anak bercuti dekat pantai naik campervan.

#2 Bike Touring

Mama Papa yang aktif bersukan atau sukakan satu cabaran mungkin ini akan jadi pilihan Mama Papa. Sangat sesuai kalau ada anak dua, boleh bawak sorang satu.

Boleh buat bike touring dekat Pulau Pangkor. Selalu kayuh untuk suka-suka je kali ni kayuh untuk bercuti dengan anak-anak pula.

Cuma kalau nak buat bike touring Mama Papa kena buat persediaan lebih supaya anak-anak selesa dan Mama Papa enjoy je time kayuh nanti.

#3 Glamping

Kredit Gambar: Selangor Journal

Kalau Mama Papa lebih suka keselesaan, tapi masih merasa kehidupan alam semula jadi, glamping adalah pilihan yang ideal.

Mama Papa boleh bersantai di dalam khemah yang mewah cukup dengan kemudahan seperti katil yang selesa dan bilik mandi sendiri, sambil tengok pemandangan di luar yang menarik. Family Mama bolehlah menikmati suasana glamping ni ala-ala camping jugak.

Kalau Papa yang tak ada kelengkapan berkhemah Mama Siti suggest pilih glamping ni, lagi-lagi kalau Papa ada anak kecik. Tempat glamping selalunya akan sediakan taman atau swimming pool khas untuk kanak-kanak, confirm anak Mama Papa happy.

#4 Camping

Berkumpulkan dengan family Papa keluarga dekat unggun api sambil nikmati suasana malam, dan berkongsi cerita bersama anak-anak dan Mama di bawah langit malam yang berbintang. Syok kan!

Papa pilih tapak camping yang boleh buat aktiviti keluarga seperti mendaki, memancing atau berenang untuk pengalaman camping yang tak dapat dilupakan oleh anak-anak.

Kalau camping tepi pantai dengan family pun seronok jugak kan Papa. Anak-anak confirm happy dapat bermalam ditepi pantai dan tidur dalam khemah, ini akan berikan pengalaman yang berharga dan dapat memupuk minat mereka untuk camping lagi selepas ni.

Bagi yang baru berjinak dengan aktiviti berkhemah ini, Mama Papa boleh rujuk artikel ini sebagai panduan.

#5 Sleeper Train (Thailand Trip)

Sekarang trending pergi Thailand naik train. Apa kata cuti kali ni Papa bawak family naik sleeper train pergi Thailand.

Walaupun ini agak mencabar bagi Mama yang ada anak kecik, tapi time ni la Mama nak latih mereka untuk biasakan travel dan lihat pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan nanti.

Dalam train nanti jangan risau ada cafe untuk Mama Papa belikan makanan. Mama boleh lah bawak buku atau mainan untuk meluangkan masa dan kekalkan semangat percutian.

Rancang perjalanan kereta api yang menarik di Thailand, seperti kereta api ke utara atau selatan. Pastikan Mama Papa merancang perhentian dan destinasi menarik untuk dilawati.

Menarikkan idea percutian Mama Siti ni? Cuti sekolah dua minggu, jadi sempat lagi untuk Mama Papa rancang percutian ni.

Ini akan jadi satu pengalaman yang menyeronokkan jugak untuk anak-anak nanti. Lagi pun, sesuai sangat untuk Mama Papa bawak anak-anak pergi bercuti sekejap boleh luangkan masa bersama mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik time bercuti nanti.


Nak tahu apa aktiviti menarik waktu malam di Kuala Lumpur? Klik di SINI.