KelabMama

3 Hospital Bersalin Swasta di Sarawak dan Barang Yang Perlu Dibawa

wanita dan bayi di hospital bersalin swasta di Sarawak

Kita tahu yang hospital bersalin swasta menawarkan pengalaman berbeza dari hopital kerajaan. Tapi macam mana nak tahu hospital yang betul-betul terbaik?

Ha, ini Mama Siti bawakan tiga hospital bersalin swasta terbaik yang ada di negeri Sarawak. Ayuh kita lihat apa yang ditawarkan setiap satunya.

3 Hospital Swasta Bersalin Terbaik Di Sarawak

#1 Normah Medical Specialist Centre

Kredit gambar: Normah.com.my

Pesakit di hospital bersalin ini akan menikmati pengalaman menyambut kelahiran yang mengujakan. 

Hospital yang telah beroperasi lebih 35 tahun ini dilengkapi dengan tenaga pakar dan jururawat yang profesional. 

Persekitaran hospital ini direka bentuk dan diselenggara dengan baik untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk penginapan dan pemulihan pesakit kami.

Kos Bersalin Normal 

Kos Bersalin Pembedahan

Nota: Kos bersalin yang dipaparkan ialah berdasarkan informasi yang diperoleh pada tahun 2016. 

Alamat: Lot 937, Section 30 KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

Hubungi: 082-440 055

Laman sesawang: Normah Medical Specialist Centre

#2 Timberland Medical Centre

Kredit gambar: staticflickr.com

Memegang misi untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi, kos efektif, cekap dan mesra menjanjikan Mama suatu yang indah ketika menjadi pesakit disini. 

Menariknya lagi, Mama diberikan pilihan sama ada ingin menjaga bayi sendiri atau meletakkan bayi di nurseri supaya Mama dapat rehat yang lebih berkualiti. 

Kos Bersalin Normal

Kos bersalin yang dipaparkan berkemungkinan berbeza mengikut jenis rawatan dan pakej yang diterima. Oleh itu, Mama Siti sarankan agar Mama menghubungi hospital ini untuk perbincangan yang lebih teliti. 

Alamat: Lot 5160-5169 & 7477-7486, Blok16, KCLD, 2 1/2 Mile, Jalan Rock, 93250 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

Telefon: 082-234 466

Laman sesawang: Timberland Medical Centre, Facebook

#3 KPJ Kuching Specialist Hospital

Kredit gambar: Dokter.my

Hospital ini mendorong para pesakit yang ingin melahirkan untuk menjalani proses kelahiran normal. 

Demi merealisasikan ibjektif ini, KPJ Kuching telah dilengkapi dengan pasukan Bidan, Pembantu Penjagaan, Perunding Obstetrik, Pakar Bius dan Perunding Pediatrik yang bertugas 24 jam sehari.

Perkhidmatan klinikal 24 jam kami termasuk:

Alamat: Lot 18807, Block 11 Muara Tebas Land District, Jalan Stutong, 93350 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

Telefon: 082-365 777

Laman sesawang: KPJ Kuching Specialist Hospital 

Barang-barang Keperluan Ibu Bersalin Normal dan C-zer

Kredit gambar: illyariffin.com

Peralatan Mandian

Selalunya, ibu dan bayi perlu bermalam di hospital sekurang-kurangnya satu malam untuk memantau keadaan ibu dan bayi. 

Alatan mandian diperlukan untuk ibu membersihkan diri sepanjang berada di hospital. 

Seluar dalam

Pilih saiz seluar dalam yang lebih besar dan mempunyai fungsi full coverage untuk keselesaan sepanjang hari. Selain itu, Mama juga boleh pakai jenis seluar dalam pakai buang ketika tempoh selepas bersalin. 

Tuala wanita

Jangan lupa bawa benda penting ini ya!

Pendarahan lepas bersalin iaitu pendarahan lochia atau nifas pada beberapa hari pertama adalah banyak. Mama dinasihatkan untuk membawa tuala wanita yang dikhaskan untuk ibu bersalin. 

Bra penyusuan

Bra penyusuan adalah lebih praktikal dari bra biasa dipakai sebelum bersalin. Bra penyusuan selalunya mudah dibuka di bahagian depan yang bertujuan untuk menyusukan bayi dengan lebih cepat. 

Nursing cover & pelapik penyusuan

Gunakan nursing cover untuk Mama menyusukan bayi ketika kedatangan tetamu. Ianya penting untuk memberi keselesaan kepada Mama dan bayi serta menjaga aurat. 

Pakaian longgar

Ibu bersalin akan lebih selesa bergerak ketika mereka memakai pakaian yang longgar. Mama Siti galakkan agar Mama lebihkan pakaian jenis kain atau pyjama labuh berbanding seluar. 

Kredit gambar: Kiddocare

Hospital bersalin swasta menawarkan pengalaman bersalin yang mengujakan. Antara tiga hospital yang Mama Siti kongsikan, yang mana satu pilihan Mama?

Semoga artikel ini membantu Mama membuat pilihan untuk menyambut kelahiran bayi nanti.


Ada lebih banyak pusat perubatan dan tips kesihatan DI SINI.