KelabMama

Ibu Fobia Nak Bagi Orang Pegang Anak Selepas Dijangkiti Penyakit Kulit

Tak hairanlah kenapa orang zaman kini agak susah nak benarkan orang lain dukung atau pegang anak mereka. Biarlah digelar sombong atau kedekut anak tapi demi keselamatan si kecil yang antibodi belum matang dan sangat mudah dijangkiti penyakit.

Jangan kata orang lain, sedangkan mama papa kepada anak kecil itu sendiri kena tahu betapa pentingnya menjaga kebersihan diri sebelum nak sentuh bayi atau anak kecil. Jangan sebab diri sendiri malas, anak yang tak tahu apa-apa menjadi mangsa. Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi kisah yang menimpa anaknya. Dia mengakui masih takut dan fobia selepas apa yang berlaku terhadap anak perempuannya yang dijangkiti penyakit kulit kerana anaknya disentuh oleh individu yang tak menjaga kebersihan.

Jadikan pengajaran

Please all parenst yg ade baby please alert utk papa jd kan pegajaran 

 jgn kita baik hati bg anak kt org dukung suke hati lagi2 orang laki ni dia memang suke main bg org pegang tnpe brpk keselamatan baby. tp Allah nak tunjuk moga menjadi teladan utk kita semua. pegalaman yg memang pahit utk di telan dan hampir hitam dunia utk minggu ni moga lepas ni kami lebih brjage2 

Cerita brmula pade hari jumaat lepas 2/8/19 my second dotter Eldryna Saffyia 5 months di setiap gmbar ade kisah nye 

Sejuta penghargaan buat Dr Syed Jefrizal Syed Jamal penerangan yang sgt baik detail dan padat dan all staff nurse sri tanjung yg tk henti bg semangat bg kekuatan pade saye terima kasih bnyak2 hanya Allah dpt membalas jase kalian 

Saye halal kan untuk sesiapa yg nak share same2 kita jd kan pegajaran dan iktibar dgn ape yg jd ni 

2/8/19 (jumaat)

Mase ni kami ingt eldryna kena gigit semut sbb bengkak mate belah kanan sbb seblum ni dia memang pernah kena gigit semut.

Malam 2/8/19 (jumaat)

Mase ni dh naik merah area mulut n mate dh mule bengkak mase tu mama dh tak sedap hati kenape tetbe jd mcm ni tp still ingt kena gigit semut.

3/8/19 (sabtu)

Mase ni dh pegi klinik mse tu mama ingt punca alergik sbb mama makan ubt tahan sakit mama cirit birit muntah2 mse khamis tetbe jumaat adik jd mcm ni mse tu dr sruh refer hospital so kami pegi emergency kpj.

Smpai di kpj mama cite ape jd kt adik mse tu mama rase semua salah mama. sbb mama ingt adik jd mcm ni sbb mama mse ni adik kena msuk ubat susut bengkak di emergency. tk kena tahan wad ubat hbs boleh balik dyeorg bg ubat sapu. mse ni mama rase hepi sbb ingt semua dh selesai n tkde ape yg serius.

4/8/19 (ahad)

Semua nye brmula pade hari tu pagi tu tetbe mama tgk mulut adik je megelupas mcm tu mengigil mama tgk mse tu trus direct ke emergency kpj balik. mse smpai sane dr emergency trus kol dr paed yg on call hr tu dh syukur sgt mse tu dr yg on call dr syed.

Mse ni tgh tunggu nak msuk wad. mse ni makin truk dh keadaan adik mate dh tk boleh bukak makin truk bengkak mama mse ni tak tahu lagi ape yg jd kt adik jd mama. still salah kn diri mama. sepajang hari tu mama meraung mcm org gila mama rase mcm nak pitam mase tu.

Mlm tu jd lebih teruk mse nk hbs jd cecair n ade tnggal kesan drah ya Allah hanya Allah je yg tahu mse tu ape mama rase mase dr syed dtg dia bgthu n jelas kan ape trjadi kt eldryna bukan sbb alergik ubat tp sbb jangkitan kulit iaitu impetigo dan scalded skin syndrome tu. punca nye dr org ramai pegang2 baby atau persekitaran serta mybe air kotor. tp punca utama kuman tu sbb dr org yg ade sakit kukit or ade kuman tu n pegang eldryna maka kuman tu pegi kt dia so start dari tu maaf kalau mama jd paranoid yg amat kalau org luar nak pegang adik lepas ni. remuk hati mama tgk adik mse ni dgn tkleh bukak mate meraung tahan sakit hancur hati mama memang berlinang air mate je satu hari suntuk tu 

5/8/19 (isnin)

Lepas on antibiotics alhamdulilah nmpk kuman yg kt muke adik tu jd kering sikit tnggal salin kulit baru. mate boleh bukak dh lepas nurse bersihkan tp tk dpt bukak besar sbb bengkak

6/8/19 (selasa)

Mase ni alhamdulilah mate adik yg bengkak dh surut n kulit yg kena kuman tu mule kering nak ganti kulit baru mse ni dr syed ckp mybe makan mase 2 minggu adik kena admit mse tu mengigil mama dgar tp demi kebaikan adik mama redha je mse tu hanya doa yg mama tk putus dr mulut ni utk anak mama eldryna saffyia. 

7/8/19 (rabu)

Mase ni mama dh mule boleh positive balik sbb tgk muke adik dh makin elok ade peningkatan yg sgt cpt tak sngke cpt adik recover adik memang kuat

8/8/2019 (khamis) 


Mase ni dr syed kate mybe boleh balik hari jumaat nanti tp dia kena confirm kan dlu sbb dia nak tgk totally adik dh recover sepenuh nye atau blum. mase ni mama mintak semua ahli keluarga doa kan utk adik moga2 dpt discharge jumaat nanti. Muke adik tambah elok lepas nurse bersih kan.

8/8/19 (khamis)

Mlm tu sian adik kena 7 kali cucuk sbb tak jmpe line utk masuk kan ubat try punye try nurse dpt jugak kat kaki meraung lah dia mlm tu sian adik demi nak adik baik cpt adik sabar ea 

9/8/19 (jumaat) 

Hari ni adik riang btul sbb dia tahu lah tu dia dh boleh balik  dr syed dtg pg tu kate 99% dia bg adik balik petang tu sebelum balik dia nak check adik lagi sekali dlu. semua dh mule elok just tnggal sikit2 utk salin kulit baru mase ni mama hepi sgt tak sangka cpt jugak adik recover dr anggaran dr. adik memang kuat mama syg adik 

Petang tu dr syed dtg bgthu adik dh boleh balik ya Allah hepi sgt mse tu syukur tp pd mse yg same takut dan fobia mohon semua rakan2 fb doakan Eldryna Saffyia sellu sihat sentiasa ea lepas ni. jdkan kisah ni sebagai pegajaran buat semua.

IMPETIGO & SCALDED SKIN SYNDROME

Apa itu impetigo?
Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

Apa itu scalded skin syndrome? (sss)
Infeksi kulit serius yang disebabkan oleh bakteri Staphylococcus aureus. Bakteri ini menghasilkan racun eksfoliatif yang menyebabkan lapisan luar kulit melepuh dan mengelupas, seperti terbakar. SSSS merupakan penyakit yang jarang ditemui dan seringkali menyerang anak–anak usia <6 tahun, terutama bayi. Penyakit ini jarang sekali menyerang orang dewasa, kecuali pada orang dengan gagal ginjal atau mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah. Seperti infeksi stafilokokus lainnya SSSS merupakan penyakit yang menular. Penyakit ini dapat menyebabkan kematian jika bakteri menyerang lebih dalam ke tubuh Anda, memasuki aliran darah, persendian, tulang, paru-paru, dan jantung.

Sumber : Munie Suraya 

BACA JUGA BAYI DIJANGKITI VIRUS HERPES SIMPLEX 1 (HSV1), DICIUM ORANG DEWASA

Pesan Mama Siti

Semoga kisah ini dapat membuka mata semua pihak supaya lebih berhati-hati dan memandang serius tentang kebersihan sebelum menyentuh bayi atau anak kecil. Sentiasa ingat bahawa, bayi mahupun anak kecil antibodinya masih belum matang dan sangat mudah kena penyakit serius ataupun tak. Jangan disebabkan kedegilan diri sendiri atau orang lain, anak yang tak bersalah menjadi mangsa menanggung sakit.