KelabMama

Senarai Hospital Bersalin Swasta Terbaik dan Terkenal di Melaka

Keselesaan semasa melahirkan anak sangat dititik beratkan kerana pengalaman bersalin yang menyenangkan mempengaruhi mood Mama. Keselesaan bersalin juga diperhatikan dari segi layanan dan privasi bilik. 

Hospital bersalin swasta di Melaka kali ini telah diyakini mampu memberi kepuasaan tertinggi buat Mama, bayi dan Papa. Kos bersalin dan pakej yang ditawarkan ada Mama Siti senaraikan sekali. 

Mari, Mama Siti tunjukkan satu persatu!

Senarai Hospital Bersalin Swasta di Melaka

#1 Hospital Pantai – Ayer Keroh

Kredit gambar: Clinical Research Malaysia

Pengalaman bersalin Mama akan jadi lebih bermakna kerana hospital ini mementingkan persekitaran yang mesra, peribadi dan penyayang agar orang tersayang mendapat penjagaan terbaik.

Kos bersalin 

(Prosedur Normal)

Harga pakej bermula dari RM 2999 hingga RM 3299

Pakej yang diterima termasuklah;

Kos bersalin C-Section

(Prosedur Pembedahan)

Harga pakej bermula dari RM 6399 hingga RM 7299

Alamat: No. 2418-1, KM 8, Jalan Tun Abdul Razak, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Laman sesawang: https://www.pantai.com.my/ms-my/ayer-keroh

Laman sosial: Facebook

#2 Pusat Perubatan Mahkota (Mahkota Medical Centre)

Kredit gambar: iBanding

Hospital bersalin yang dilengkapi dengan kepakaran doktor berpengalaman ini menawarkan hospitiliti komprehensif iaitu perkhidmatan perubatan, pembedahan dan perundingan. Semua kakitangan di hospital ini komited memberikan layanan terbaik untuk Mama, bayi dan keluarga

Kos bersalin  (Prosedur Normal)

Harga pakej bermula dari RM 3200 hingga RM 4500

Kos bersalin C-Section (Prosedur Pembedahan)

Harga pakej bermula dari RM 7000 hingga RM 8000

Pakej lain yang diterima termasuklah;

Alamat: No 3, Mahkota Melaka, Jalan Merdeka, 75000 Melaka

Laman sesawang: https://www.mahkotamedical.com/id/

#3 Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital)

Kredit gambar: State of Green

Hospital Pakar Putra Melaka dilengkapi dengan doktor, bidan dan jururawat yang berpengalaman serta menyokong Mama melalui semua peringkat kehamilan sehingga kelahiran bayi.

Kos bersalin  (Prosedur Normal)

Harga pakej bermula dari RM 3200 

Kos bersalin C-Section (Prosedur Pembedahan)

Harga pakej bermula dari RM 6600

Pakej lain yang diterima termasuklah;

Alamat: 169, Jalan Bendahara, Pengkalan Rama, 75100 Melaka

Laman sesawang: https://psh-group.com/putra/ 

Kelebihan Bersalin di Hospital Swasta

#1 Keselesaan Ibu, Bayi dan Keluarga

Hospital bersalin swasta menawarkan pelbagai pilihan bilik. Ada yang satu katil, dua katil satu bilik dan bilik istimewa VIP (very important person) pun ada.  

Papa pun boleh teman Mama bermalam di hospital dan semasa bersalin berbanding hospital kerajaan yang ada kalanya dibenarkan, ada masanya tidak. 

#2 Pemilihan Doktor

Hospital bersalin swasta membolehkan Mama membuat pilihan doktor sendiri untuk mengendalikan Mama sepanjang hamil dan bersalin. 

Mama juga bebas bertanyakan soalan tanpa penilaian negatif (judgemental) dari doktor yang merawat. 

#3 Penginapan dan Makanan

Bilik wad dilengkapi dengan televisyen, katil dan bantal empuk serta dekorasi bilik seperti hotel empat bintang. Keselesaannya buat Mama rasa ‘feels like home’ lah. Tak rasa janggal pun, walaupun menginap di tempat asing.

Mama bebas memilih menu makanan pantang dari senarai hidangan. Mestilah seronok, sebelum dan selepas bersalin dapat makan sedap. 

Keselesaan lah kunci kebahagiaan. Tempoh sembilan bulan 10 hari bukan waktu yang singkat, mestilah kita inginkan pengalaman bersalin terbaik. 

Semoga artikel ini membantu Mama membuat pilihan hospital bersalin swasta untuk kelahiran akan datang. Semoga dipermudahkan!


Lihat senarai klinik dan pusat perubatan yang lain di SINI.