KelabMama

Ibu Bapa Wajib Tahu 7 Poin Penting Penggunaan Child Car Seat!

Ibu Bapa Wajib Tahu 7 Poin Penting Tentang Penggunaan Child Carseat!

Mama ingat tak hari tu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook umumkan bahawa kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi (child car seat) dalam setiap kereta persendirian bermula Januari 2020.

Menerusi laman Facebook, Wana Abas berkongsi info yang diperolehinya semasa menghadiri taklimat mengenai garis panduan kerusi keselamatan bayi. Menurutnya, bermula 1 Januari nanti, semua ‘child car seat’ yang tiada surat kelulusan komponen (CTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan ditahan di pintu airport dan pelabuhan Malaysia.

Buat ibu bapa yang degil dan masih tak setuju dengan penguatkuasaan peraturan ni, boleh slow-slow digestkan info yang bakal Mama Siti kongsikan ni.

Kerusi keselamatan kanak-kanak adalah aksesori penting yang perlu ada dalam setiap kenderaan.

Kalau cerita bakal kena kecam, tapi kalau saya tak sampaikan siapa lagi nak cerita.

Pada 10.11.19, kami wakil penjual dan pekedai mendengar taklimat garis panduan kerusi keselamatan kanak kanak/ child restraint system atau bahasa pasar orang pakai ialah child car seat. Antara yang memberi taklimat ialah pengarah penguatkuasa JPJ, pegawai bahagian kelulusan komponen JPJ, wakil Miros dan wakil KPDNHEP .

Saya senaraikan point utama dan soal jawab pada hari tersebut.

7 Poin Penting Penggunaan Child Car Seat

1. JPJ akan menggunakan 2 punca kuasa untuk kuatkuasa arahan “wajib menggunakan child car seat bagi kanak kanak” iaitu kaedah JPJ seperti sekatan jalan raya/saman dan kaedah perintah kastam iaitu menahan kemasukan child car seat tak lulus spesifikasi di pelabuhan dan lapangan terbang.

2. Maksudnya bermula 1 Januari, semua child car seat yang tiada surat kelulusan komponen (CTA) daripada JPJ akan ditahan di pintu airport dan pelabuhan Malaysia.

3. Tugas JPJ adalah memastikan child car seat yang masuk lulus piawai keselamatan dengan keluarkan kelulusan CTA. Jadi kurang isu child car seat tak lulus piawai selepas ini.

4. Bagi child car seat yang masuk sebelum 1 Januari 2020 tak perlukan kelulusan CTA. Sama macam masa lulus tali pinggang belakang, kereta yang sebelum 1995 tiada tali pinggang belakang tak perlu tambah dan tak kena saman. Jadi kalau pakai child car seat sebelum 1 Januari tiada kelulusan CTA tidak akan di saman.

5. Akta child car seat ini adalah SAMA dengan helmet. Terdapat 3 kesalahan utama iaitu:

Jadi untuk car seat akan dimulakan dengan yang pertama iaitu tidak memakai car seat. Tak ada lah JPJ nak tahan tengok car seat ada lulus CTA ke tak ada ke. Janji anak duduk atas car seat.

6. Pegawai kuatkuasa JPJ kata tanggungjawab kedai adalah pastikan pelanggan beli dan pakai car seat sebab kena saman RM300. Car seat dalam RM300 juga. Baik beli car seat dari kena saman.

7. Kerajaan kena juga kuatkuasa peraturan ini kerana kemalangan jalan raya adalah PEMBUNUH NO.1 kanak-kanak di Malaysia selepas tercekik dan lemas.

Pada pendapat saya, perjuangan kesedaran penggunaan car seat sama macam pejuangan penyusuan di Malaysia. Kempen dan kuatkuasa perlu dimulakan sekarang kerana ia akan ambil masa yang lama untuk didik dan kesan kesedaran akan kita nampak 10 tahun akan datang.

Umur anak juga perlu diambil kira kerana keperluan tempat duduk bayi adalah berbeza dengan kanak-kanak.

Ini antara soalan biasa didengar.

1- Kenapa kena pakai child car seat?

Kerusi kereta sekarang memang tak dicipta untuk membawa bayi. Bayi perlukan kerusi istimewa jika nak naik kereta. Macam letak bayi dalam roller coster. Memang tak selamat.

2- Bagaimana dengan mereka yang ada anak ramai?

Cadangan ialah utamakan yang paling kecil dahulu. Sebab posisi bayi paling bahaya adalah atas riba ibu kerana terlalu banyak kes bila kemalangan baby tercampak keluar manakala ibu dan ayah selamat.

3- Buat apa pakai car seat, kalau dah ajal anak akan mati juga?

Dalam Islam Nabi Muhammad pun suruh ikat unta bukan biar saja unta tu lepas kerana ikat unta itu juga ikhtiar. Ikat anak ke car seat itu satu ikhtiar.

4- Bagaimana dengan mereka yang miskin dan tiada duit?

Harga kerusi yang mahal turut menjadi salah satu punca mengapa ibu bapa enggan melaburkan wang terhadap kerusi keselamatan bayi.

Ada program kutu car seat RM50 sebulan oleh CPSM, dan kos car seat hanya RM0.29 sen sehari. Bakal ada juga program charity selepas ini. Tunggu saja la.

Kita letak tepi dulu isu golongan B40, ada ramai lagi golongan M40 dan T20 yang tak pakai dan tak peduli nak pakai walaupun mampu. Baju mak berjenama RM700 tapi selfie letak anak atas riba. Ayah pula spotrim kereta RM2000, tapi child car seat kata tak mampu beli. Tak cerita lagi bab telefon yang model sentiasa upgrade dan koleksi tupperware kat dapur tapi bab CRS berkira.

Ada yang kata agenda ni saja nak untungkan perniaga. Percayalah jual car seat tak untung besar pun. Sebab apa?

Kalau anak jenis yang langsung tak nak duduk dalam car seat, macamana?

Ramai ibu bapa yang enggan memakai kerusi keselamatan bayi ini atas alasan si kecil selalu meraung dan ibu pula terpaksa beralah kerana mahu diamkannya.

Anak kami masa umur setahun tak nak duduk car seat dan masih menyusu badan. Tapi memang paksa ikat dan tahan telinga. Anak menangis lagi baik dari anak tak bernyawa.

Selepas setahun, sekarang naik kereta dia sendiri tunjuk dan nak duduk car seat. Kesemua 4 anak begitu. Tiada yang lahir terus diam pandai duduk car seat. Ada banyak tips dan trick untuk ajar mereka duduk car seat. Belajarlah.

Kesimpulan, nak mengamuk dan maki semua orang silakan. Sama seperti larangan merokok. Tapi cuba sekali berlapang dada dan buka hati. Kalau kita tak mampu diam diam dan cari jalan. Kalau kita mampu beli dan pakai lah. Jangan sebarkan kebencian hanya kerana kita tak faham sesuatu.

Kami mempunyai kesedaran awal kerana 2 sahabat kami kehilangan anak akibat kemalangan jalan raya. Tak perlu tunggu anak sendiri jadi mangsa untuk ambil peduli.

Sumber: Wana Abas

BACA JUGA KETAHUI JENIS-JENIS CAR SEAT UNTUK BAYI & KANAK-KANAK SEBELUM BELI

Pesan Mama Siti:

Bagi ibu bapa yang pentingkan keselamatan anak, baby car seat ni adalah keperluan wajib, bukannya PILIHAN! Jangan sebab mama dan papa rasa tak perlu, nyawa si kecil terkorban. Kang ada yang lap air mata, menangis tak tentu hala nanti.