KelabMama

Hukum Guna Duit Raya Anak-anak untuk Perbelanjaan Mama Papa

hukum ibu bapa guna duit raya anak-anak

Duit raya sudah menjadi satu tradisi yang dinanti-nanti oleh anak-anak kecil bila musim raya ni. Bagi mereka, duit raya ni menjadi satu lambang kemeriahan pada hari raya.

Banyak tak duit raya anak Mama tahun ni? Mesti banyak kan? Anak Mama Siti sendiri pun pernah mencapai seribu tau duit raya mereka. Lagi banyak rumah mereka pergi beraya, lagi banyak lah duit raya mereka.

Apa yang Mama Siti nak sampai ni sebagai peringatan untuk Mama Papa dan juga Mama Siti sendiri, adalah tentang kegunaan duit raya anak-anak. Biasalah, lepas raya ni ada waktu Mama Papa dah kehabisan bajet untuk perbelanjaan lain-lain, jadi ada juga yang menggunakan wang mereka tanpa menggantinya semula.

Boleh ke Guna Duit Raya Anak-anak?

Tapi Mama Papa, ada hukum sekiranya Mama Papa menggunakan duit raya anak-anak untuk tujuan perbelanjaan harian Mama Papa tanpa mengantikannya semula. Ini sebab, wang mereka yang dapat dikira harta anak-anak, jadi Mama Papa tidak boleh gunanya untuk tujuan peribadi tau!

Mama Siti pun ada tonton satu video dari Ustaz Azhar Idrus yang di kongsikan oleh pengguna TikTok tentang hukum Mama Papa yang menggunakan duit raya anak-anak tanpa menggantikannya semula.

Kredit Video: TikTok dianayuchairuddin

Melalui penyampaiannya, Ustaz Azhar Idris mengatakan Mama Papa TIDAK boleh menggunakan wang mereka untuk tujuan perbelanjaan Mama Papa kecuali waktu terdesak. Sekiranya Mama Papa menggunakannya, perlu menggantinya semula mengikut jumlah wang yang telah digunakan.

Selain Ustaz Azhar Idrus, Dr Mohd Izhar Ariff di Instagram nya juga turut kongsikan perkara yang sama sebagai peringatan kepada Mama Papa untuk tidak menggunakan wang dan perlu meminta izin sekiranya Mama Papa perlu gunakannya.

Kadang-kadang, kita terlepas isu ini dan menganggapnya sebaggai remeh je, padahal ada hukumnya. Mama Siti pun setuju dengan pandangan mereka dan ini juga berkaitan dengan hukum tau.

Kredit Gambar: MohdZulkifli.Com

Kalau Mama Papa betul-betul dalam keadaan terdesak boleh digunakan tapi Mama Papa kenalah ganti semula sebanyak mana jumlah Mama Papa gunakan. Walapun mereka anak di bawah tanggungan Mama Papa, tapi ia masih dikira sebagai harta mereka sendiri tau.

Kita sebagai mak ayah hanyalah menjadi pemegang amanah untuk menjaga wang mereka sehingga mereka pandai menguruskan wang mereka sendiri.


Dapatkan lebih banyak informasi keibubapaan yang terkini di SINI.