KelabMama

Huggies® Melancarkan Lampin Lembut Semula Jadi Yang Dinaiktarafkan Bagi Memenuhi Keperluan Si Manja & Ibu

“Sebagai seorang ibu, amat penting bagi saya untuk mendapatkan lampin bayi yang betul dan boleh bertahan semalaman kerana menukar lampin pada tengah malam bukanlah sesuatu yang digemari para ibu!”

“Saya mengambil masa sehingga berjam lamanya untuk memujuk anak setiap kali dia meragam kerana tidak selesa dengan lampin yang digunakannya. Saya telah mencuba pelbagai jenama untuk mendapatkan lampin bayi yang sesuai bagi si manja saya.”

Mama mesti pernah dengar kata-kata di atas bukan? Inilah merupakan antara masalah dan isu yang sering dihadapi para ibu mengenai lampin bayi yang mudah bocor, tidak selesa, atau juga menyebabkan iritasi pada kulit si manja. 

Dengan pelbagai jenama lampin yang terdapat dipasaran sekarang, memilih lampin bayi yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah buat para ibu. 

Sekiranya bayi anda kerap terjaga pada waktu malam kerana lampinnya bocor atau jika lampin yang sedang digunakan menyebabkan ruam dan iritasi pada kulit bayi, maka anda harus menilai semula pemilihan lampin dengan mengetahui ciri-ciri penting dalam memilih lampin terbaik untuk si manja. 

Segala Yang Diperlukan Untuk Para Ibu 

Setelah mengetahui apa yang anda mahukan dalam usaha mencari lampin bayi yang sempurna, Huggies® melancarkan Natural Soft Diapers yang dinaiktarafkan, untuk memberikan pengalaman yang lebih mudah buat para ibu apabila menggunakan produk tersebut. Dihasilkan dengan kelembutan alam semulajadi dan daya tahan serap yang lebih lama, Mama kini tidak harus risau lagi kerana bayi anda pasti lebih selesa sepanjang hari dan malam.  

Jadi, Bagaimana Huggies® Natural Soft Lebih Berbeza Kali Ini?

• Pad Lampin Penyerap BARU dengan Daya Serapan Ultra-overnight

Ramai ibu-ibu telah menyatakan bahawa mereka amat menyukai daya serapan Huggies® Ultra. Mereka telah mencuba beberapa jenama lain tetapi hanya Huggies Ultra yang sesuai dengan si manja mereka. Huggies® mengembalikan penyerapaan ultra-overnight yang dipercayai ramai ibu bapa ke dalam Huggies® Natural Soft TERBARU untuk memberikan daya serapan sehingga 12 jam agar bayi anda tidur lena sepanjang malam. 

Mama tahu tak semasa bulan-bulan terawal bayi, mereka harus membuang air besar sebanyak 3 hingga 4 kali dan membuang air kecil sebanyak kira-kira 7 kali sehari; dan oleh itu, Mama memerlukan sebanyak kira-kira 8 hingga 10 lampin dalam sehari sepanjang peringkat tumbesaran si manja ini.

Oleh hal yang demikian, adalah sangat penting untuk Mama mencari lampin dengan daya serapan yang tinggi agar tidak mudah bocor dari tepi, walaupun untuk bayi yang aktif dan dalam masa yang sama, memastikan bayi anda kering sepanjang malam untuk mengurangkan bilangan lampin yang harus ditukar setiap hari. Pad lampin penyerap BARU yang digunakan dalam Huggies® Natural Soft TERBARU ini juga direka untuk menyerap dan mengunci cecair si manja agar kulit bayi kekal kering. Dan ini juga bermakna Mama (akhirnya) boleh tidur dengan lebih nyenyak!

• ‘Side leg elastic’ Yang BARU

Huggies® Natural Soft yang TERBARU juga menggunakan jenis ‘side leg elastic’ baru yang membantu menahan cecair sehingga diserap sepenuhnya. Versi baru ini juga membantu memastikan lampin dipakai dengan lebih baik dan ‘fit’ pada bayi (tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar), dan memberikan memberikan perlindungan kebocoran yang lebih baik.

Lampin yang terlalu ketat atau terlalu longgar pada bayi mungkin akan menyebabkan kebocoran kerana tidak akan memeluk kaki dan bahagian punggung si manja dengan betul. Oleh itu, mencari ukuran lampin yang tepat dengan bahagian getah anjal lampin yang lembut dan mudah untuk diregangkan, serta sesuai untuk bayi adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kebocoran. 

• Kapas semula jadi

Ini adalah salah satu ciri yang pasti disukai Mama semua mengenai lampin Huggies® Natural Soft yang BARU ini. Ia mengandungi kapas semula jadi yang diimport 100% untuk memberi kelembutan dan keselesaan pada bayi. Dengan bahan semula jadi yang digunakan, si manja Mama akan kurang mengalami iritasi pada kulit dan juga ruam lampin. Bayi happy, Mama pun happy

Ini ada satu fakta untuk Mama: Permukaan lampin bayi yang lemput dapat melindungi dan memberikan keselesaan maksimum pada kulit halus bayi. Lampin yang lembut merupakan salah satu faktor utama dalam memastikan bayi anda tidak mengalami iritasi kulit, kesakitan, atau melecet akibat daripada geseran oleh lampin itu sendiri. 

Dicuba & telah Diuji: Pendapat Ibu Bapa Mengenai Huggies® Natural Soft

Beberapa ibu bapa telah berkongsi maklum balas mereka mengenai Huggies® Natural Soft yang TERBARU. Cuba lihat apakah yang dikatakan oleh mereka tentang lampin yang telah dinaik taraf ini. 

Sekarang, Adakah Anda Ingin Mencuba Huggies®?

Haa bila Mama sudah selesai membaca semua info-info di atas, mesti Mama tak sabar untuk mencuba Huggies® Natural Soft TERBARU ini bukan? Excitednyaaa! Mama boleh mencuba dengan mendapatkan rangkaian lampin Huggies® yang luar biasa untuk si manja anda hanya di Lazada hari ini! Anda juga boleh menikmati DISKAUN sebanyak RM18* apabila menggunakan kod promo: 20HNS20. Jangan terlambat tau – promosi ini hanya sah sehingga 30 Jun 2020 sahaja! Malah, Mama juga boleh mendapatkan baby wipes Huggies® Pure Clean Premium secara PERCUMA dengan setiap pembelian lampin Huggies® – sangat berbaloi bukan?! 

Eh, ada lagi yang lebih menarik: Sertai peraduan di bawah!

Anda Berpeluang untuk Memenangi Bekalan Lampin selama 1 Bulan + Kit Lampin Huggies® Bernilai Sehingga RM200! 

Sekarang Mama juga sudah tahu ciri-ciri lampin yang bagus dan telah diperkenalkan kepada Huggies® Natural Soft TERBARU, dengan penyerapan ultra-overnight yang dipercayai, ditambah pula dengan kelembutan semula jadi, anda berpeluang untuk memenangi bekalan lampin selama 1 bulan dan juga kit lampin dari Huggies® dengan menyertai peraduan JAWAB & MENANG di Facebook. 

Pssst…hanya 50 pemenang bertuah akan dipilih!

Cara-cara untuk Menyertai Peraduan JAWAB & MENANG Huggies®:

Langkah 1: JAWAB soalan berikut di bahagian komen posting Facebook ini: Peraduan JAWAB & MENANG Huggies®.

Langkah 2: TAG 3 rakan anda dan SHARE peraduan tersebut di laman Facebook anda (pastikan profile anda telah ditetapkan kepada public).

Langkah 3: HANTAR maklumat anda di link ini: Borang Peraduan JAWAB & MENANG Huggies®.

Jadi apa yang Mama tunggu lagi? Dapatkan Huggies® Natural Soft TERBARU hanya di Lazada hari ini!

*Tertakluk kepada Terma & Syarat.

*Terhad kepada 1,000 pelanggan terawal sahaja. 

* Kod e-baucer hanya sah sehinga 30 Jun 2020. 

**Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story