KelabMama

Pertama Kali Buat Ibadah Korban? Ini Panduan Lengkap untuk Mama Papa

niat ibadah korban

Tahun ni kali pertama Mama Papa nak buat ibadah korban? Alhamdulillah, satu langkah besar dalam mendekatkan diri kepada Allah. Tapi mesti ada banyak persoalan dalam kepala Mama Papa kan? Macam mana nak niat? Apa syarat sah korban? Boleh ke wakilkan orang sembelih?

Jangan risau, Mama Siti akan kongsikan panduan khas yang merangkumi semua perkara penting yang perlu difahami daripada niat, rukun, sehinggalah kepada larangan yang perlu Mama Papa jaga.

Jom kita fahamkan satu per satu, supaya ibadah korban Mama Papa lebih bermakna dan sah mengikut syarak.

Apa Itu Ibadah Korban?

Ibadah korban ialah amalan menyembelih haiwan ternakan tertentu seperti kambing, lembu atau unta pada Hari Raya Aidiladha atau hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) sebagai tanda ketaatan dan pengabdian diri kepada Allah SWT.

Ia dilakukan sebagai mengenang kembali peristiwa pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS, atas perintah Allah.

Namun, Allah menggantikannya dengan seekor kibas sebagai bukti kasih sayang-Nya. Ibadah ini bukan sekadar menyembelih haiwan semata-mata, tetapi melambangkan keikhlasan, ketakwaan dan kesediaan seorang hamba untuk menyerahkan apa yang paling disayangi demi reda Allah.

Daging korban pula akan diagihkan kepada fakir miskin, jiran tetangga dan sebahagiannya boleh dimakan oleh peserta korban sendiri.

Syarat Sah Ibadah Korban

Untuk memastikan ibadah korban kita sah dan diterima, ada beberapa syarat penting yang perlu kita tahu:

Syarat Orang yang Melaksanakan Korban:

  1. Islam – Ibadah korban hanya sah dilakukan oleh orang Islam.
  2. Baligh dan berakal – Individu tersebut mesti mampu membezakan baik dan buruk.
  3. Berkeupayaan dari segi kewangan – Tidak membebankan diri atau keluarga.
  4. Bukan musafir – Mengikut pandangan sebahagian ulama, yang musafir tidak digalakkan.

Syarat Haiwan Korban:

Jenis haiwan: Unta, lembu, kambing, biri-biri.

Cukup umur:

Sihat dan tidak cacat:

Syarat Masa Penyembelihan:

Macam Mana Nak Niat Korban? Ini Caranya

1. Peserta korban Berniat Sendiri

Ini biasanya berlaku dalam beberapa situasi:

2. Wakil yang Niat Bagi Pihak Peserta Korban

Kadang-kadang kita serahkan urusan korban pada wakil contohnya pihak masjid, ejen ibadah korban atau tukang sembelih. Dalam hal ni, ada dua keadaan:

Hukum Potong Rambut atau Kuku Sebelum Korban

Bagi Mama Papa yang ada niat nak buat korban tahun ni, ada satu amalan sunat yang perlu Mama Papa elakkan iaitu potong rambut dan kuku bermula dari 1 Zulhijjah sehingga haiwan korban disembelih.

Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya lambang penyucian diri dan tanda kita menyertai ibadah korban sepenuh hati. Larangan ini bukan hanya rambut di kepala ya, tapi termasuk juga bulu ketiak, misai, janggut, bulu ari-ari dan lain-lain.

Hukum potong tu bukan haram, tapi makruh maknanya tak berdosa kalau buat, cuma rugi sebab terlepas pahala sunat. Kalau Mama Papa boleh tahan sikit je beberapa hari ni, inshaAllah Allah ganjarkan dengan pahala yang besar.

Selain itu, terdapat juga larangan penting berkaitan dengan pembahagian daging korban. Segala bahagian haiwan seperti kulit, kepala, atau apa jua anggota tidak boleh dijual. Jadi, tukang sembelih tidak boleh diberi upah sebahagian dari daging korban.

Kalau nak berikan upah kepada mereka, berikan dalam bentuk wang tunai atau harta lain yang bukan berasal daripada haiwan korban tersebut.

Pembahagian Daging Korban

Islam sangat menekankan keadilan dan kepedulian kepada masyarakat sekeliling. Sebab itu, daging korban perlu diagihkan dengan cara yang betul:

Kalau korban nazar, semua bahagian WAJIB disedekahkan, termasuk kulit dan organ dalaman dan si pelaksana tidak boleh makan walau sedikit.

Mama Papa digalakkan untuk mengajak anak-anak turut serta menyaksikan proses ibadah korban, asalkan ia sesuai dengan umur dan tahap pemahaman mereka. Melalui pemerhatian secara langsung, anak-anak akan lebih mudah memahami makna sebenar pengorbanan serta nilai berkongsi rezeki dalam Islam.

Ini juga merupakan peluang terbaik untuk Mama Papa menerangkan dengan cara yang lembut dan penuh kasih sayang tentang hikmah di sebalik ibadah korban.

Ibadah korban bukan sekadar sembelih dan agih daging. Ia lambang keikhlasan, kepatuhan, dan rasa syukur kepada Allah SWT. Setiap titisan darah yang mengalir adalah saksi cinta kita kepada-Nya.


Daging korban ada lebih? Tak tahu nak masak apa lagi? Klik di SINI.