KelabMama

Didik Anak-anak Mengharungi Cabaran di Hot Wheels Challenge Accepted @ Sunway Putra Mall

Hot Wheel Challenge @ Sunway Putra

Hot Wheel Challenge Accepted @ Sunway Putra Mall pada Ogos 2019.

Perkembangan mental dan fizikal anak-anak meliputi pelbagai kriteria. Selain komunikasi, pembelajaran di dalam kelas, dan kemahiran bersosial, alat permainan juga turut membantu dalam perkembangan mereka. Untuk pengetahuan Mama, perkembangan otak anak-anak digunakan hampir 90% pada lima tahun terawal usia mereka! Sebab tu penting untuk kita sentiasa cuba untuk memaksimumkan kebolehan pembelajaran mereka terutamanya dalam fasa umur begini. Bersempena cuti sekolah yang bakal tiba, jom bawa anak-anak bermain sambil belajar bersama “Hot Wheels Challenge” di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

Uji Kemahiran Anak-anak di Hot Wheels Challenge

Bermula 2 hingga 18 Ogos 2019, alat mainan kereta terkenal Hot Wheels bakal menguji minda, kesabaran, dan meningkatkan tahap “Challenger Spirit” anak-anak dengan pelbagai jenis permainan yang menarik! Bertemakan “Challenge Accepted”, acara ini bertujuan untuk mendidik anak-anak tentang kesabaran, motivasi diri, dan daya ketahanan mental walaupun mereka harus menempuhi pelbagai cabaran.

Sebenarnya alat mainan Hot Wheels bukan hanya sekadar alat mainan untuk mengisi masa lapang yang menyeronokkan. Ia merupakan satu permainan yang membantu dalam perkembangan anak-anak. Setiap perlumbaan kereta dan halangan yang ditempuhi ketika bermain Hot Wheels bakal mencabar anak-anak agar tidak mudah putus asa. Ini boleh merangsang perkembangan mental mereka untuk menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran kehidupan apabila mereka besar nanti.

Dalam acara “Hot Wheels Challenge Accepted”, para peserta bakal berdepan dengan tiga cabaran utama – “Experimental Challenge”, “Competitive Challenge”, dan “Creativity Challenge”. Di sesi “Experimental Challenge”, peserta harus cuba sedaya upaya untuk mengenai sasaran kereta lain di penghujung trek yang dibina khas dari jenama ini sendiri. Tingkatkan semangat dan tahap momentum yang baik di sesi permainan “Competitive Challenge” dimana para peserta harus mengatasi pelbagai halangan. Sahut cabaran dengan mengharungi halangan-halangan yang terdapat di atas trek Hot Wheels. Sesi permainan yang terakhir ialah “Creativity Challenge” dimana anak-anak harus gelongsor bersama kereta mereka. “Eh, macam mana tu?” Haa untuk tahu lebih lanjut, jangan lupa bawa anak-anak ke Sunway Putra Mall pada Ogos ini! 

Para peserta harus gelongsor bersama kereta mereka di “Creativity Challenge”.

Promosi Istimewa Koleksi Hot Wheels

Selain itu, para peminat Hot Wheels juga berpeluang untuk menambah koleksi kereta anda dengan pelbagai koleksi barangan Hot Wheels pada harga yang sangat berbaloi. Dengan setiap pembelian koleksi Hot Wheels berharga *RM50 dan ke atas (bersama Set Trek), anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah sampingan yang ditawarkan. Memang berbaloi sangat tau promosi “Gift-With-Purchase” ini!

*tertakluk pada terma dan syarat

“Triceratops Challenge” Yang Eksklusif

Eksklusif untuk ahli Putra Junior Club, anak-anak Mama berpeluang untuk menyertai satu acara tambahan, “Triceratops Challenge”. Acara ini hanya akan diadakan pada 3,4,10,11,17 dan 18 Ogos, pada jam 1pm, 3pm atau 5pm. Pasti lagi best sekiranya anak-anak dapat bermain bersama rakan-rakan sebaya yang lain. Dalam pada mereka bermain dan menyahut cabaran, anak-anak juga akan bersosial secara sihat bersama rakan-rakan baru.

Sekiranya anak Mama masih belum didaftarkan sebagai ahli Putra Junior Club, Mama boleh mendaftar di Concierge Counter untuk mendapatkan pelbagai promosi dan tawaran menarik! Baca ruang Putra Junior Club Sunway Putra Mall untuk maklumat lanjut.

Luang Masa di The Parenthood School Holiday Roadshow

Dalam pada itu, di bahagian East Wing, Ground Floor, Mama dan Papa boleh membawa anak-anak luangkan masa bersama dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik di The Parenthood School Holiday Roadshow. Ada pelbagai aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak, hasil seni dan kraftangan, dan banyak lagi. Lebih istimewa, ada “Petting Zoo” arnab di ruang ini! Boleh la anak-anak Mama melihat dengan lebih dekat haiwan gebu dan comel ini. Jangan risau, jinak-jinak semuanya.

Tarikh: 2-18 Ogos 2019

Tempat: East Wing, Ground Floor di Sunway Putra Mall

Mama dan Papa juga boleh menjamu selera di Selera Street (Aras 4) bersama anak-anak. Di Selera Street juga turut disediakan ‘play area’ untuk kanak-kanak.

Play Area untuk kanak-kanak di Selera Street, Aras 4 Sunway Putra Mall.

Jadi apa tunggu lagi. Beritahu berita gembira ini pada anak-anak dan ajak encik suami bersama ke Hot Wheels Challenge Accepted di Sunway Putra Mall cuti sekolah ini!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Sunway Putra Mall atau “follow” Facebook dan Instagram Sunway Putra Mall hari ini. Jumpa anda di sana!