KelabMama

“Ini Bayi Puan Ya”- 4 Hospital Bersalin Swasta Terbaik di Sabah Raikan Si Comel

Hospital Bersalin Swasta Terbaik Di Sabah

Kalau ada empat hospital bersalin swasta terbaik di Sabah, Mama akan pilih yang mana untuk menyambut kelahiran bayi kali ini? 

Masih keliru lagi nak pilih yang mana? Mungkin artikel yang Mama Siti kongsikan kali ini boleh membantu Mama dan Papa membuat keputusan. 

4 Hospital Bersalin Swasta di Sabah

#1 Jesselton Medical Centre Sdn Bhd

Kredit gambar: Jesselton Medical Centre

Sebuah pusat perubatan yang terletak di Kota Kinabalu ini menyediakan penginapan dua hari satu malam untuk kelahiran normal.

Bagi yang memilih atau terpaksa melahirkan secara pembedahan perlu berada di hospital selama sekurang-kurangnya tiga hari dua malam. 

Nota: Bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya melahirkan diluar waktu pejabat dan terdapat komplikasi semasa prosedur dijalankan.   

Kos Bersalin Normal: RM 2969

Kos Bersalin Caesarean: RM 5950

Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

Hubungi: 088-366 333

Laman sesawang: Jesselton Medical Centre Sdn. Bhd.

Alamat: Jalan Metro 2, Off, Jalan Tuaran, Jalan Bunga Ulam Raja, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

#2 KPJ Sabah Specialist Hospital

Kredit gambar: BookDoc

Jenama dipercayai rakyat Malaysia hinggakan pada suatu saat pernah mendapat liputan syarikat televisyen Malaysia terkemuka. Rata-rata yang pernah mendapatkan perkhidmatan di KPJ berpuas hati dengan hospitaliti diterima.  

Pakej Bersalin Normal: RM 2900

Pakej Bersalin Caesarean: RM 5600

Kedua-dua pakej ini termasuklah: 

Perbezaan bagi pakej bersalin normal ialah waktu penginapan dua hari satu malam dan bilik melahirkan bayi. 

Manakala untuk pakej bersalin pembedahan dikenakan kos lebih tinggi kerana kos penggunaan bilik pembedahan dan prosedur pembedahan melahirkan bayi.  

Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

Hubungi: 088-322 000

Laman sesawang: KPJ Sabah Specialist Hospital

Alamat: Lot No.2 Off, Jalan Damai, Luyang Commercial Centre, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

#3 KMI Tawau Medical Centre (Tawau Specialist Hospital)

Kredit gambar: Facebook/ KMI Tawau Medical Centre

Jika Mama inginkan suasana hospital yang menekankan nilai-nilai agama Islam, Mama Siti cadangkan KMI Tawau Medical Centre. 

Setiap pagi akan ada bacaan zikir dan doa serta azan juga akan bergema di segenap ruang hospital melalui pembesar suara bagi mengingatkan pesakit dan staf untuk menunaikan solat. 

Seperti biasa, pakej bersalin normal akan menginap sekurang-kurangnya dua hari satu malam. Namun begitu, bagi Mama yang bersalin secara pembedahan perlu menginap lebih lama iaitu tiga hari dua malam untuk melakukan penilaian menyeluruh. 

Pakej Bersalin Normal: RM 3788

Pakej Bersalin Caesarean: RM 9388

Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

Hubungi: 089-771 873

Laman sesawang: KMI Tawau Medical Centre (Tawau Specialist Hospital)

Alamat: TB 4551, Jalan Abaca, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

#4 Gleneagles Kota Kinabalu

Kredit gambar: Sabah Post

Setiap pesakit yang menerima rawatan di hospital bersalin ini akan diberikan rawatan lengkap dari sebelum hingga selepas melahirkan. Di samping itu, kebiasaannya pesakit akan menginap sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam untuk bersalin normal dan 3 hari 2 malam untuk kelahiran c-section.

Pakej yang dipaparkan ialah harga terendah yang ditawarkan untuk kelahiran tanpa komplikasi. Bayaran tambahan diperlukan sekiranya berlaku komplikasi terhadap ibu atau bayi.

Pakej Bersalin Normal: RM 3388

Pakej Bersalin Caesarean: RM 6888

Pakej yang diterima termasuklah: 

Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

Hubungi: 088-518 888

Laman sesawang: Gleneagles Kota Kinabalu

Alamat: Riverson@Sembulan, Block A-1, Lorong Riverson@Sembulan, Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Kredit gambar : selangor.travel

Berdasarkan informasi tentang hospital bersalin swasta terbaik di Sabah yang Mama Siti kongsikan itu tadi, harap-harap Mama boleh buat persediaan awal. 

Paling penting bab lokasi dan kos pakej bersalin. Pastikan berdekatan dan bertepatan dengan keadaan ekonomi Mama dan Papa. 

Selamat menyambut kelahiran si comel Mama Siti ucapkan. 


Lihat senarai pusat perubatan dan panduan lain DI SINI.