KelabMama

Hubungan Lebih Erat dan Bermakna Dengan Hanya Sebuah Senyuman

Mama ingat lagi tak saat pertama kali si manja Mama tersenyum? Ya Allah, mak mana je yang tak cair bukan? Setiap senyuman bayi merupakan saat yang paling berharga buat kita. Senyuman yang diberikan oleh seorang ibu kepada bayi sebenarnya sangat baik dalam memupuk ikatan antara anda dan bayi, serta membantu si manja merasa lebih selamat dan dilindungi.

Disebalik Sebuah Senyuman

Tahukah anda, senyuman bayi juga penting mengikut perkembangannya? Senyuman si manja menandakan permulaan mereka untuk menjadi seorang yang pandai bersosial atau bergaul dan membantu mereka untuk berkomunikasi melalui ‘bahasa’ yang difahami semua orang ini. 

Semasa anak anda sedang membesar, akan ada saat-saat dimana anda sedar yang sebenarnya anda berdua sedang lebih erat dan mesra apabila si manja tersenyum. Dan tentu sahaja, dengan melihat senyuman bayi, Mama sendiri akan berasa lebih seronok, gembira, dan tenang!

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengukir senyuman di wajah bayi anda. Baru-baru ini, JOHNSON’S® telah melancarkan rangkaian produk terbaru mereka iaitu CottonTouch mandian bayi dan losyen dan juga syampu Active Kids Strong & Healthy Shampoo, yang boleh menjadikan hubungan bayi dengan Mama lebih istimewa, disamping mengukir senyuman manis di wajah comelnya! 

Bagaimana JOHNSON’S® dapat membantu mengeratkan hubungan antara Mama dan si manja?

– Memandikan Bayi Kini Lebih ‘Happening’ 

Apa kata mulai hari ini, jadikan waktu mandian si manja lebih menyeronokkan dan bermakna dengan beberapa aktiviti yang menarik. Mama boleh nyanyikan pada si manja, atau ‘storytelling’ dengan menggunakan mainan sewaktu mandi seperti ‘rubber duck’, trak air, dan sebagainya.

Sambil bermain, Mama boleh bersihkan badan si manja dengan JOHNSON’S® CottonTouch Top-To-Toe Bath. Formulanya yang hipoalergenik dan lembut, JOHNSON’S® CottonTouch Top-To-Toe Bath telah diadun dengan 100% kapas semula jadi, sesuai untuk kulit sensitif* bayi yang baru lahir. Ia tidak mengandungi paraben, phthalates, atau pewarna tiruan yang menjadikannya mudah untuk dibilas serta kulit bayi menjadi lebih lembut, segar, dan wangi, dicipta khas untuk kulit bayi yang baru lahir.

– Keseronokkan Berganda Selepas Mandi

Setelah selesai menyegarkan badan si manja dengan sabun mandian JOHNSON’S®, Mama boleh teruskan dengan JOHNSON’S® CottonTouch Face & Body Lotion, losyen ini sangat ringan dan lembut, sesuai untuk kulit sensitif* bayi.

Losyen berasaskan air ini diformulasikan khas dengan kapas semula jadi, ringan, dan tidak meninggalkan rasa berminyak di tangan Mama mahupun badan bayi. Dengan penggunaan yang kerap, ia membantu mengekalkan kelembapan dan mengelakkan kekeringan kulit si manja.

*berbanding kulit orang dewasa

– Kulit Kepala Yang Lebih Lembut & Segar

Apabila bayi Mama sudah boleh mula berjalan & bermain, keperluan mereka berubah. JOHNSON’S® Active Kids Strong & Healthy Shampoo dicipta khas lebih lembut berbanding produk orang dewasa, tetapi berkesan untuk keperluan kanak-kanak. JOHNSON’S® Active Kids Strong & Healthy Shampoo dapat melembutkan dan mewangikan rambutnya. Lihat bagaimana gembiranya si manja apabila kepalanya diusap dengan syampu rambut bayi yang menyegarkan dan tidak memedihkan mata ini. 

JOHNSON’S® Active Kids Strong & Healthy Shampoo diformulasikan 100% lembut untuk rambut dan kepala bayi, dengan tambahan vitamin E yang membantu menjadikan rambut dan kulit kepalanya menjadi lebih sihat. 

– Sentuhan Mama Yang Menenangkan Melalui Urutan 

Salah satu cara terbaik untuk mengeratkan hubungan Mama dan bayi adalah dengan mengurut badannya selepas mandi. Lap kering badan si manja, dan kemudian oleskan JOHNSON’S® Baby Oil pada badannya. Urut badan bayi dengan perlahan dan lembut. JOHNSON’S® Baby Oil dihasilkan dengan menggunakan minyak mineral semula jadi dan pH yang seimbang, dapat menambahkan kelembapan pada kulit mulus si manja!

– Lebih Mudah & Cepat Uruskan ‘Messy Times’!

Dengan kehadiran seorang bayi, Mama pasti akan sering melalui beberapa keadaan kotor – samada semasa menukar lampin, atau sewaktu makan. Sediakan JOHNSON’S® Baby Messy Times Wipes dimana sahaja anda berada untuk memudahkan anda membersih bayi. Tisu basah bayi yang berasakan air dan lembut ini direka khas untuk membersihkan kulit halus si manja, serta selamat untuk digunakan pada wajah dan mata. Mama pun boleh menggunakannya untuk kegunaan sendiri juga tau!

– Pelukan yang Erat dan Menenangkan! 

Ahh, indahnya bau baby! Siapa sahaja yang tidak suka dengan bau bayi bukan? Lebih lagi bayi yang baru sahaja lahir. Jadikan waktu tidur si manja menjadi lebih erat dan menyenyakkan dengan sebuah pelukan erat daripada Mama, ditambah pula dengan bau segar dan menyenangkan JOHNSON’S® Summer Swing Baby Cologne atau JOHNSON’S® Blossoms Baby Powder

JOHNSON’S® Summer Swing Baby Cologne merupakan wangian lembut & ringan untuk rasa segar seperti
selepas mandi dengan menggunakan formula ringan yang terbukti secara klinikal.

JOHNSON’S® Blossoms Baby Powder pula memberi perlindungan berpanjangan yang menjadikan kulit si manja kering tetapi selesa, licin bak sutera dan berbau wangi lebih lama daripada biasa. Pasti Mama sendiri tidak akan berasa puas memeluk si manja! 

JOHNSON’S®  – Pilihan Utama Ibu Bapa

Sebagai sebuah jenama produk bayi yang dipercayai dan menjadi pilihan ibu bapa sejak 127 tahun yang lalu, JOHNSON’S® sentiasa komited dalam menghasilkan produk yang dapat memelihara kulit bayi disamping menghasilkan pelbagai momen indah antara ibu bapa dan si manja. Dengan rangkaian produk yang berkualiti, JOHNSON’S® memahami keperluan ibu bapa dan hanya ingin memberikan kegembiraan yang diimpikan buat seisi keluarga. 

Senyum & Menang Bersama JOHNSON’S®!

“Alaa, comelnya anak mama ni!” 

Mama rasa anak Mama mempunyai senyuman yang paling menawan? Kongsikan gambar senyuman istimewa – cheeky mahupun senyuman termanis si manja – dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan bernilai sehingga RM26,000 daripada JOHNSON’S®! 

Anda hanya harus mengambil gambar si manja dengan senyuman yang paling menawan, dan ikuti tiga (3) langkah mudah di Peraduan JOHNSON’S® Snap & Win di sini! Peraduan ini bermula daripada 15 Jun hingga 15 Ogos 2020.

Dalam masa yang sama, Mama boleh mendapatkan rangkaian produk JOHNSON’S® CottonTouch terbaru dan Active Kids Strong & Healthy Shampoo di kedai-kedai runcit utama dan juga secara online.

Jangan lupa untuk layari laman web rasmi JOHNSON’S® atau ikuti Facebook dan Instagram JOHNSON’S® Malaysia untuk mengetahui pelbagai kaedah lain yang dapat mengeratkan hubungan Mama dan si manja.