KelabMama

Take Note Mama: Ibu Kongsi Tips Mudah Untuk Latih Bayi Duduk Sendiri

Kredit gambar: Instagram Husna Kamilen

Pernah Mama tertanya-tanya tak, bila anak Mama nak merangkak, duduk dan berjalan? Memang nampak remeh, lama-kelamaan mereka mesti pandai merangkak, berjalan dan duduk sendiri. Tetapi ingat Mama, kita juga harus pantau dan pastikan untuk mengajar mereka hingga mereka mahir dalam setiap proses tumbesaran tersebut.

Sebelum itu, jom kita ikuti perkongsian daripada Puan Husna Kamilen. Melalui Instagram-nya, Puan Husna kongsikan tips mudah untuk latih bayi duduk untuk menyenangkan proses sewaktu mereka makan.

Puan Husna kerap kongsikan ilmu keibubapaannya kerana sudah pun menjadi ibu kepada 3 orang cahaya mata. Jom follow untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Mari kita baca untuk fahamkan lagi ya Mama!

Merangkak Dulu Atau Duduk Dulu?

Kredit gambar: Instagram Husna Kamilen

So boleh ke tak nak dudukkan baby sebenarnya ni? Selalunya bayi akan mula merangkak dahulu baru duduk.

Bila Baby Akan Mula Duduk?

7-8 bulan ke atas dah bulan belajar duduk sendiri tanpa bantuan.

Boleh ke mereka duduk sebelum umur tu?

Mestilah boleh, sebab tekstur duduk ini penting untuk bantu proses makan baby nanti.

Boleh sangat mak. Malah, boleh mulakan sejak bayi tu umur 4 bulan lebih lagi. Tapi tetap kena tengok tahap kekuatan belakang badan & leher bayi. Sebab teramat penting untuk kita dudukkan bayi ni supaya proses untuk bagi makan masa 6 bulan tu akan lebih mudah.

Walaupun kita latih, ajar bayi untuk duduk. Benda ni hanya untuk seketika.

Kredit gambar: Instagram Husna Kamilen

Sebabnya, bayi tetap perlu belajar kemahiran untuk duduk sendiri. Tanpa bantuan ibu ayah dia. Dari umur 7-9 bulan begitulah.

Jadi macam mana bayi tu nak belajar duduk sendiri kan?

Ya selalunya, masa bayi merangkak. Bila baby merangkak, kadang dia penat nak rehat kan. Jadi dia akan mula bertenggek, condongkan badan dia. Dan sampai satu masa dia akan mula stabil dan kuat untuk seimbangkan belakang badan dia. Jadi terduduklah bayi itu sendiri.

Cara Untuk Bagi Bayi Duduk Sendiri

Kredit gambar: Instagram Husna Kamilen

Apa je cara nak bagi baby duduk sendiri?

Kadang kita tak perasan pun. Tahu-tahu dah reti sendiri dah dorang ni. Dorang dah lama rancang nak pandai macam-macam sendiri, kita je lalai.

So camne mak?

Korang fasa teruja tunggu bayi duduk sendiri atau masih belajar dudukkan bayi untuk persediaan makan 6 bulan?

Perkongsian yang bermanfaat daripada Mama Husna dan tips mudah sangat untuk bagi bayi Mama berlatih untuk duduk. Menarik kan perkongsian kali ini, nampak simple tapi penting untuk tumbesaran mereka di kelak hari. Pastikan mereka sentiasa berlatih untuk menjadi bayi yang sihat sentiasa.

Selamat mencuba Mama!

Kredit: Instagram Husna Kamilen