KelabMama

INSPIRASIKAN HIDUP SIHAT DENGAN MERAIKAN “BARBIE® WORLD OF SPORTS” DI SUNWAY PUTRA MALL

Anak perempuan tak manis bersukan? Kanak-kanak perempuan yang gemar bersukan lebih cenderung berperwatakan lelaki?

Kita sering dimomokkan dengan mindset sukan bukanlah aktiviti yang terbaik untuk kanak-kanak perempuan. Malah, tak banyak permainan kanak-kanak perempuan yang bertemakan sukan berada di pasaran. 

Syarikat gergasi permainan kanak-kanak, Mattel, faham pentingnya sukan untuk kanak-kanak, tidak kira lelaki atau perempuan dan mengambil inisiatif untuk mengubah minda masyarakat kini.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal memiliki patung  Barbie® di Sunway Putra Mall bermula 8 September 2020 ini.      

Kenali 5 Ikon Sukan Wanita Kebanggaan Malaysia

Rakyat Malaysia umumnya dan kaum wanita khasnya, harus berasa bangga kerana mempunyai ramai wanita hebat dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang sukan. 

Barbie® memberi pengiktirafan kepada 5 ikon sukan negara kita dengan menghasilkan replika mereka, iaitu; Datuk Nicol Ann David (Atlet Skuasy Negara), Farah Ann (Atlet Gimnastik Berirama Negara), Shalin Zulkifli (Pemain Bowling Negara), Leong Mun Yee (Penerjun Negara) dan Anja Chong (Peluncur Ais Short Track Speed Negara).

Semaikan Semangat Wanita dan Sukan Bersama Barbie® di Concourse Sunway Putra Mall

Buktikan kebanggaan anda menjadi rakyat Malaysia dan mempunyai ikon-ikon sukan wanita yang hebat dengan menghadirkan diri di Sunway Putra Mall dari 8 hingga 20 September ini. 

Jangan terlepas peluang (dan kemudian menyesal!) untuk menyertai aktiviti Barbie® yang unik ini.

Terdapat banyak sebab kenapa Mama harus pergi ke Sunway Putra Mall September ini, antaranya:

7 Aktiviti Menarik untuk Dicuba Seisi Keluarga

Barbie® ingin mengajak anak-anak menjadikan sukan bukanlah sesuatu yang membosankan dan hanya untuk anak lelaki sahaja. Sukan sangat sesuai untuk semua! Jadi, di ruang legar Sunway Putra Mall nanti, ada banyak aktiviti riadah untuk anak-anak, samada lelaki atau perempuan yang boleh dicuba termasuklah:

#1 Barbie® You Can Be A Surfer

Tunjukkan kemahiran untuk menyeimbangkan badan dengan bermain papan luncur Barbie® di dunia AR!

#2 Barbie® You Can Be A Basketball Player

Sasarkan bola dengan balingan padu ke dalam jaring seperti pemain bola keranjang profesional. Tip: Fokus pada sasaran dan baling tinggi untuk skor.

#3 Barbie® You Can Be A Gymnast

Lompat setinggi yang anda mampu dengan sepenuh tenaga di trampolin yang tersedia. Jika letih melompat, hanya rehatkan diri anda sambil melayan hayunan trampolin yang mengasyikkan! Jangan sampai tertidur pula ya.

#4 Barbie® You Can Be A Martial Art Master

Seperti juga sukan, seni adalah bidang yang melahirkan keyakinan diri dan seharusnya bergerak selari dengan aktiviti bersukan. Kuasai sukan dan seni serentak dengan aktiviti ini.

#5 Barbie® You Can Be A Soccer Player

Siapa kata bola hanya untuk lelaki? Ada ramai pemain bola wanita yang boleh dijadikan inspirasi. Latih diri dengan menendang bola sekuat hati tanpa segan-silu. 

#6 Barbie® You Can Be A Ping Pong Player

Berikan pengalaman baru untuk anak-anak di Barbie’s Ping Pong slide! Ditambah pula dengan deko menarik, ia pasti memberi efek insta-worthy yang berbaloi untuk anda cuba!

#7 Barbie® You Can Be A Vlogger

Jadi wartawan sukan viral dan rakamkan video menarik untuk berita sukan terkini! Jadi, tunggu apa lagi?

Berbelanja Sambil Beriadah dengan Tawaran Menarik

Selain dapat mengikut serta aktiviti-aktiviti yang disediakan, Mama juga tidak akan berasa rugi berbelanja di Sunway Putra Mall kerana ada pelbagai tawaran menarik yang telah disediakan. 

Hanya berbelanja serendah RM50 pada barangan Barbie®, anak Mama akan mendapat Barbie Activity Passport. Passport ini boleh digunakan untuk anak mengumpul stamp-stamp tertentu setelah berjaya melakukan cabaran-cabaran yang tersedia di setiap zon. Selain daripada itu, jika anak Mama bertuah, dia juga layak menyertai Malaysia Championship yang akan diadakan pada bulan Oktober di Sunway Pyramid nanti! Menarik bukan?

Dalam masa yang sama, Mama juga jangan lupa untuk membeli barangan Barbie® untuk yang tersayang, kerana Barbie® turut menyediakan hadiah menarik yang boleh dituntut dengan setiap pembelian minima:

Selain itu, jika Mama berbelanja di Sunway Putra Mall juga, Mama layak untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik dari Barbie® iaitu:

Mama pun boleh menyertai beberapa peraduan Barbie® yang akan dijalankan di laman @Facebook dan @Instagram Sunway Putra Mall untuk memenangi “Barbie® Dreamhouse Adventures 6-inch Chelsea Doll with Soccer Playset and Accessories” khas untuk puteri Mama!

Pengurusan Langkah-langkah Keselamatan Yang Teliti untuk Ketenangan Hati 

Pihak penganjur amat mengambil berat dan memahami kerisauan yang mungkin melanda hati Mama ketika hendak beriadah di kawasan umum di musim PKPP ini. 

Malah Sunway Putra Mall dan Barbie® amat tegas dalam memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan diambil dengan serius. 

Selari dengan moto  ‘Your Safe Space, Our Safe Space’, Sunway Malls mengambil inisiatif proaktif dengan menempatkan 82 poin keselamatan dan kebersihan termasuk meletakkan kamera CCTV, kamera suhu berketepatan tinggi, dan kamera yang boleh mengecam wajah untuk mengawal penjarakan fizikal. 

Sunway Mall juga menyediakan mall yang mesra keluarga di mana pelbagai kemudahan disediakan untuk Mama dan keluarga seperti tandas yang bersih, surau, bilik bayi, stoller bayi, kereta roda dan kawasan bermain yang diinfeksi dengan Nano Coating Technology sekerap 45 minit sekali. 

Sunway Mall juga menempatkan ramai Penjaga dan Pegawai Penjarakan Fizikal untuk memastikan pelanggan mengikuti panduan dan arahan untuk penjarakan fizikal dan menjaga kebershan demi keselamatan semua pengunjung. 

Ruangan Calm Rooms dan Sensory Walls yang ada di Mall ini menjadikan tarikan buat Mama yang mempunyai anak autistik turut serta beraktiviti. Untuk keselamatan anak-anak, Sunway Mall juga menyediakan gelang tangan yang mempunyai maklumat untuk dihubungi jika anak hilang dari pandangan. 

Restoran-restoran menarik dan menyelerakan seperti Chili’s, Franco, Swensen’s, The Chicken Rice Shop dan banyak lagi juga pasti membuat Mama dan keluarga rambang mata untuk memilih.  

Meriahkan Sambutan Hari Malaysia 2020 

Jom sambut bulan Hari Malaysia tahun ini dengan lebih meriah dan menyertai semua aktiviti yang dibawa khas untuk Mama dan keluarga bersama Barbie® di Ruang Legar Sunway Putra Mall sehingga 20 September ini.  

Kalau Mama perlukan maklumat lanjut, Mama boleh layari laman rasmi Sunway Putra Mall atau ikuti Sunway Putra Mall di media sosial Facebook dan Instagram.

Jadi, apa yang Mama tunggu lagi? Jom ke Sunway Putra Mall!