KelabMama

Hubungan Papa dan Anak: Bapa Ini Kongsikan Tips “Bonding” Dengan Anak Kecil

Papa faham sangat, dunia pekerjaan sangat memenatkan. Sehingga ada yang terabai dan kurang membina hubungan dengan anak-anak. Kesihatan mental anak-anak dipengaruhi oleh waktu kerja Mama Papa.

Beberapa kajian secara langsung mengukur perkaitan masa ibu bapa pulang dari kerja dengan kesihatan mental anak-anak membuktikan signifikan dua perkara tersebut. – “Sumber: frontiers.org

Janganlah Papa “sudah terhantuk baru terngadah”. Tak berbaloi sedikit wang tambahan jika ditukar dengan masa dengan anak-anak.

Namun ada jugak Papa yang tertanya-tanya. “Apa aktiviti nak buat masa “bonding time“. Mari sama-sama kita lihat perkongsian pengguna twitter – Syahrul Anuar

Role Play Mengeratkan Hubungan

Main Kereta

Langkah 1: siapkan tempat permainan dengan keluarkan kereta mainan, trak, dan aksesori lain yang relevan seperti tanda trafik, patung mainan kecil, atau tikar bermain dengan jalan raya.

Langkah 2: Duduk bersama anak dan mulakan dengan “jom main kereta nak? Papa ambik kereta biru. Adik nak kereta warna apa?” Bagi anak anda decide sendiri

Langkah 3: Galakkan anak untuk memilih kereta kegemaran mereka dan tanya, “Kita nak pergi mana? Nak pergi taman ke, ke nak pergi balik rumah maktok?”. Sentiasa kerap berinteraksi, agar minda anak anda aktif dan sarat dengan maklumat yang diperlukan.

Langkah 4: Semasa bermain juga boleh buat bunyi kereta dan ceritakan perjalanan dengan berkata “Oh, tengok tu! Kita sudah sampai di taman. Jom parking kereta kita dan main di buaian.”

Langkah 5: Teruskan berbual, ajukan soalan, dan layan tindak balas anak Papa.

Paling penting untuk Papa

1. Validate reaksi anak Papa. Sambil menambah ilmu anak sedikit sebanyak.

2. Sentiasa berinteraksi dengan tanya soalan supaya anak dapat mempelajari punca dan kesan serta tindak balas asas.

3. Banyakkan mendengar daripada bercakap. Nilai kemampuan anak Papa berdasarkan apa yang dicakapkan.

4. Terangkan logic dan proses pertimbangan kepada anak secara ringkas dan mudah difahami.

5. Ketepikan semua urusan lain dan tumpukan sebahagian masa yang dikhususkan untuk anak.

Pesanan Hubungan Papa Dan Anak

Para Papa di luar sana, jangan tunggu masa Papa free baru nak main dengan anak, itupun dalam keadaan tak bertenaga. Sebaiknya Papa kena cipta masa tersebut.

Sediakan sikit masa untuk main and layan anak-anak. Sebab, sebenarnya sekejap sangat rasa anak-anak kita nanti dah besar.


Eratkan hubungan Papa dan anak-anak dengan pelbagai aktiviti menarik di SINI.