KelabMama

Menjadi Hero Bersama Ejen Ali di Sunway Velocity Mall Cuti Sekolah Ini!

Para peminat Ejen Ali mesti tak sabar untuk berkunjung ke Karnival Ejen Ali yang terbesar, di Sunway Velocity Mall pada cuti sekolah ini!

Bermula 20 Mac hingga 2 April 2019, Main Atrium di Ground Floor Sunway Velocity Mall bakal diubah menjadi ‘tempat latihan’ Ejen Ali Mata Academy. Ibu bapa dan kanak-kanak berpeluang untuk mengenali Ejen Ali dan ejen-ejen ciliknya yang lain dengan lebih dekat, serta berpeluang menyertai pelbagai misi menarik.

Ejen Ali Obstacle Course

Tingkatkan kemahiran fizikal anak-anak anda dengan membiarkan mereka mendaki, melompat dan lari dalam aktiviti Ejen Ali Obstacle Course. Ibu bapa perlu muat turun aplikasi mobile Sunway Velocity Mall dan anak-anak anda berpeluang menyertai aktiviti ini secara percuma. Para peserta yang berjaya mengharungi 4 Cabaran Utama, berpeluang untuk mendapatkan Lencana Ejen Ali edisi terhad!

Beramah Mesra Bersama Ejen Ali dan Ejen Alicia

Tak lengkap rasanya jika tiada watak utama ketika karnival ini berlangsung. Ibu bapa jangan lupa untuk bersedia bersama kamera telefon pintar anda untuk sesi ‘meet and greet’ bersama maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia! Satu foto khas si kecil anda bersama hero-hero cilik ini pasti akan membuatkan mereka lebih gembira.

Selain itu, terdapat banyak lagi aktiviti dan bengkel-bengkel menarik sepanjang Karnival Ejen Ali diadakan. Biarkan anak anda belajar dengan lebih seronok dan interaktif dalam Bengkel Lukisan Watak-watak Ejen Ali, atau Bengkel DIY IRIS. Anak anda juga boleh belajar untuk membuat sandwich bersama O’Briens Iris Sandwich Cafe, serta belajar bermain alat muzik bersama Gymboree Play & Music.

Bukan itu sahaja, anak-anak anda juga boleh menyertai pelbagai aktiviti seni yang lain seperti mewarna ‘fridge magnet’, ‘DIY Foil Art, ‘mini bag panting’, dan banyak lagi!

Sekiranya anda sudah mendaftar sebagai ahli Sunway Pals, anda boleh menikmati pelbagai keistimewaan sepanjang anda berada di mana-mana pusat membeli belah Sunway, Taman Tema Sunway, Sunway Medical, Sunway Education, Sunway Property dan semua perniagaan dibawah Sunway Group.

Play 2 Win 2019

Dari 28 Mac hingga 28 April, Sunway Velocity Mall juga akan melancarkan kempen ‘Play 2 Win 2019’ di mana anda dijamin untuk pulang dengan hadiah istimewa! Para pengunjung juga berpeluang untuk menyertai Karnival Ejen Ali dengan lebih interaktif di permainan arked seluas 20 kaki, lengkap dengan skrin LED di Tingkat 1, berhampiran pintu masuk V Boulevard.

Di sini, pelbagai hadiah bakal diberikan kepada para pelanggan yang berbelanja di mana-mana kedai di Sunway Velocity Mall (tidak termasuk AEON MaxValu Prime, Parkson, perkhidmatan, rangkaian telco, dan rantaian kedai makan dan minuman).

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai Karnival Ejen Ali yang terbesar ini sepanjang cuti sekolah berlangsung. Jumpa anda di sana!

Untuk maklumat lanjut mengenai Karnival Ejen Ali di Sunway Velocity, layari Facebook Sunway Velocity Mall atau Instagram @sunwayvelocitymall.