KelabMama

Masih Ramai Tak Tahu. “Hygiene Practise” Untuk Anak-anak Ketika di Sekolah

jaga kebersihan diri di sekolah

Dalam pada anak-anak sibuk bercuti tu, Mama Papa kena take note perkara ini apabila bukanya sekolah nanti.

Bukan hanya di rumah je kena jaga kebersihan. Di sekolah pun sama jugak, Mama Papa kena hygiene practise dekat anak-anak. Lagi-lagi bila di sekolah Mama Papa tak boleh nak pantau anak-anak.

Jaga kebersihan ni bukan hanya mencegah penyebaran penyakit tau, selain tu mendisiplinkan anak-anak jugak untuk nampak kemas dan jadi pembersih.

Hygiene Practise Ketika Anak-anak di Sekolah

1. Mencuci Tangan

Mama Papa perlu mengajarkan anak-anak untuk selalu mencuci tangan sebelum dan selepas makan, selepas gunakan toilet dan tiap kali tangan kotor.

Ajarkan mereka mencuci tangan dengan betul dengan menggunakan sabun dan air yang bersih. Mama Papa selalu ingatkan mereka untuk bersihkan seluruh permukaan tangan sekurangnya 20 saat.

2. Menggunakan Hand Sanitizer

Bekalkan hand sanitizer dalam beg sekolah anak-anak. Alaf baharu selepas covid ni, hand sanitizer tak boleh tinggal, lagi-lagi sekarang kes makin meningkat.

Selain tu, selalu ingatkan anak-anak untuk gunakan hand sanitizer selepas pemegang tangga atau pegang buku di library. Hand sanitizer Mama beli yang kecik pun dah okay boleh letak dalam poket baju anak-anak.

3. Menjaga Kebersihan Diri

Mama Papa perlu tekankan pentingnya untuk menjaga kebersihan diri pada anak-anak seperti, sikat rambut, memotong kuku dan kebersihan di private part.

Mama Siti rasa ramai Mama Papa terlepas pandang part potong kuku ni, kadang-kadang pagi isnin nak hantar anak baru terpandang kuku anak panjang. Jadi, Mama Papa suruh anak-anak untuk ingatkan Mama Papa potong kuku mereka.

Mama Papa pun jangan lupa untuk selalu ingatkan anak bersihkan private part bersih-bersih. Sebelum anak-anak start sekolah ni Mama Papa kena ajarkan mereka bersihkan private part dengan betul.

4. Menjaga Kekemasan Diri

Kalau tadi kebersihan, ini pula kekemasan diri anak-anak. Make sure stoking at least dua hari sekali perlu tukar, ni untuk mengelakkan stoking berbau busuk.

Baju pun kena pakai yang bersih dan bergosok. Satu lagi, ingatkan anak-anak untuk cuci kasut mereka walaupun kasut warna hitam. Supaya kasut mereka nampak bersih dan tak kotor.

5. Tutup Mulut dan Hidung Ketika Bersin atau Batuk

Kredit Gambar: Morinaga Platinum

Ajarkan anak-anak untuk menutup mulut dana hidung ketika mereka bersin atau batuk. Mama jugak boleh sediakan tuala tangan kecik dalam poket mereka untuk kegunaan mereka nanti. Boleh jugak ajar mereka tutup dengan siku kalau tak ada tuala kecik.

Bukan berkait dengan kebersihan je, tapi ini pun salah satu adab yang Mama Papa kena didik mereka dari kecik. Orang sekeliling pun akan selesa bila anak-anak buat macam ni.

6. Menggunakan Sapu Tangan Sendiri atau Tisu

Ajarkan anak-anakuntuk membawa sapu tangan atau tisu sendiri. Ini membantu mengelakkan anak-anak berkongsi sapu tangan atau tisu dengan kawan mereka.

Mama Papa boleh terangkan kepada anak-anak cara penggunaan sapu tangan atau tisu dengan betul. Supaya anak-anak tidak menggunakan tisu yang sama, ini boleh menyebabkan infection tau.

Selain tu, tidak berkongsi tisu dengan kawan yang lain jugak. Kadang-kadang mereka kongsi je, selagi tisu tu nampak bersih dan tak terkoyak selagi tu boleh guna. Ini semua sebab anak-anak masih belum faham lagi tentang kebersihan.

Lap meja dan kerusi sebelum duduk dan selepas tu lap tangan pula, terutamanya kalau guna meja di kantin. Mama boleh bekalkan wet tisu yang kecik jugak untuk memudahkan anak-anak gunanya nanti.

7. Tidak Menggunakan Barang Peribadi Kawan

Ajarkan anak-anak untuk menjaga kebersihan peralatan mereka seperti pensil, pemadam dan botol air mereka. Ini dapat membantu untuk mencegahkan kuman.

Selalunya anak-anak ni akan berkongsi minum air dengan kawan mereka. Mama Papa boleh pesan untuk elakkan anak berkongsi dengan kawan mereka sekiranya kawan mereka tak sihat.

8. Menjaga Kebersihan Tandas

Mama kena selalu ingatkan anak-anak untuk menjaga kebersihan tandas sekolah. Macam mana mereka lakukan di rumah, di sekolah pun kena buat benda yang sama.

Sebelum keluar tandas kena make sure dah flush, sinki bersih, pili air tutup dan buang tisu dalam bakul sampah.

Dengan mengamalkan ni dapat membantu melindungi anak-anak dari penyakit dan berikan mereka pembelajaran persekitaran yang selamat dana sihat di sekolah.

Amalan ni jugak membantu untuk mementuk kesedaran kebersihan sebagai sebahagian daripada cara hidup mereka. Hygiene practise bukan di rumah je, di sekolah pun sama kena buat benda sama jugak.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Mama Papa awasi anak-anak untuk tak jadi pembuli. Klik di SINI.