KelabMama

Kelebihan & Kekurangan Homeschooling Yang Mama Harus Tahu

Pendidikan merupakan perkara penting yang harus disediakan oleh ibu bapa. Dari segi kos hinggalah system pendidikan yang akan dipilih demi masa depan dan kejayaan anak. Tentunya sudah banyak sekolah baik itu milik kerajaan ataupun swasta yang memberikan pendidikan terbaik untuk anak bangsa. Namun, seiring perkembangan zaman, sekolah bukanlah satu satunya tempat untuk memberikan pendidikan kepada anak. Sudah banyak tempat kursus yang boleh dipertimbangkan untuk memberikan pendidikan lebih di luar sekolah.

Zaman sekarang terdapat pelbagai jenis persekolahan yang lebih spesifik. Misalnya, sekolah khusus untuk anak yang memiliki kekurangan mental, atau lebih private dan jadual disesuaikan oleh anak di rumah (homeschooling). Sistem belajar di rumah ini bermula dari kebiasaan orang barat yang menginginkan anaknya belajar lebih private. Kerana aktiviti pembelajran dilakukan di rumah dan hanya ada satu guru dan satu murid saja, sehingga dinamakan homeschooling. Di Malaysia sendiri, sistem belajar di rumah ini masih kurang diminati, hanya anak-anak tertentu saja yang menggunakan sistem ini. Namun pasti ada kelebihan dan kekurangan untuk anak jika ibu bapa memilih sistem belajar ini.

KELEBIHAN BELAJAR DI RUMAH UNTUK ANAK

  1. Lebih Terpantau

Ibu bapa yang memilih sistem homeschooling untuk anaknya sudah tentu menginginkan si anak supaya lebih fokus dan terpantau secara khusus dalam pembelajaran. Dengan adanya guru peribadi, tentunya sesi pembelajaran akan lebih fokus kepada si anak. Misalnya kekurangan anak yang spesifik akan dapat diasah lebih lagi. Perkara ini tidah boleh didapati di sekolah awam yang jumlah muridnya jauh lebih banyak dalam sesebuah kelas sehingga guru tidah dapat fokus dalam memantau kekurangan seseorang muridnya.

2. Lebih Bebas Berkreativiti

Dalam hal ini, anak akan lebih bebas untuk berkarya dan meluahkan kreativiti dalam melakukan sesuatu perkara kerana tidak akan terganggu oleh pelajar lain. Selain itu, bakat dan kreativitinya juga lebih terarah kerana mereka bebas mengzahirkan apa yang ada difikirannya.

3. Lebih Percaya Diri

Sistem belajar homeschooling tentunya akan membuat peribadi anak lebih percayadiri sendiri. Hal ini disebabkan belajar sendiri dan tidak ada saingan dengan rakan-rakan sehingga tidak ada yang membanding-bandingkan. Tentunya hal ini akan membuat anak lebih percaya diri dalam menunjukkan bakat dan kemampuannya dalam bidang akademik. Si anak akan lebih fokus dan percaya bahawa dia akan menjadi seorang yang berjaya.

4. Cepat Berkembang

Sama seperti kursus private, sistem belajar homeschooling ini akan membuat anak lebih cepat berkembang kerana hanya anak anda yang diajarkan oleh guru sehingga ingin bertanya dan berbincang lebih mudah dan cepat.

KEKURANGAN HOMESCHOOLING UNTUK ANAK

1. Kurang Bergaul

Salah satu kekurangan dari homeschooling adalah tidak memiliki rakan sebaya sehingga kurang berinteraksi dengan orang lain. Anak homeschooling juga cenderung susah bergaul dan lebih pendiam kerana tidak ada rakan yang boleh mengajak atau berbincang dengannya. Tidak seperti di sekolah awam yang tentunya memiliki banyak rakan di kelas yang  membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul dengan rakan sebayanya.

2. Tiada Ukuran Kemampuan Anak

Anak yang menggunakan sistem belajar ini, tentunya sangat sukar untuk mengukur kemampuan yang dimiliki kerana tiada pesaing di sekitarnya. Berbeza dengan sekolah awam yang secara tidak langsung memberikan latihan terhadap anak untuk saling bersaing secara positif demi mengapai matlamatnya.

3. Belum Ada Standard Kurikulum

Walaupun homeschooling menjadi salah satu pilihan (selain sekolah) untuk memberikan pendidikan kepada anak, tetapi sehingga kini kurikulum yang digunakan homeschooling masih belum tetap. Pastinya hal ini sangat menyukarkan anak anda dalam mengikuti perkembangan pendidikan yang dilakukan di sekolah awam.