KelabMama

IBU MENGAKU DERA ANAK SEBAB ‘TAK SAYANG’

Dah usung perut selama 9 bulan, dah susah payah lahirkan anak tapi kata tak sayang anak? Pelik betul dengan sikap si ibu ni. Masih ada lagi rupanya ibu yang tak sayangkan anaknya sampai sanggup menyuntik cecair peluntur dan sabun ke dalam badan bayi. Bukan tu je, si ibu yang tiada hati perut ni juga sanggup mencederakan bayi perempuannya dengan pisau pencukur. Allahu..tergamaknya si ibu?

Kes ini menjadi kontroversi di Istanbul, Turki dimana sebelum ini si ibu, Elif K telah disiasat dua kali oleh pihak polis dan dibebaskan serta kembali menjaga anaknya, Eylul Miray yang berusia 9 bulan.

Akhirnya, si ibu menyerah diri selepas anaknya dimasukkan ke hospital untuk kali ketiga dan dia telah mengaku bahawa dia yang melakukan penderaan itu sejak mangsa berusia sebulan. Allahu dah lama si anak kena dera rupanya.

“Saya tak ada perasaan sayang kepada dia dan ambil keputusan untukmenderanya. 

“Sejak dia berusia sebulan, saya menyuntik cecair peluntur dan sabun ke dalam telinga, hidung dan pusat sehingga berdarah.

“Kemudian saya bawa dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Apabila mereka benarkan dia dibawa pulang ke rumah, saya kembali menderanya. Saya menyuntiknya lagi dengan cecair peluntur dan sabun, mencederakan kepala, mata, kaki, tangan dan dadanya dengan pisau pencukur.

“Apabila dia berada di hospital, saya suntik cecair sabun ke dalam salur darahnya dan saya juga suntik cecair peluntur ke salur darahnya,” katanya kepada pendakwa raya.

Elif tinggal bersama suami, Eray K, dengan tiga orang lagi anak mereka. Eray K merasa curiga bila anak bongsunya itu asyik sakit.

Eray bawa anaknya itu berjumpa doktor bila dia mula mengalami pendarahan di telinga dan pusat serta lebam di seluruh badannya. Tapi doktor tak dapat kesan masalah yang berlaku pada anaknya.

Bila keadaannya semakin teruk, dia dikejarkan ke hospital. Selepas diperiksa, rupanya tempurung kepala anaknya retak, calar dan lebam diseluruh badan membuatkan doktor curiga dan maklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Elif ditahan dan disoal siasat tapi dia dibebaskan selepas berjaya membuatkan polis percaya yang dia tak bersalah.

Tapi kesihatan si anak bertambah teruk dan dimasukkan ke hospital lagi pada Ogos tahun lalu. Elif ditahan semula dan dibebaskan lagi tak lama kemudian.

Kali ini doktor tak benarkan dia bertemu dengan anaknya yang sudah mula pulih dari kesakitan.

Memandangkan dah semakin ramai yang mula curiga dengannya, akhirnya Elif menyerah diri di balai polis dan mengaku yang dia mendera anaknya.

Mahkamah mendapati Elif bersalah kerana mendera anaknya dan hukuman terhadapnya akan diputuskan tak lama lagi.

Anaknya, Eylul, kini dijaga oleh bapanya dan kesihatannya semakin bertambah baik berbanding sebelum ini.

Semoga si ibu dapat hukuman yang setimpal dengan apa yang dia dah buat pada anaknya. Mujurlah masih ada bapanya yang boleh jaga dia dengan baik.