KelabMama

Hospital Baru Untuk Wanita dan Kanak-kanak Bakal Dibina di Melaka

Berita baik untuk mama yang menetap di Melaka dan berdekatan dengannya, sebuah Hospital Wanita dan Kanak-kanak (WCH) akan dibina berhampiran Hospital Melaka (HM) bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di HM terutamanya di Wad Pediatrik serta Obstetrik dan Ginekologi.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kementerian telah memohon peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi untuk melaksanakan kerja pembinaan yang akan bermula pada tahun depan. WCH ni dianggarkan bernilai RM500 juta.

Menempatkan 440 katil

WCH akan menempatkan sebanyak 440 katil bagi mengurangkan kesesakan di Wad Pediatrik serta Obstetrik dan Ginekologi di HM dalam 35 hingga 40 peratus.

“WCH ini akan dibina di tapak seluas 3.16 hektar iaitu bersebelahan Kolej Pengajian Kejururawatan Melaka yang terletak bersebelahan Hospital Melaka.


Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

“Kita mengharapkan WCH dapat disiapkan dalam tempoh satu atau dua tahun dan berharap ia dapat beroperasi antara 2022 atau 2023 kerana pada masa ini ‘bed occupancy rate’ di HM terutama di dua wad itu ialah 100 peratus,”



Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Lawatan itu turut dihadiri Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka Low Chee Leong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Datuk Dr Rohaizat Yon dan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Dr Rushdi Ramly.

Dijangka siap pada 2021

“Kerja menaik taraf sistem bekalan elektrik HM yang membabitkan kos berjumlah RM29.8 juta dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2021.”


Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Katanya lagi projek tersebut sudah diluluskan pada tahun 2016 dan kepentingannya adalah untuk memastikan operasi HM berjalan dengan lancar dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Pendekatan menyewa fasiliti, mesin dan peralatan perubatan di HM

“Kaedah sewa ini melibatkan peralatan atau mesin perubatan yang besar dan mahal seperti Magnetic Resonance Imaging, CT Scan, katil khas untuk wad ICU dan mesin EGC kerana kita menghadapi kekangan kewangan,”


Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Kementerian juga menekankan kerjasama awam dan swasta dalam usaha memastikan kemudahan atau fasiliti perubatan dapat ditambah baik, katanya dengan memberi contoh, kolaborasi HM dengan hospital swasta seperti Hospital Pakar Putra dan Pantai yang mempunyai kemudahan perubatan yang lengkap termasuk tenaga pakar tentu.

Terdapat 4 buah projek di bawah RMK-11 bagi Hospital Melaka yang telah diluluskan oleh ​Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:

a) Projek Naiktaraf Bangunan Sedia Ada Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka;

b) Projek Naiktaraf Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Melaka dengan anggaran kos RM14 juta.

c) Projek Naiktaraf Sistem Bekalan Elektrik Hospital Melaka yang dijangka siap pada Oktober 2021 dengan anggaran kos RM29.8 juta; dan

d) Projek Naiktaraf Aras 2, Blok B kepada Wad Pediatrik dengan anggaran kos RM4.3 juta.

Pesan Mama Siti

Wah bestlah mama-mama yang menetap di Melaka tu. Nanti boleh bersalin kat hospital baru hehe. Apa pun terima kasih kepada pihak kerajaan yang sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk keselesaan rakyat.