KelabMama

CARA HILANGKAN KERAK PADA KEPALA BAYI BARU LAHIR

Kenapa kepala bayi saya comot dan seperti berkelemumur? Tentu ada sesetengah daripada papa dan mama berhadapan dengan situasi begini. Usah risau, ketahui apa masalah tersebut lebih lanjut. Sekiranya anda melihat kulit kepala bayi berkerak dan adakalanya kelihatan seperti kelemumur, tebal, berminyak, kerak bertompok kecoklatan, ia adalah cradle cap atau kulit berkerak. Pakar perubatan memanggilnya sebagai infantile seborrheic dermatitis, dan ia adalah perkara biasa di kalangan bayi.

 

            Kulit kepala berkerak kerap berlaku pada beberapa bulan awal usia bayi dan biasanya akan hilang dengan sendiri kira-kira enam ke 12 bulan usianya – walaupun ada sesetengah kanak-kanak akan menghidapnya dalam jangka masa panjang. Anda mungkin menyedari keadaan yang sama berlaku di sekitar telinga, kening bayi, kelopak mata atau ketiaknya.

            Puncanya masih tidak diketahui secara spesifik. Tetapi kita maklum ia bukan disebabkan oleh tahap kebersihan yang teruk atau alahan. Mungkin sesetengah ibu bapa bimbang melihat keadaan bayi mereka kerana ditakuti boleh membawa penyakit lain yang lebih serius. Sesetengah pakar percaya hormon yang diterima oleh bayi daripada ibu di akhir kehamilan menyebabkan rangsangan lebih penghasilan kelenjar minyak (seborrheic) oleh bayi, menyebabkan berlaku kerak kepala. Kerengsaan daripada yis yang membesar dalam sebum (bahan dihasilkan oleh kelenjar) juga dikatakan punca berlakunya masalah kerak. Kerak kepala tidak berjangkit tetapi ia mungkin menyebabkan sedikit kegatalan kepada bayi.

Hilangkan Kerak