KelabMama

Idea Menu Harian Ketika Berpantang

Idea Menu Harian Ketika Berpantang

Umum mengetahui bahawa keperluan berpantang sangat perlu diamalkan oleh wanita yang baru bersalin. Bermula dari menu harian, berurut, bertangas, pilis, minum jamu dan sebagainya. Ramai yang bagitau Mama Siti, haih leceh betul berpantang ni.

Dari zaman nenek moyang kita hingga sekarang, ia merupakan satu amalan yang sentiasa diamalkan, tak kira bangsa dan agama. Cuma mungkin proses dan perkara berpantang saja yang berbeza. Itu belum kalau kita cerita tentang menu berpantang. Kadang-kadang stres nak makan apa hari ni, betul tak?

Tak apa. Mama jangan stres-stres. Kalau mama tengah pening atau bosan nak makan apa semasa berpantang, apa kata mama cuba menu ni yang dikongsi oleh Puan Nurasyikin Ali. Confirm senang hidup mama!

Menu Harian Ketika Berpantang Yang Mama Boleh Cuba

ISNIN

Sarapan:

Tengahari:

Minum Petang:

Milo panas bertujuan memanaskan badan tetapi tak digalakkan untuk mengambil secara kerap kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit.

Makan Malam:

Mama lapar lagi sebelum tidur? Boleh cuba menu ini.

Minum Malam:

SELASA

Sarapan:

Tengahari:

Pengambilan ulam-ulaman amat digalakkan ketika berpantang kerana ia kaya dengan serat, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin termasuk A, C dan E.

Minum Petang:

Makan Malam:

Minum Malam:

RABU

Sarapan:

Tengahari:

Hidangan sup ayam sangat sesuai untuk ibu-ibu berpantang kerana ia boleh memanaskan badan.

Minum Petang:

Makan Malam:

Minum Malam:

KHAMIS

Sarapan:

Tengahari:

Minum Petang:

Kurma mengandungi zat besi yang tinggi dan potasium yang boleh merangsang pengeluaran susu untuk diberikan kepada bayi.

Makan Malam:

Minum Malam:

JUMAAT

Sarapan:

Tengahari:

Menurut kajian, ikan haruan mengandungi albumin, iaitu jenis protein yang mempercepatkan penyembuhan luka.

Minum Petang:

Makan Malam:

Minum Malam:

Simple saja kan menu-menu ni? Selain dapat mengurangkan rasa bosan atau muak  makan menu yang sama, hidangan berpantang yang dicadangkan Puan Nurasyikin ini sangat menyihatkan dan membantu dalam menghasilkan susu ibu. Mama jangan lupa cuba ya!

Sumber: Nurasyikin Ali

BACA JUGA MENU BERPANTANG MENYELERAKAN MUDAH DIMASAK PART 1

Pesan Mama Siti:

Dalam sesi berpantang selama 40-44 hari ini, memang mama kena jaga pemakanan. Lauk berpantang pula asyik plain, sama je setiap hari. Nah, Mama Siti dah share idea nak masak apa hari ni, jadi mama dah boleh cuba. Mana tau kena dengan selera mama, terbuka selera untuk hari tu kan?