KelabMama

HATI-HATI GUNA KATIL BAYI; DALAM KEBAIKAN ADA KEBURUKAN.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hati ibu mana yang tak luluh bila tengok si anak dah kaku dan biru depan mata. Kalau mama Siti pun rasa susah nak terima. Menurut Puan Safiah, ramai yang mengatakan anaknya meninggal dunia disebabkan jatuh katil dan kecuaiannya. Tapi sebenarnya arwah pergi bukan kerana jatuh dari katil tapi disebabkan kekurangan oksigen kerana tersepit di katil. Allahu..

…dalam kebaikan ada keburukan…”

“…ketenanganmu mengajar mama erti sabar…”

Huzairy suka sangat tidur berselimutkan kain batik tu..”

…40 hari mama memendam rindu…”

Hanya mereka yang pernah melalui dan merasai kehilangan je yang faham rasa sakit menanggung rindu pada yang telah tiada. Terutamanya rindu si ibu pada si permata hati yang telah dikandung 9 bulan pergi terlebih dahulu meninggalkannya. Takziah diucapkan kepada Puan Nursafiah Edy atas kehilangan permata hati tercinta. Semoga puan tabah menghadapi ujian Allah dan semoga puan sentiasa diberikan kekuatan untuk melalui hari-hari mendatang.

Salam takziah.

Alfatihah

Sumber : Nursafiah Edy