KelabMama

HATI-HATI AMBIL UBAT INI JIKA ANDA HAMIL. TAKE NOTE MAMA!

Sebaik-baiknya, semasa hamil, anda perlu berhati-hati apabila mengambil sebarang ubat termasuk ubat-ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor. Ini kerana sesetengah ubat boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ini tidak bermakna bahawa anda tidak boleh mengambil sebarang ubat jika anda benar-benar tidak sihat. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, periksalah dengan doktor, pakar obstetrik ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat.

SAKIT KEPALA

 

KETIDAKCERNAAN

Ketidakcernaan dan pedih ulu hati boleh jadi satu masalah sepanjang kehamilan. Pada minggu pertama, salur penghadaman anda menjadi lemah menyebabkan makanan sukar dicernakan. Menjelang akhir kehamilan pula, bayi anda yang semakin membesar mula menolak perut anda ke atas. Ini boleh menyebabkan pedih ulu hati. Untuk melegakan keadaan ini, anda boleh cuba:

 

MERAWAT SAKIT PERUT

Jika anda mengalami sakit perut beserta cirit-birit, anda pasti tidak selesa tetapi ini tidak akan membahayakan bayi anda. Anda boleh merawatnya dengan mengambil solusi rehidrasi oral untuk mengelakkan anda daripada ternyahhidrat. Jangan ambil ubat anti cirit-birit yang mengandungi loperamide.

 

BUASIR

Buasir (pendarahan) ialah perkara biasa dalam kehamilan. Doktor anda boleh mempreskripsi minyak ataupun ubat supositori untuk melegakan punggung anda.Anda akan dapati banyak produk untuk merawat buasir di farmasi-farmasi berdekatan. Jika doktor tidak mempreskripsikan apa-apa ubat kepada anda, periksalah dengan doktor anda atau ahli farmasi tentang ubat manakah yang selamat untuk digunakan.

 

KEPUTIHAN

Anda tidak boleh membeli ubat di farmasi untuk merawat keputihan. Ahli farmasi tidak akan memberi ubat untuk merawat keputihan kepada anda jika anda hamil. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

 

BATUK DAN DEMAM SELESEMA

 

KUTU RAMBUT

Kutu rambut memang menjengkelkan. Jika salah seorang ahli keluarga mendapatnya, amat mudah untuk anda dijangkiti. Mula-mula sekali, cuba sikat rambut anda semasa basah dengan menggunakan penyikat kutu. Anda mungkin perlu melakukannya beberapa kali selepas mencuci rambut untuk menghapuskan kesemua kutu dan telur-telurnya. Mintalah seseorang memeriksa rambut anda untuk memastikan ia sudah bebas daripada kutu. Anda mungkin dapati bahawa rambut anda lebih lebat semasa hamil. Oleh itu, jika terlalu sukar untuk menyikatnya, atau kaedah itu tidak berkesan, ada beberapa kaedah rawatan lain yang boleh anda gunakan:

 

KECACINGAN

Bagaimanakah saya dapat menghapuskan cacing benang dengan selamat?

Jika anda dikelilingi anak-anak kecil, cacing benang, seperti mana kutu rambut, adalah pelawat yang menjengkelkan dan mudah menjangkiti anda. Anda tidak boleh membeli sebarang ubat di pasaran untuk menghapuskan cacing ini. Ahli farmasi tidak akan memberikan ubat untuk merawat masalah ini kepada anda semasa anda hamil. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

 

 

 

Sumber: Utusan Malaysia