KelabMama

Hidung Berdarah? Ini Cara Hentikan Pendarahan

Hidung Berdarah? Ini Cara Hentikan Pendarahan

Anak mama pernah alami hidung berdarah secara tiba-tiba? Sebagai mama, pasti situasi tu akan jadi situasi paling mencemaskan, maklumlah darah tiba-tiba keluar dari hidung anak. Dah keluar tu banyak pula dan tak ada tanda-tanda nak berhenti. Lagila buat kita takut.

Apalagi kita pun suruh si manja ke bilik air, cuba hentikan darah dengan memicit batang hidung, bersihkan dengan air, sumbat dengan tisu atau kain lembut kemudian suruh anak berbaring. Kita pun lega, “Alhamdulillah, dah berhenti pendarahan!”. Lega memang lega, tapi mama tahu tak cara mama tu salah sebenarnya?

Hidung berdarah berlaku apabila cairan merah seperti hingus berdarah iaitu darah mengalir keluar menerusi hidung tanpa disangka-sangka sama ada di hidung sebelah kiri atau kanan hidung.

Sebaliknya, mama kena suruh anak bertenang, duduk, bernafas melalui mulut dan seterusnya picit bahagian lembut hidung iaitu tulang rawan hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk. Bawa bertenang sekalipun, langkah ni perlu dilakukan segera bagi menghalang darah terus keluar dari hidung.

Pendarahan hidung merupakan perkara biasa yang berlaku terutama di kalangan kanak-kanak. Tapi, mama tetap tak boleh pandang ringan dengan masalah ni kerana ia juga boleh jadi satu petanda kepada penyakit lain.

Punca Kanak-Kanak Hidung Berdarah

Hidung berdarah boleh disebabkan berlakunya pendarahan hidung akibat luka pada lapisan dalam hidung. Walaupun saiznya kecil, hidung kita ni ada banyak salur darah halus yang berbaris di bahagian atas lubang hidung. Permukaan dalaman hidung dilapisi membran mukosa (lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti saluran pernafasan) supaya kulit sentiasa lembap.

Jangan cuba-cuba masukkan apa-apa objek ataupun cecair ke dalam hidung.

Membran mukosa ini mempunyai banyak salur darah yang sensitif dan mudah luka. Kehadiran salur darah ini bertujuan membantu memanas dan melembapkan udara yang disedut ketika bernafas. Oleh sebab salur darah ini hampir dengan kulit dalam lubang hidung, ini menyebabkan ia mudah terluka walaupun menerima hentakan kecil, terutama di kalangan kanak-kanak.

Sikap kanak-kanak yang suka masukkan objek kecil ke dalam hidung juga boleh menyebabkan salur darah halus ni luka dan berdarah. Faktor lain seperti perubahan cuaca, alahan, selesema, bersin dan batuk juga menjadi punca hidung si manja berdarah.

Jenis Hidung Berdarah

1. Pendarahan Hidung Anterior

Pendarahan bermula pada bahagian septum iaitu dinding yang memisahkan dua lubang pada hidung. Septum mempunyai banyak salur darah yang mudah luka. Bila kita hembus nafas terlalu kuat atau terkena objek tajam seperti hujung kuku, darah akan mengalir keluar melalui satu daripada lubang hidung.

Pendarahan hidung anterior juga boleh disebabkan oleh cuaca terlalu panas dan kering. Bila membran hidung kering, dinding hidung jadi retak dan menggelupas dimana ia boleh menyebabkan pendarahan berlaku.

2. Pendarahan Posterior

Pendarahan posterior pula berlaku di bahagian hidung paling dalam. Ia mengalir ke mulut dan tekak ketika pesakit berdiri atau duduk. Tapi, pendarahan posterior jarang berlaku di kalangan kanak-kanak.

Salur darah kecil kapilari di rongga pecah.

3. Pendarahan Akibat Trauma Kecil

Trauma kecil boleh berlaku apabila kanak-kanak korek hidung dengan kuku tajam dan ia terkena mukosa hidung yang radang. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu bersin dengan kuat. Trauma membawa kepada luka pada lapisan membran hidung yang mempunyai banyak salur darah.

Selain itu, jangkitan sinus, alahan atau demam selesema yang teruk menyebabkan hidung tersumbat atau terdapat apa-apa yang merengsakan hidung juga boleh mengakibatkan hidung berdarah terutamanya apabila anak menghembus hidung dengan terlalu kuat.

Kalau Anak Mama Hidung Berdarah, Hadapi Dengan Tenang!

Ibu bapa perlu bertenang dan jangan kalut kerana ia menyebabkan lebih tekanan kepada anak sekali gus menyukarkan proses untuk menghentikan pendarahan.

Bagaimana Nak Elakkan Pendarahan Hidung Yang Berulang?

Rawatan kecemasan perlu dilakukan segera untuk menghentikan pendarahan dan cari puncanya. Mama dan papa kena ingat yang kita tak boleh pandang ringan isu ni sebab ia mungkin berkait dengan penyakit serius dan berbahaya. Kalau anak mama ada masalah hidung berdarah, segera jumpa doktor untuk ketahui sebab pendarahan.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

BACA JUGA PETUA HILANGKAN SELESEMA BAYI

Pesanan Mama Siti:

Satu lagi, jangan sesekali cuba-cuba masukkan air ke dalam hidung kononnya nak cuci dan hentikan pendarahan. Sebenarnya, tindakan ini langsung tak membantu. Semoga informasi yang mama Siti kongsikan ni dapat bermanfaat dan dapat bantu mama dalam menghadapi masalah hidung berdarah ni.