KelabMama

8 Pilihan Terbaik Hospital Bersalin Swasta di Kedah Yang Terkini

hospital bersalin swasta di kedah

Kredit gambar: www.gleneagles.com.sg

Bagi Mama yang mencari maklumat mengenai hospital bersalin swasta di negeri Kedah, kami ingin memperkenalkan 8 buah hospital swasta paling terbaik yang boleh Mama semua pertimbangkan.

Pastikan Mama terus membaca artikel ini supaya Mama dapat informasi lengkap dan penting semua hospital swasta Kedah sebagai persediaan awal untuk Mama melahirkan anak nanti.

Jangan risau! Semua hospital-hospital yang kami kongsikan ini menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam proses bersalin.

Dengan pengetahuan tentang pilihan hospital swasta ini, Mama dapat membuat keputusan yang bijak untuk pengalaman bersalin yang terbaik untuk diri dan bayi tersayang.

Senarai Hospital Bersalin Swasta di Kedah

#1. Kedah Medical Centre (KMC)

Kredit gambar: Google reviews @CK Tan

Salah satu hospital bersalin swasta di kedah ialah Kedah Medical Centre (KMC) yang terletak di Alor Setar. Terdapat 3 pakej bersalin di hospital ini iaitu pakej bersalin normal, pakej bersalin C-section Elective LSCS dan pakej bersalin C-section Emergency LSCS.

Bagi pakej bersalin normal, kos yang dikenakan adalah sebanyak RM1,878 untuk 2 hari 1 malam bagi bilik yang mempunyai 4 katil.

Terdapat juga pakej lain mengikut bilik yang diinginkan oleh Mama. Mama boleh pilih mengikut keselesaan yang diinginkan. Mama boleh baca semuanya di sini (https://www.kpjhealth.com.my/kedah/packages/pakej-bersalin-normal).

Manakala, bagi pakej bersalin secara pembedahan (C-section) terdapat 2 pakej yang ditawarkan iaitu C-section Elective LSCS yang mana pakejnya berharga RM8,300 di dalam bilik 2 katil selama 3 hari 2 malam.

Bagi C-section Emergency LSCS pula kosnya dalah RM8, 800 bagi bilik 2 katil selama 3 hari 2 malam. Untuk lebih info, Mama boleh rujuk di sini (https://www.kpjhealth.com.my/kedah/packages/elective-lscs-).

#2. Wisma Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (Puteriayu Medical Centre)

Kredit gambar: Instagram @hajirah_eyra

Selain itu, terdapat juga hospital bersalin swasta Sungai Petani yang terkenal dengan rawatan dan layanan yang terbaik. Doktor, nurse dan staff yang sangat friendly.

Harga pakej yang ditawarkan pun sangat berpatutan sesuai dengan layanan yang diberikan. Untuk lebih info lanjut, Mama boleh terus hubungi nombor tertera atau terus ke wisma ini seperti alamat di bawah.

#3. Metro Specialist Hospital

Kredit gambar: Facebook @Metro Specialist Hospital, Sungai Petani 

Terdapat juga hospital bersalin swasta Sungai Petani yang lain iaitu Metro Specialist Hospital. Bagi pakej bersalin secara normal, kos yang dikenakan adalah RM2,200 bagi bilik 3 atau 4 katil selama 2 hari 1 malam.

Manakala untuk kos bagi pakej bersalin secara pembedahan atau C-section tidak dinyatakan dengan lebih lanjut di dalam laman web hospital. Namun, caj kemasukan atau deposit untuk pakej ini adalah sebanyak RM5,500.

Jika Mama ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi nombor tertera atau boleh terus ke hospital di alamat seperti di bawah.

#4. Hospital Bersalin Swasta di Kedah – Putra Medical Centre Alor Setar

Kredit gambar: Instagram @fangbiandang

Selain itu, Mama juga memilih untuk bersalin di hospital swasta kedah yang lain iaitu Putra Medical Centre. Jika Mama berminat untuk bersalin di sini, Mama boleh terus berhubung dengan pegawai melalui nombor di bawah atau terus walk-in ke sana untuk info lanjut.

#5. Pantai Hospital Laguna Merbok

Kredit gambar: Instagram @ridzuan_warisan

Pantai hospital ialah antara hospital bersalin terbaik di Kedah. Ini berdasarkan pengalaman ibu-ibu yang mempunyai pengalaman bersalin di hospital pantai di Sungai Petani ini.

Pakej bersalin yang ditawarkan di sini bermula dengan harga RM2,188 untuk bilik yang mempunyai 4 katil. Terdapat juga pakej lain yang boleh dipilih, Mama boleh baca lanjut di sini (https://www.pantai.com.my/ms-my/laguna-merbok/promotions/promotion-details/normal-delivery-package).

Manakala bagi pakej bersalin secara pembedahan, pakej yang ditawarkan berharga RM6,300 bagi bilik 4 katil selama 3 hari 2 malam, RM6,400 untuk 2 katil dan RM6,500 bagi bilik single.

Untuk lebih info berkenaan pakej ini Mama boleh baca di sini (https://www.pantai.com.my/ms-my/laguna-merbok/promotions/promotion-details/caesarean-delivery-package).

#6. Pantai Hospital Sungai Petani

Kredit gambar: drbernardsurgery.business.site

Terdapat dua buah hospital pantai di Sungai Petani. Sebuah hospital lagi terletak di Bandar Amanjaya. Bagi yang memepunyai pengalaman bersalin di hospital Pantai Sungai Petani ini pastinya tahu bagaimana rawatan dan layanan yang diberikan.

Pastinya sangat memuaskan hati bukan?

Pakej bersalin yang ditawarkan di sini adalah pakej bersalin normal yang bermula dari harga RM2,288 untuk bilik 4 katil selama 3 hari 2 malam, bilik 2 katil RM2,488, bilik single RM2,688 dan bilik VIP RM3,288. Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini (https://www.pantai.com.my/ms-my/sungai-petani/promotions/promotion-details/normal-delivery).

Bagi pakej bersalin secara pembedahan pula,hanrag bermula dari RM6,300 untuk bilik 4 katil selama 3 hari 2 malam. Untuk pakej lain Mama boleh baca lanjut di sini (https://www.pantai.com.my/ms-my/sungai-petani/promotions/promotion-details/elective-caesarean-delivery).

#7. INS Specialist Centre Sdn Bhd, Alor Setar

Kredit gambar: my.worldorgs.com

Taglinenya sahaja, “Your Trusted Mother and Child Centre”, sudah menunjukkan mengapa hospital ini sering menjadi pilihan ibu-ibu yang ingin bersalin di sini.

Bagi Mama yang berminat untuk melahirkan di sini, boleh hubungi nombor tertera atau terus sahaja ke hospital ini untuk pertanyaan lanjut kerana tidak dinyatakan dengan jelas pakej bersalin yang disediakan.

#8. Hospital Bersalin Swasta di Kedah – Mahsuri Medical Centre

Kredit gambar: Instagram @mahsurimedicalcentre

Di sini terdapat pakej bersalin yang berpatutan dengan servis dan layanan yang terbaik. Untuk mengetahui lebih info berkenaan pakej ditawarkan Mama boleh hubungi nombor di bawah atau pergi terus ke hospital ini.

Hal ini kerana, harga pakej bagi tahun 2023 belum lagi dikemas kini di dalam laman web mereka.

Mama Siti harapkan dengan perkongsian senarai hospital bersalin swasta di atas, Mama semua dapat membuat pilihan dengan lebih mudah dan terbaik. Mama Siti doakan segala urusan Mama semasa bersalin nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar, Insya-Allah!


Mama juga boleh dapatkan senarai hospital bersalin di kawasan yang lain di SINI!