KelabMama

IDAMKAN GAJET BUDAK 9 TAHUN JUAL LILIN BUATAN SEHINGGA BERGELAR USAHAWAN BERJAYA

Tadyn Flood, seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun di Melbourne menemui cara tersendiri untuk memperolehi $300 seminggu bagi membeli gajet (jam tangan keluaran Apple)  idamanya selepas ibu bapa Tadyn enggan membeli untuknya. Dengan hanya menjual lilin wangi buatan sendiri, kini dia yang bergelar usahawan berjaya boleh membeli sendiri gajet baru setiap minggu. Tadyn Flood membuat lilin wangi dan menjualnya di pasar hujung minggu dengan pendapatan diperolehi sebanyak $300 (RM881) seminggu dan $15,000 (RM44,059) setahun. Pendapatan yang agak lumayan untuk kanak-kanak seusianya.

 

            Menurut Jo-Ann Flood, ibu kepada Tadyn, kanak-kanak itu ada memberitahunya  untuk menabung supaya dia boleh membeli seutas jam tangan keluaran Apple. Jo-Ann fikir anaknya itu hanya akan melakukan kerja-kerja rumah untuk mendapatkan wang. Sebaliknya, Tadyn memintanya kit lilin dan mengajarnya bagaimana untuk membuat lilin melalui video tutorial YouTube.  Tadyn akan membuat lilin setiap hari Khamis selepas selesai membuat kerja sekolah. Lilin Wangi hasil tangan Tadyn mendapat sambutan dan permintaan yang agak baik. Jualan setiap minggu sangat memberangsangkan dan mampu memperolehi keuntungan sekitar $15,000 setahun sehingga dia digelar usahawan berjaya.

    

            Menurut ibunya lagi,  Tadyn juga akan berkecil hati dan marah jika orang ramai mengganggap dia hanya membantu ibunya berniaga sedangkan itu adalah perniagaannya. Oleh sebab itu, Tadyn lebih gemar uruskan sendiri perniagaan lilinnya dan kadangkala tidak suka jika ibunya ingin membantu. “Dia risau jika orang ingat itu adalah perniagaan saya,” jelas Jo-Ann.

Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.