KelabMama

Hospital Bersalin Swasta di Sekitar Negeri Terengganu & Kos Rawatan

wanita hamil di hospital bersalin swasta Terengganu

Bersalin di hospital swasta antara pilihan buat ibu-ibu hamil yang menunggu masa untuk melahirkan bayi mereka. 

Sudah tentu sebagai Mama dan Papa kita mahukan pengalaman terbaik ketika menyambut cahaya mata. Ini kerana hospital swasta mementingkan hospitaliti lima bintang serta rawatan perubatan paling canggih sekali.  

Berikut Mama Siti sertakan kos bersalin dan pakej yang bakal diterima. 

Senarai Hospital Bersalin Swasta Yang Terbaik di Terengganu

#1 Pusat Perubatan Intan Kuala Terengganu

Kredit gambar: www.pppintan.com

Sebuah institusi perubatan di Kuala Terengganu ini menawarkan perkhidmatan bersalin untuk ibu dan bayi. 

Bagi melayakkan Mama melahirkan anak di Pusat Perubatan Intan, mestilah hadir temujanji sekurang-kurangnya dua kali iaitu selepas usia kandungan 28 minggu. 

Bayaran tambahan diperlukan bagi temujanji kandungan tersebut. Manakala pakej bersalin yang diiklankan hanya akan berkuat kuasa pada tarikh bersalin sahaja.  

Kos Bersalin Normal (Untuk Warganegara Malaysia)

Kos bersalin: RM 1,690

Pakej diterima ialah:

Kos Bersalin Normal (Bukan Warganegara Malaysia)

Kos bersalin: RM 2,170

Pakej yang diterima ialah: 

Bagi kos rawatan berikut tidak termasuk dalam pakej bersalin dan memerlukan bayaran tambahan oleh pesakit sendiri. 

Alamat: 2236, Kampung Bukit Kubang Jambu, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

Telefon: 09-624 1458

Laman sesawang: Pusat Perubatan Intan 

#2 KMI Kuala Terengganu Medical Centre

Kredit gambar: KMI Kuala Terengganu Medical Centre

Hospital bersalin swasta Terengganu KMI ialah pusat perubatan yang mengetengahkan nilai-nilai keislaman dalam operasi hospital. 

Perkhidmatan pelanggan dari staf hospital ini sangat memuaskan dan profesional. Mama Siti bercakap berdasarkan pengalaman sendiri yang pernah menerima rawatan di KMI Kuala Terengganu.   

Kos Bersalin Normal: RM 3,399

Pakej yang diterima ialah: 

Dimaklumkan bahawa kos bersalin yang dinyatakan tidak termasuk dengan rawatan tambahan seperti komplikasi bersalin, rawatan tambahan bayi dan lain-lain. 

Pakej-pakej yang Mama Siti senaraikan di bawah tidak termasuk dalam pakej bersalin dan jika keadaan itu berlaku maka bayaran tambahan diperlukan. 

1) Bersalin

2) Bayi

3) Lain-lain

Alamat: Lot 3963, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

Telefon: 09-637 8888

Laman sesawang: KMI Kuala Terengganu Medical Centre

Kredit gambar: KMI Kuala Terengganu Medical Centre

Diharap perkongsian Mama Siti kali ini membantu Mama dan Papa merancang kelahiran bayi akan datang.  Doa Mama Siti semoga ibu dan bayi sihat dan selamat dari proses dan melahirkan. 


Lihat senarai hospital bersalin swasta di negeri lain di SINI.